l

Author Archive

7 Tips Yang Sangat Membantu Untuk Naikkan Bisnes Anda!

Masalah terbesar bagi orang bisnes adalah apabila mereka mengatakan bahawa mereka tahu selok belok bisnes sebenarnya. Tetapi?

Hakikatnya, anda tahu tentang perkara ini tetapi anda tidak melaksanakan sepenuhnya walaupun sekecil-kecil perkara, ianya memberikan impak yang besar dalam perniagaan yang diusahakan anda.

Jangan biarkan perkara itu berlaku kepada anda. 7 tips yang dijamin untuk membantu anda dan syarikat anda untuk terus berdiri gah dalam bisnes!

#1-Pastikan Anda Ada Wang Tunai Di Bank.

Jika anda tahu bahawa anda mempunyai aliran tunai atau masalah kecairan yang akan datang, perbaiki sekarang. Apalagi cepat-cepat pergi chek akaun bank masing-masing. Masih ada duit tak? Atau masih ada tapi sen sen sahaja. Alamak! Kecairan wang tunai di bank telah berlaku.

Bertindak sekarang sebelum terlambat. Cepat asingkan keuntungan yang dapat dan mulalah bekukan dalam bank sekarang. Jangan lambat-lambat!

#2-Perbaiki Pengurusan Bisnes Anda.

Aduan diterima dan kebanyakannya dianggarkan 90 peratus daripada semua masalah adalah masalah pengurusan. Apabila keadaan tidak berjalan dengan baik, tempat pertama mencari jawapan adalah di cermin.

Cermin diri sendiri ke? Berbalik kepada soal pengurusan, anda perlu mahir dalam tindakan. Jangan sewenang-wenangnya buat keputusan yang malang. Tidak perlu untuk rombak semula pengurusan tetapi carilah jalan keluar untuk memperbaiki setiap kelemahan.

#3-Jaga Pekerja Anda.

Ini berlaku untuk setiap syarikat, besar dan kecil. Kos kehilangan pekerja yang terpaksa ditanggung anda, namun anda  jarang mengambil masa untuk memastikan pekerja anda termotivasi, dicabar, dan dikompensasi dengan baik.

Asuhlah pekerja dengan sebaiknya. Beritahu mereka matlamat syarikat dan bersama-samalah dalam meletupkan syarikat. Kadang-kadang anda pasti pening dengan ragam setiap pekerja yang berbeza-beza tetapi jika anda pandai mengawalnya, pasti kelebihan itu milik anda sepenuhnya.

#4-Katakan “Ya” Atau “Tidak” .

Dua perkataan yang paling penting pemilik perniagaan dan pengasas mempunyai pelupusan mereka adalah “ya” dan “tidak.” Belajarlah untuk mengatakan ya atau tidak. Dan itu bermakna menjadi tegas.

Sebab perkataan ini yang paling penting untuk memberi tumpuan, untuk menjelaskan apa yang syarikat anda lakukan, dan ainya akan menjelaskan pada semua perkara yang akan atau telah dilakukan.

#5-Jadi Pendengar Setia Pelanggan Anda.

Hakikatnya, betapa sedikit usahawan yang paling menghargai pelanggan mereka, bukan sahaja maklum balas dan input mereka di antara maklumat paling penting akan berada dalam bank simpanan maklumat demi masa depan bisnes anda.

Pelanggan akan mula mengomel tentang banyak perkara yang melibatkan masalah yang dihadapi mereka. Sebagai orang bisnes anda perlu menjadi pendengar setia.

Walaupun adakalanya rasa penat menguasai diri, jangan lupa bahawa anda sedang menjual produk sendiri, jadi, ayuh perdengarkan halwa telinga anda kepada bakal pelanggan anda.

#6-Melindungi Dan Mempertahankan Harta Intelektual Anda.

Kebanyakan anda tidak mengetahui perbezaan antara hak cipta, tanda dagangan, rahsia perdagangan, dan paten. Itu tidak boleh diterima. Jika anda tidak melindungi dan mempertahankan IP anda, anda akan kehilangan satu-satunya kelebihan daya saing anda.

Kesedaran perkara ini masih ditahap bawah kerana kebanyakan usahawan merasakan hal ini hanya sekadar hal remeh tetapi jika produk anda berjaya dijual dan selepas itu ditiru pasti anda mula mengelabah dan salahkan sana sini sedangkan jalan telah diberi.

#7-Jalankan Perniagaan Anda Seperti Perniagaan.

Terlalu banyak usahawan menjalankan perniagaan mereka seperti pemilikan kewangan peribadi mereka. Idea buruk. Idea yang sangat buruk. Membina entiti perniagaan yang betul dan memisahkannya daripada kehidupan peribadi anda.

Jangan sesekali merasakan keuntungan berjuta dalam bank syarikat itu adalah milik peribadi anda. Wang berjuta itu telah terikat dengan komitmen syarikat sepenuhnya walau hakikatnya sejak azali syarikat itu adalah milik anda. Bisnes tetap bisnes!

Majalahniaga.com

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

9 Pesanan Syed Mokhtar Al-Bukhary Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya Dalam Bisnes!

Pemilik nama Syed Mokhtar Al-Bukhary ini satu-satunya usahawan bumiputera yang pernah tersenarai dalam top-10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2016.

Kekayaan Syed Mokhtar sebenarnya meningkat dari RM5 bilion (2016) kepada RM5.25 billion pada tahun 2017. Beliau tersenarai di kedudukan ke 14 orang paling kaya di Malaysia pada tahun lepas. MMC Corp masih lagi menjadi penyumbang utama kekayaan Syed Mokhtar dengan pemilikannya sebanyak 52% dalam syarikat itu.

Jutawan yang sangat terkenal dengan sifat dermawan ini mempunyai aura yang tersendiri dalam merencana bisnes yang diusahakannya sehingga berjaya. Kredibiliti dan keunikan sifatnya yang diasuh dari kecil menjadikan beliau jutawan Malaysia yang semestinya menjadi kebanggaan untuk bumiputera utamanya.

#1- Tiada Jalan Singkat.

Nak kaya dan berjaya? Memerlukan masa yang lama. Jalannya penuh berliku dan prosesnya membuatkan anda kadangkala akan kaku. Ya, tiada jalan singkat untuk ke situ. Galilah kisah-kisah kejayaan para usahawan terdahulu, tiada jalan singkat yang dapat mereka tuju untuk kaya dan berjaya sebegitu.

Persediaan emosi dan fizikal itu perlu. Kerana jalan yang akan anda lalui adalah satu proses yang sangat memerlukan kekuatan dalaman supaya anda tidak akan terhenti di pertengahan jalan. Jangan pernah rasa mengalah kerana jika anda tersesat, pasti akan ada jalan keluar. Teruskan berjalan jika anda yakin dengan keputusan yang diambil.

#2- Jangan Kedekut.

Semua orang kenal dengan status beliau sebagai seorang dermawan hebat. Kerana prinsipnya inilah, rezeki yang dikecapinya berkat dan melimpah-limpah hasil ketelusannya dalam menderma. Jika anda hanya mempunyai nilai wang yang kecil, tidak mengapa, pupuklah jiwa untuk selalu memberi.

Kerana sekecil-kecil pemberian itu, adalah nikmat terbesar untuk mengolah rezeki anda bercambah dan barakah. Dan seandainya anda diberi peluang untuk punya rezeki besar, perkara yang sama juga perlu anda lakukan. Jangan berhenti memberi kerana rezeki anda bergantung kepada bagaimana pemberian anda lakukan. Dalam rezeki anda, pasti ada rezeki orang lain juga.

#3- Bergabung dan Bersatu Dalam Membantu.

Bagaimana orang Cina berkembang dalam bisnes mereka dengan mudah tanpa ada masalah. Kerana mereka bergabung dan bersatu membantu kaum mereka yang sama-sama berniaga. Begitu juga yang perlu diamalkan orang Melayu.

Bergabung dan bersatu dalam membantu bukan menjatuhkan. Sokongan antara satu sama lain amat diperlukan bagi memastikan bisnes orang Melayu sama-sama naik dan berjaya. Tubuhkan persatuan yang memantau perjalanan bisnes orang kita.

#4-Bersihkan Bisnes Dengan Bayar Zakat.

Nak kaya dan berjaya perlulah minta pada Yang Maha Esa. Pastikan bisnes anda sentiasa membayar zakat fitrah yang telah ditetapkan. Islam itu mudah. Bukan banyak pun zakat yang nak dibayar. Tetapi jika rezeki anda lebih, lebihkanlah membayar. Pasti berkali-kali lebih Allah akan gandakan rezeki dalam bisnes buat anda.

Redha Allah sangat penting bagi memastikan bisnes anda sentiasa berada pada landasan yang direstuiNya. Dengan harapan, semoga Allah sentiasa memberikan jalan bagi memudahkan setiap urusan dan pergorbanan anda untuk membangunkan bisnes dengan jayanya.

#5-Jaga Kebajikan Pekerja.

Jangan ambil mudah soal ini. Pekerja adalah penyumbang kita jadi kaya dan berjaya. Hargai dan hormatilah permintaan mereka sebaiknya. Buang ego anda sebagai bos. Kehidupan ini mudah, jika anda berbuat baik dengan pekerja pasti Allah balas kebaikan anda dengan memberkati perniagaan anda dengan sempurna.

Perniagaan ini juga ibarat roda, tidak selamanya anda berada di atas, tetapi jika ketika anda berada di atas, anda menghargai pekerja anda, dan satu masa anda terpaksa berada di bawah, pasti pekerja anda akan bersama-sama anda untuk menaikan semula anda di atas. Atas dasar kebaikan anda buat pada mereka. Anda adalah orang yang berjaya, jika dapat mempertahankan pekerja bekerja dengan anda dalam masa yang lama.

#6- Jangan Malu Cari Ilmu.

Jika anda mempunyai perasaan malu dalam mencari ilmu, ianya bererti anda tewas sebelum bertempur. Anda bukan mencuri, tetapi sama ada anda membayar atau dapatkan ilmu itu secara semulajadi.

Ilmu ni penting dalam bisnes. Setiap bisnes berbeza ilmunya. Jika anda ceburkan diri dalam bisnes perladangan, takkan anda nak gunakan teori bisnes jual tudung pula. Kerana itu beliau sangat tekankan ilmu dalam setiap cabang perniagaan yang diusahakannya.

#7- Ukur Baju Di Badan Sendiri.

Kerendahan diri dalam berbelanja amat penting bagi orang bisnes. Jangan tengok akaun ada tujuh angka terus tempah macam-macam perkakas dunia sehingga akaun bank susut nilainya. Jangan sesekali membazir pada barang yang tidak memberikan apa-apa faedah jangka masa panjang.

Seadanya berbelanja. Sesekali sekali dibolehkan juga. Tetapi jika selalu selalu pasti akan rosak segalanya. Bukan senang anda nak dapatkan angka yang banyak begitu. Baik melabur pada perkara yang membuatkan duit itu beranak pinak.

#8- Berilah Masa Untuk Faham Selok Belok Bisnes.

Beliau mengambil masa selama 34 tahun untuk faham segalanya tentang selok beluk bisnes. Anda jika baru bawah lima tahun dah rasa hebat dan faham semuanya, bererti anda gagal pada fasa pertama. Jangan mendongak ke langit.

Masa itu memerlukan ruang dan peluang. Jadi berilah diri anda ruang dan peluang dalam mencungkil serta mengali segala ilmu dalam bisnes. Nak berjaya kena tahu habis soal bisnes. Daripada A sampai Z. Tak boleh langkau-langkau. Kerana itu beliau mengatakan, nak berjaya bukan kerja mudah!

#9-Ubah Cara Berfikir.

Nak jadi orang kaya dan berjaya kenalah fikir seperti orang kelas pertama. Kemunduran dalam proses berfikir perlu dibuang sejauh jauhnya. Jangan lagi tersempit dalam ruang likup pemikiran yang sia-sia. Anda perlulah berfikiran hebat dan matang dan paling penting mestilah fikiran anda itu jauh ke depan.

Fikirkan soal kegigihan, ketekunan dan tidak mudah berputus asa. Barulah yang sempurna itu masuk ke ruang fikiran anda. Dan ianya akan bertukar kepada proses tindakan yang positif. Hakikatnya, apa yang kita fikirkan itulah yang akan kita lakukan. Jadi mulai saat ini jadikan ‘fikiran’ anda seperti mana usahawan kaya yang berjaya!

Majalah Niaga

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Target Berat Bawah 60 KG? Dah Kurus Boleh La Jadi Model

SUDAH DIET, TETAPI MASIH GAGAL. KENAPA?

Apabila kita mula berasa kenyang ia adalah disebabkan oleh kuantiti atau berapa banyak jumlah makanan yang dimakan. Rasa kenyang bukan disebabkan kerana makan kalori.  Jika ambil makanan sedikit tetapi tidak mengawal jumlah kalori yang diambil, maka berat badan akan lebih cepat dan mudah naik. Kebanyakan pelan diet gagal sebab mengajar makan dalam kuantiti kurang sebaliknya bukan mengubah komposisi bahan makanan. Cara ini bukan sahaja membuatkan anda sering lapar, malahan berat badan juga enggan turun.

Jadi, caranya ialah dengan makan seberapa banyak anda ingini tetapi masih tetap mengawal atau mengurangkan kalori makanan tersebut. Untuk kesan yang baik, tingkatkan pengambilan sumber fiber dalam menu. Apabila melebihkan pengambilan fiber maka kalori yang diambil turut berkurang. Dengan ini, peratusan anda untuk kurus lebih tinggi.

KEBAIKAN DIET FIBER TINGGI

Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Semua hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.

Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.

Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).

Fiber juga tidak mengandungi gula tepu yang menjadi penyebab kepada masalah diabetes. Hal ini kerana kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa ‘overload’.

Selain itu, diet fiber ini juga membantu mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, dan keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.

CARA DIET FIBER SEPINGGAN PENUH

Makan banyak makanan mengandungi fiber
– Minum banyak air (6 gelas sehari).
– Berhenti makan sebelum kenyang. Makan fiber sebagai pembuka hidangan
– Cuba pelbagai jenis makanan fiber yang sedap.
– Minum lagi banyak air sehari (8-10 gelas). Stabilkan makan fiber
– Beri perhatian terhadap label pada setiap produk makanan  (sekurang-kurangnya 40 gram sehari).
– Kurangkan makan daging dan bahan tenusu, temasuk makanan yang tinggi kalori, tinggi lemak, kurang fiber.

Maskulin.com.my

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

5 Makanan Punca Jerawat Susah Sembuh

Bagi mengetahui makanan yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang dimakan dan peka kepada makanan tersebut agar tidak mengambilnya lagi.

Ini kerana katanya, jika anda tidak peka dengan keadaan tubuh sendiri, bagaimana anda hendak mengelakkan diri daripada terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher.

Ingin ditekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.

“Jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres melampau. Banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Contohnya, jerawat akan tumbuh jika kurang tidur, menyedut udara tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi.

Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat:

  1. Makanan berlemak dan bergoreng – Ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

7 Makanan Sihat Dan Sedap Untuk Merawat Tekanan Darah Tinggi

Darah tinggi membunuh secara senyap!

Ia pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk seluruh dunia.

Tekanan darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack), lemah jantung (heart failure) dan kegagalan buah pinggang.

Makanan yang anda makan dengan ketara ia memberi kesan terhadap tahap kesihatan tekanan darah anda; ubat-ubatan juga turut memberi impak kepada kesihatan anda keseluruhannya.

Jika berterusan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan batu karang, penyakit arteri koronari, kehilangan ingatan, serangan jantung, strok, kehilangan penglihatan, dan banyak lagi yang anda tidak jangka!

Adakah anda orangnya?

Orang yang selalu mengambil makanan diproses, makanan restoran, atau menggunakan banyak makanan diproses di rumah, mereka semua berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi kerana sodium dan garam tambahan (bersama-sama dengan lemak yang tidak sihat dan gula) biasanya ditambah dalam makanan ini.

Bila semakin tua, anda juga mempunyai risiko lebih besar untuk tekanan darah tinggi; semua lelaki, wanita berumur 65 tahun ke atas, dan individu yang gemuk, perokok, atau mereka yang sudah mempunyai masalah jantung berdepan risiko lebih besar untuk mempunyai tekanan darah tinggi juga.

Bagaimana Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Melalui Diet Anda:

Dalam usaha untuk mencegah dan merawat tekanan darah tinggi, ia adalah penting untuk menyingkirkan makanan yang diproses dalam diet anda; makanan restoran dan makanan segera. Ia semua mengandungi garam dan gula tambahan, minyak yang tidak sihat serta bahan pengawet.

Tumpukan kepada pengambilan makanan yang lebih segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Makanan ini penuh dengan rasa semulajadi dan membantu tekanan darah secara mendadak lebih rendah serta meningkatkan kesihatan jantung dan berat badan.

Anda perlu mula menggantikan makanan yang tidak sihat dengan pilihan yang lebih sihat untuk jantung anda dan bukannya memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak lagi akan makan. Dan bercakap tentang makanan yang sihat untuk jantung anda, berikut adalah 7 pilihan makanan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan aliran darah – anda boleh dapati di kedai runcit berdekatan anda.

1) Daun Saderi

Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.

Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.

Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.

2) Sayur Berdaun

Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!

Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.

Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.

3) Pisang

Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.

Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.

Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.

4) Kentang

Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!

Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.

Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.

Selagi anda tidak makan kentang dengan mentega, sour cream dan keju, pengambilan kentang tidak akan menambah berat badan. Gunakan topping seperti herba segar, rempah, dan memerah sedikit limau yang mana cara ini mampu menipu deria rasa anda dengan berfikiran anda hanya makan garam (rasa masam dan garam bersama di atas lidah).

Pilihan lain adalah untuk memanggang kentang anda atas kuali dengan herba segar dan rempah tanpa garam di mana makanan ini akan memberi satu rasa yang enak.

5) Epal

Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.

Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!

6) Buah Beri

Buah beri juga merupakan sumber kalium, Vitamin C, dan banyak mineral lain. Kandungan serat yang tinggi menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan dan mencegah kolesterol tinggi, diabetes, dan penyakit jantung apabila dimakan mengikut diet yang sihat.

Ia juga merupakan sumber antioksidan yang hebat yang membantu badan berehat dan meningkatkan aliran darah. Hasilnya, ia boleh membantu membuang toksin berbahaya dari badan yang boleh menyebabkan arteri tersumbat (seperti terlalu banyak lemak atau kolesterol) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.

Khasiat lain adalah ia hebat untuk menguruskan berat badan anda dan membantu supaya gula dalam darah anda tidak akan naik mendadak. Nikmati raspberi, beri biru, beri hitam, cranberry, dan strawberi yang segar atau beku bila-bila masa; sekurang-kurangnya 1 cawan ke dalam makanan harian anda atau jadikan makanan ringan untuk manfaat optimum.

7) Brokoli

Sayuran yang ramai orang tidak suka ini merupakan salah satu yang terbaik untuk jantung. Brokoli penuh dengan nutrien yang meningkatkan aliran darah seperti potassium, Vitamin C, Vitamin B6, dan ia juga adalah satu sumber serat.

Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.

Untuk mendapatkan manfaat yang paling bagus dari brokoli, anda perlu makan mentah atau kukus. Brokoli akan didih keluar nutrien yang terkandung di dalamnya ke dalam air.

Jika anda memasak brokoli pada suhu yang tinggi, seperti memasak sup di mana anda mengambil air rebusannya untuk dimakan, anda boleh bebas memasak seperti yang anda mahu.

Jika anda mengisi diet anda dengan makan makanan yang kurang diproses dan mengambil lebih banyak makanan di rumah, anda sudah berada pada laluan yang betul untuk meningkatkan kesihatan jantung anda. Selepas itu, dengan mengamalkan gaya hidup yang baik dan kesihatan anda akan bertambah baik secara mendadak.

Ingat, anda boleh bertindak mengawal kesihatan jantung anda bermula dari sekarang dengan pilihan yang anda buat setiap hari. Pantau apa yang anda beli dan isi di dalam peti sejuk dan pada pinggan anda iaitu apa yg anda makan.

Jadi mulai hari ini, pergi ke kedai runcit berdekatan dan pilih menu yang lebih sihat untuk diet anda. Jika anda sudah mempunyai masalah tekanan darah tinggi, anda adalah orang yang perlu memberi lebih perhatian terhadap kesihatan anda mulai sekarang.

Sumber: Diarikurus.com

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

Buat Duit Dengan Melancong Ke Jepun

Ramai orang suka travel tetapi tidak tahu bagaimana nak jana pendapatan. Dan ini ada 7 jenis barang yang kalian boleh jual ketika travel ke Japan.

1. Jam Tangan

Semua orang suka jam tangan buatan Japan. Ia terkenal dengan kualiti dan ketahanannya. Kalau kena cara, kita boleh beli jam di Japan dan jual semula pada harga yang menguntungkan. Sebagai contoh, jam Casio F91-W Classic boleh dijual pada harga RM99 dengan keuntungan jualan 50% daripada modal.

2. Cenderahati Hard Rock Cafe

Sambil-sambil jalan, ambil peluang untuk singgah di Hard Rock Cafe Osaka, Tokyo atau Ueno. Ambil gambar semua merchandise yang ada dijual di situ dan tawarkan kepada kawan-kawan. T-Shirt misalnya boleh berikan keuntungan purata RM50 sehelai. Jual sepuluh helai pun kalian sudah dapat RM500. Kena rajin menjual saja.

3. Kasut

Japan juga terkenal sebagai pusat perkembangan fesyen. Jadi tidak hairanlah di sana ada banyak butik pakaian dan kasut berjenama. Kalian boleh masuk ke semua kedai dan bandingkan harganya. Ada sesetengah model cuma dikeluarkan di Japan. Kasut Vans dengan kolaborasi Shibuya misalnya boleh beri untung tinggi . Kalian boleh jual dengan untung average RM100 bagi sepasang kasut. Peminat Vans pasti mahu.

4. Baju

Bila masuk bab baju, ini sudah jadi terlalu subjektif dan luas. Ada yang suka kepada jenama dan ada yang suka kepada corak atau motifnya. Baju-baju berjenama seperti Adidas, Nike, Bape, Supreme, Vans, Trasher mempunyai peminatnya sendiri. Malah, baju dengan motif ikan koi, harimau, naga dan pelbagai lukisan Japan turut mendapat permintaan tinggi. Oh ya, jual kimono pun untung juga.

5. Seluar Jeans

Dunia seluar jeans ini luas. Malah, Japan turut terkenal dengan pelbagai jenama seluar jeans sendiri. Abtara jenama popular ialah Evisu, Momotaro, Samurai, The Flat Head, Studio Artisan, Kojima dan Warehouse. Malah, turut banyak di pasaran seluar jeans Levis, Edwin, Lee dengan keluaran edisi terhad Made in Japan. Seorang kenalan saya mendapat untung purata 15,000 sebulan dengan hanya menjual jeans kepada kawan-kawan.

6. Mainan

Kita kenal Ultraman, Satria Baja Hitam, Dash Yonkuro, Dragon Ball, Gundam dan Doraemon sejak kecil. Tetapi mungkin kita terlepas pandang tentang betapa hebat pengaruh watak-watak ini dalam kehidupan peminatnya. Japan Syurga untuk semua jenis mainan. Barang-barang kecil begini amat menguntungkan. Peminat fanatik sanggup membeli daripada kita asalkan kena pada harganya.

7. Beg

Jenama seperti Porter, Luggage Label, Tsuciya Kaban, Anello, Ichizawa dan banyak lagi mempunyai permintaan tinggi. Beg Anello misalnya boleh beri untung purata RM50-100 jika kita beli dan jual semula kepada kawan-kawan. Ini belum lagi masuk beg-beg tangan Preloved yang cukup terkenal di negara Japan. Pasti mereka suka bila mendapat tahu tentang LV, Gucci, Prada, Coach, Hermes, Kate Spade dan segala macam jenama idaman setiap wanita. Jangan tengok saja. Bila travel, ambil foto dan sebarkan kepada kawan-kawan . Jual sajalah.

Hah. Cukuplah abang kongsi sedikit sebanyak idea buat kalian yang sangat suka travel tapi masih blur-blur nak buat duit. Ini cuma asas kepada percambahan idea selanjutnya. Sekurang-kurangnya, sel-sel otak kita sudah mula berhubung selepas dapat info begini.

Selepas ini abang akan kongsi tips-tips mula bisnes trading di Japan. Dulu, abang masuk ke Japan untuk menjual ikan. Dari situ abang nampak peluang buat duit yang cukup luas terbentang di negara matahari terbit ini.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan

 

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Tingkatkan Keuntungan Bisnes Dengan Menawarkan FREE Delivery

Kiriman percuma atau free delivery untuk barang yang dijual adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan ke kedai online anda. Dengan menawarkan kiriman percuma, pelanggan hanya perlu membayar harga barangan yang ditawarkan. Tanpa kos tambahan, tanpa kos tersembunyi.

Namun begitu, bagaimanakah tawaran kiriman percuma mempengaruhi perniagaan anda?

Tidak lama dahulu, Marketingzeus.com telah melakukan kajian mengenai kiriman percuma. Berikut adalah beberapa hasil kajian mereka:

##1##
33% pelanggan online TIDAK akan membeli barang tanpa tawaran kiriman percuma.

##2##
90% pelanggan membeli LEBIH BANYAK barang jika anda menawarkan kiriman percuma.

##3##
Hampir 55% pelanggan MEMBATALKAN pembelian setelah mengetahui jumlah harga barang yang mereka beli ditambah dengan kos kiriman.

Anda harus ingat bahawa kiriman percuma akan mempengaruhi keuntungan anda. Sebagai contoh:

Harga barang            : RM100
Untung kasar            : RM50
Kos kiriman yang ditanggung    : RM20
Untung bersih             : RM30

Dengan margin keuntungan yang semakin kecil, tidak semua kedai online mampu menawarkan kiriman percuma. MarketingZeus.com juga menyarankan cara-cara selain kos kiriman percuma iaitu:

Kiriman percuma dengan jumlah belian minimum

Anda dapat memberi kiriman percuma apabila jumlah pembelian seseorang pelanggan mencecah nilai tertentu, di mana hasil jualan dapat menanggung kos kiriman.

Kiriman percuma untuk barang tertentu

Cara ini sangat sesuai apabila menjual stok-stok lama, atau barang yang kecil dan ringan, yang kos kirimannya agak murah.

Menggunakan media sosial

Anda dapat memberikan tawaran istimewa kepada follower Twitter atau fans anda di Facebook. Dengan cara ini, kos kiriman anda turut menjadi kos penambahan pelanggan atau kos meningkatkan kesetiaan pelanggan.

Pulangkan Kembali Secara Percuma

Melalui cara ini, anda memberi kos percuma untuk pelanggan mengirim kembali barang yang dibeli atas sebab-sebab tertentu. Cara ini menjadikan Zappos terkenal. Dua dari tiga pembeli akan membeli lebih banyak barang jika kos untuk mengirim kembali barang belian adalah percuma.

Usahawan.com

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

11 Teknik Copywriting Untuk Letupkan Jualan Anda Dengan Pantas!

Tidak kira saiz setiap perniagaan, mempunyai satu perkara yang sama iaitu mereka memerlukan kekuatan dalam copywriting agar jualan berada pada radar positif.

Copywritting yang terbaik dan sebaliknya amat penting kerana ianya akan menentukan sama ada perniagaan anda terbang atau terapung.

Pandaikah anda memujuk? Merayu? Atau ayat-ayat iklan anda cepat benar layu?

Tiada bakat dalam penulisan! Olahan ayat tidak meninggalkan kesan! Itu semua bukan alasan!

Dan itulah sebabnya Tim Majalah Niaga titipkan 11 teknik copywriting yang boleh anda gunakan dalam perniagaan anda dengan serta-merta dan pastinya berkesan!

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →
Page 17 of 44 «...101516171819...»