Langkah Dan Motivasi Menghadapi Peperiksaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semasa saya sedang menulis post ini saya hanya tinggal dalam 2 hingga 3 minggu sahaja lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Alamak dah tak lama tu.hehe. Diharapkan semua sahabat dapat mendoakan kejayaan saya ya. Pada artikel kali ini saya ingin memberikan langkah dan motivasi menghadapi peperiksaan kepada diri saya sendiri, sahabat-sahabat semua dan juga sesiapa sahaja yang akan menghadapi peperiksaan. Saya harap semua dapat melakukan yang terbaik demi kejayaan diri kita sendiri,ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Tapi kalau nak diikutkan saya memang stress sejak dulu lagi bila nak menghadapi peperiksaan ni. Saya tak dapat menafikan yang itu dan anda juga memang akan merasainya setiap kali akan menghadapi peperiksaan ini. Sejak dari zaman sekolah lagi ada peperiksaan ni hinggalah ke zaman universiti sekarang. Bila dah kerja nanti kot baru dah tak jumpa lagi dengan peperiksaan ni agaknya.
Posted in: Motivasi
Leave a Comment (7) →





