l

Author Archive

5 Faktor Pendorong Menjadi Usahawan

5 Faktor Pendorong Menjadi Usahawan

Salam sejahtera.

Bidang keusahawanan adalah bidang yang patut diterokai oleh sesiapa sahaja. Ianya penting untuk pembangunan agama, bangsa dan negara. Ramai yang memilih untuk menjadi seorang usahawan kerana didorong oleh banyak faktor yang ada di sekelilingnya. Faktor-faktor yang ada telah menguatkan lagi semangat seseorang itu untuk menjadi usahawan yang berjaya.

1) Sebab Keagamaan

Antara faktor-faktor yang mendorong anda untuk menjadi seorang usahawan adalah kerana ianya sangat digalakkan dalam agama islam. Rezeki dalam bidang perniagaan adalah sangat luas jika anda bijak mengambil peluang.

Anda juga dapat mengikut sunnah Rasulullah yang sememangnya seorang usahawan yang hebat. Anda perlu mencontohi ketokohan baginda sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Selain itu anda perlu mencontohi golongan sahabat baginda seperti Abdul Rahman bin Auf yang merupakan seorang ahli perniagaan islam yang terulung. Anda perlu belajar dari kisah sahabat besar nabi ini yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya semasa zaman permulaan islam.

Posted in: Perniagaan, Usahawan

Leave a Comment (0) →

Intipati Bajet 2019 Dalam 5 Sektor Utama Negara

Intipati Bajet 2019 Dalam 5 Sektor Utama Negara

Tanda tanya tentang pelaporan kewangan dan dasar perbelanjaan yang bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah pun diketahui dengan pembentangan di dalam Bajet 2019. Setiap tahun rakyat Malaysia menantikan dasar fiskal yang telah direncanakan untuk mereka sama ada ia memberi manfaat atau membebankan.

Bajet 2019 telah memberikan banyak reaksi sama ada positif atau negatif. Pelbagai bentuk insentif yang telah digariskan sama ada ia adalah kesinambungan dari bantuan terdahulu, bantuan yang diimprovasi mahupun bantuan baharu. Untuk itu, artikel ini ditulis khas untuk merumuskan bajet 2019 yang melibatkan beberapa sektor utama

#1 Kesejahteraan Rakyat.

Meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) khusus kepada golongan B40 iaitu golongan isi rumah berpendapatan rendah.
Isi rumah yang mempunyai pendapatan RM 2000 ke bawah bakal mendapat bantuan RM 1000.
Pendapatan isi rumah RM 2001 sehingga RM 3000 mendapat manfaat sebanyak RM 750
Isi rumah berpendapatan RM 3001 sehingga RM 4000 mendapat bantuan RM 500
Memperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) tambahan iaitu memberikan sebanyak RM 120 kepada setiap anak berumur 18 tahun ke bawah namun diterhadkan hanya kepada 4 orang anak sahaja.
Anak OKU yang tidak dihadkan umur juga mendapat manfaat sama sebanyak RM 120.

#2 Sektor Pembangunan.

Memperuntukkan RM 100 Juta untuk mengukuhkan lagi pembangunan orang Asli untuk memastikan mereka tidak tercicir daripada pembangunan negara.
Peruntukan perbelanjaan FELDA sebanyak RM 100 Juta untuk tujuan naik taraf jalan di FELDA.
RM 160 untuk tambah baik sistem bekalan air, manakala RM 35 Juta untuk membina dan naik taraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan di penempatan FELDA.
Membina dan menaiktaraf jalan raya dan jambatan dengan peruntukan sebanyak RM 926 Juta.
Memperluas keboleh capaian (akses) bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar.
Memberikan peruntukan sebanyak RM 85 Juta untuk kemajuan Kampung Baharu.
Peruntukan bernilai RM 100 Juta untuk mensejahtera kaum India.
Bagi persatuan penduduk bakal mendapat manfaat sebanyak RM 20 Juta namun hanya tertakluk kepada persatuan yang berdaftar.

# 3 Sektor Pendidikan.

Rancangan menaiktaraf dan penyelengaraan sekolah:

Memperuntukkan sebanyak RM 250 Juta bagi Sekolah Kebangsaan, RM 50 Juta untuk SJKC, SJKT, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh, dan Sekolah Tahfiz.
Manakala, bagi Sekolah Pondok Berdaftar diberikan peruntukan RM 25 Juta, SMJKC / Comforming School diberikan RM 15 Juta,
RM 12 Juta pula dijanjikan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Pendidikan Tinggi dan Vokasional

Dana Wibawa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebanyak RM 30 Juta.
Memperkasa aktiviti penyelidikan di peringkat IPT dengan memperuntukkan RM 400 Juta.
Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukkan dana sebanyak RM 3.8 Billion.

#4 Sektor Pengangkutan.

Memperkenalkan pas bulanan yang bernilai RM 100 tanpa had perjalanan meliputi servis rel dan RapidKL
Menawarkan insentif subsidi dengan kadar faedah sebayak 2% kepada perkhidmatan teksi, pengusaha pengangkutan bas, dan pengendali pengangkutan awam.
Membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya di kawasan bandar.
Memansuhkan tol motosikal di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan kedua di Johor.

#5 Sektor Perumahan.

Memperuntukkan sebanyak RM 400 Juta untuk menyelenggara dan membaik pulih kuarters perumahan kakitangan kerajaan.
Mendapat persetujuan daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) untuk mengurangkan 10% harga rumah.
Kerajaan Pakatan Harapan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang menjadi sumber alternatif bagi urusan pembelian rumah. Namun, platform ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui pinjaman terbuka antara rakan setara.

Bajet yang telah dibentangkan adalah suatu perancangan rapi yang dilakukan oleh pihak pentadbir untuk masyarakat. Pelbagai bentuk bantuan yang telah digariskan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima dan terus kekal berusaha untuk meningkatkan kehidupan dengan usaha sendiri.

Majalah Niaga

Posted in: Informasi

Leave a Comment (0) →

10 Tip Beli Rumah Pertama Bagi Yang Bergaji Bawah RM2300

10 Tip Beli Rumah Pertama Bagi Yang Bergaji Bawah RM2300

Dengan harga rumah yang semakin melonjak naik dengan kos sara hidup yang juga semakin meningkat, membantutkan hasrat ramai dalam kalangan kita untuk memiliki rumah sendiri. Bagi golongan yang bergaji kecil dan tambahan lagi baru memulakan kehidupan berdua sudah pasti menginginkan rumah sendiri yang mampu memberikan lebih privasi dan keselesaan, disamping kehidupan yang lebih terjamin.

Mari lihat perkongsian saudara Amir Syahir ini di laman facebooknya mengenai tip memiliki rumah sendiri ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Ini Perkongsian beliau :

Melalui Belanjawan 2019, Bank Negara akan menyediakan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapatan bulanan tidak lebih RM2,300.

Dana ini tersedia di Ambank, CIMB Bank, Maybank, RHB bank dan Bank Simpanan Nasional melalui kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5 peratus.

Dana tersebut akan disediakan bermula 1 Januari tahun depan untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.

***

Best woo dapat rate 3.5% tu. Ansuran bulanan murah. Kerajaan dah tolong kau, kau pulak kena tolong diri sendiri. Kena jaga penyata gaji elok-elok supaya mudah lulus pembiayaan perumahan.

Nak beli rumah kena ada kewangan yang kukuh kerana komitmen ansuran bulanan sehingga 30-35 tahun. Jadi, kau kena buktikan kepada pihak bank kau mampu untuk bayar ansuran bulanan setiap bulan.

Jangan buat perkara di bawah jika kau ingin beli rumah pertama. Jom baca!

1. Jangan bazirkan duit pada perkara yang tidak penting. Kumpul duit untuk beli rumah. Kalau subsale, kau kena ada sekurang-kurangnya 10% – 15% dari harga rumah.

2. Jangan beli kereta lebih 20% daripada pendapatan. Ansuran bulanan kereta yang tinggi akan merugikan kelayakan pembiayaan perumahan kau. DSR barai nanti.

3. Jangan buat pembiayaan peribadi. Kau akan dilabel individu berisiko nanti.

4. Jangan biarkan laporan CCRIS rosak. Jaga CCRIS sebaik-baiknya. Kau ada hutang bayarlah tepat pada masanya dengan jumlah yang cukup. Ramai tak lepas beli rumah sebab ada CCRIS PTPTN.

5. Jangan buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. ASBF masuk dalam CCRIS juga. Masuk perkiraan DSR. Lepas dapat dividen baru boleh dikira sebagai pendapatan.

6. Jangan tak ambil tahu mengenai NDI. Net Disposable Income (NDI) ni kos sara hidup kau untuk makan minum dan meneruskan kehidupan. Ada bank akan tolak RM1000 sebagai NDI. Jadi simpanan yang padu amatlah penting.

7. Jangan tak sediakan dokumen penting dan dokumen sokongan yang lengkap. Dah cukup deposit rumah, terus sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan.

8. Jangan mohon pembiayaan perumahan lebih daripada kelayakan. Semak dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau sebelum membeli rumah. Rugi masa dan tenaga kau je nanti.

9. Jangan bayar deposit rumah kepada akaun peribadi ejen hartanah. Bayar kepada akaun agensi mereka. Tanya dulu sama ada deposit rumah akan dipulangkan balik atau tidak jika pembiayaan perumahan kau ditolak oleh pihak bank.

10. Jangan guna kad kredit sehingga limit. DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan 5% baki terkini penggunaan kad kredit. Seelok-eloknya bayar dulu tunggakan hutang kad kredit baru mohon pembiayaan perumahan.

Yang penting kau jangan memilih nak rumah atas tanah saja, nak rumah yang baru je, yang ada kolam renang bagai. Jangan nak berharap harga rumah akan jatuh la ye.

Baiki kewangan kau terlebih dahulu sebelum membeli hartanah. Bank nak berurusan dengan orang yang betul-betul berkemampuan sahaja.

Masa muda ni jangan duk sibuk kumpul fridge magnet negara yang kau travel tu. Kawan kau yang lain duk ikat perut kumpul duit deposit rumah. Kau pula dah masuk umur 30 baru nak simpan duit untuk beli rumah. Lepas tu bising rumah semua dah mahal. Kah!

Belanjawan dah disediakan jadi mari lah kita berusaha yang terbaik untuk mendapatkan kehidupan yang baik untuk masa hadapan. Jangan hanya membuang masa muda anda. Usia dan masa tidak akan berulang kembali.

Selamat beramal dan mencuba!

Sumber : Pakar Hartanah Amir Syahir

Posted in: Hartanah

Leave a Comment (0) →

Kelebihan Bagi Mereka Yang Kerap Berjalan Kaki

Kelebihan Bagi Mereka Yang Kerap Berjalan Kaki

Jika anda ada pilihan dan masih mampu untuk berjalan kaki, sila lakukan demikian. Jangan asyik ingin naik motor atau kereta untuk pergi ke tempat yang dekat. Terdapat banyak kelebihan bagi mereka yang kerap berjalan kaki.

1. Meningkatkan peredaran darah

Ia juga mencegah penyakit jantung, merendahkan tekanan darah serta menguatkan jantung. Apabila anda banyak berjalan, jantung akan bekerja lebih kuat. Memandangkan jantung adalah sejenis otot, ia akan menjadi kuat apabila selalu menerima tekanan (dalam batasan yang selamat) seperti otot-otot yang lain.

Peredaran darah yang baik menjadikan sel-sel badan lebih sihat.

2. Menguatkan tulang dan otot

Berjalan kaki boleh mengelakkan kehilangan jisim tulang yang disebut sebagai osteoporosis. Tekanan yang diberikan ke atas tulang menjadikan ia lebih kuat. Selain itu, sendi juga akan menjadi lebih sihat dengan banyak berjalan. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit sendi seperti osteoartritis.

Selain tulang, otot juga mendapat manfaatnya memandangkan tulang sendiri digerakkan oleh otot. Otot yang kuat berfungsi lebih baik dan lebih lambat mencapai rasa letih.

3. Memberikan mood yang baik

Apabila anda melalkukan aktiviti fizikal, badan akan melepaskan sejenis hormon yang disebut sebagai endorfin. Hormon ini bertanggungjawab melahirkan mood yang baik dan senang sekaligus dapat mengurangkan stres yang dialami dalam kehidupan.

4. Mengawal berat badan

Anda boleh mengekalkan berat badan sihat semudah ini. Berjalan kaki dengan laju selama 30 minit boleh membakar sehingga 200 kalori. Ia tidak memerlukan kos dan komitmen yang terlalu banyak. Jika susah untuk mencari waktu khusus, anda boleh jadikan ia amalan berkala. Contohnya, naik tangga berbanding lif dan letakkan kenderaan lebih jauh daripada pejabat.

5. Meningkatkan keseimbangan dan koordinasi

Bagi orang yang berumur, keseimbangan adalah sesuatu yang sangat penting. Jika terjatuh, banyak bahaya yang boleh berlaku termasuk patah tulang dan kecederaan di kepala. Oleh itu, keseimbangan dan koordinasi adalah sangat penting dalam mencegah perkara yang diingini daripada berlaku.

Sumber : (https://hellodoktor.com/)

Oleh : Muhammad Firdaus Rahim

 

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

6 Tip Elak Di Tipu Ketika Urusniaga Jual Beli Gajet Online

6 Tip Elak Di Tipu Ketika Urusniaga Jual Beli Gajet Online

Trend berbelanja online kini semakin menjadi-jadi. Bukan produk fesyen serta alatan rumah saja, malah gajet mahupun barangan elektronik sudah mula dijual beli namun pembeli masih tidak dapat lari dari ditipu penjual yang tidak henti mengambil kesempatan.

1.  PELAJARI SPESIFIKASI PRODUK

Sebelum memutuskan untuk membeli sebarang gajet atas talian, sebaiknya anda mempelajari terlebih dahulu perincian serta spesifikasi gajet yang ingin anda beli. Ia agak berbeza dari membeli produk fesyen dan sebagainya. Carilah rujukan sebanyak mungkin agar anda tidak tertipu dengan barang yang boleh diklasikasikan palsu.

2. JANGAN TERGODA DENGAN HARGA MURAH

Pernah terfikir kenapa ‘barang baik selalunya berkualiti’? Tepat sekali. Jangan sesekali mudah tertarik mahu tertipu dengan penjualan gajet yang terlampau murah sehingga tidak masuk dek akal. Jika namanya pun gajet, harga mahal kebiasaannya adalah produk yang asli. Be curious when you buy!

3. LIHAT TESTIMONI

Sama juga jika anda membeli produk kecantikan di atas talian. Testimoni adalah cara yang amat selamat dan sesuai buat anda yang sudah biasa membeli online. Pilihlah penjual yang tidak takut menyertakan sekali testimonial mahupun komen dari pembeli. Baca komen-komen tersebut.

 4. BANDINGKAN

Atas lambakan penjual atas talian yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa membandingkan harga gajet yang ingin anda beli. Ya, pastinya kita inginkan harga yang murah namun jangan kerana anda tidak meluangkan masa membandingkan harga, anda terlepas tawaran yang lebih baik.

5. PERKHIDMATAN LEPAS BELI

Penjual yang baik dan boleh dipercayai pasti akan menawakan perkhidmatan lepas beli yang sewajarnya anda pertimbangkan. Sekiranya penjual menawarkan wang pulangan, perkhidmatan baiki sekiranya rosak, khidmat nasihat atau sebagainya.

6. SISTEM PEMBAYARAN

Sebaiknya anda memilih sistem pembayaran yang selamat dan selesa buat anda. Pembayaran paling strategic adalah melalui sistem COD atau cash on dilivery.

Sumber: Maskulin.com

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Tips

Leave a Comment (0) →

Dahulu Beratntya 120 Kilogram, Kini Kacak Selepas Turunkan Berat Badan

Dahulu Beratntya 120 Kilogram, Kini Kacak Selepas Turunkan Berat Badan

Muhammad Shafiq Bin Ruhizad

Berat badan terdahulu dan punca ingin turunkan berat badan

Berat badan saya dahulu adalah sekitar 120 kilogram sekarang 85 kilogram, terdetik di hati untuk mahu amalkan gaya hidup lebih sihat kerana kerap pening kepala, terasa malas, badan rasa berat dan tidak bermaya serta disyaki mempunyai darah tinggi tahap hypertension.

Keluarga yang lain aktif dalam sukan tetapi hanya saya sahaja yang tidak mahu melakukan apa-apa aktiviti sejak di bangku sekolah. Punca yang lain adalah kerana saya ingin mendapat perkerjaan yang mempunyai kriteria fizikal yang sihat.

Apa yang anda lakukan?

Saya bermula dengan berjalan dan berlari di taman rekreasi selepas habis waktu bekerja “without fail” setiap hari. Saya masih teringat pada mulanya tak sampai 100 meter saya sudah mahu pitam, hal ini menunjukkan betapa teruknya keaadan kecergasan saya ketika itu.

Saya juga mula menghindari makanan yang tinggi kolesterol, berminyak, manis dan masin. Lama kelamaan saya mula menyertai acara larian daripada 3km hinggalah ke 12km. Saya juga turut mendaftarkan diri ke Kelab Gym untuk mendapatkan “result” dengan lebih berkesan.

Saya mengambil masa selama 6 bulan untuk melihat perubahan 120kg ke 92kg dengan mengamalkan diet dan senaman secara konsisten, manakala sehinggalah berat sekarang mengambil masa 4 bulan.

Pernah juga rasa lemah semangat, namun menyertai kelab kecergasan yang mempunyai sokongan dan dorongan daripada kawan-kawan lain yang sama tujuan mampu menguatkan semangat lagi untuk meneruskan misi (kurus) yang diinginkan.

Menu diet seminggu

Mudah sahaja, kurang atau hindari makanan berminyak dan masin serta berlemak adalah tip makan setiap hari. Contohnya, setiap pagi dimulakan dengan sarapan yang sihat seperti buah-buahan, susu dan pisang, untuk lebih kreatif, boleh jadikan “smoothie” iaitu campuran susu, pisang dengan campuran cereal yang rendah lemak dan gula.

Manakala untuk lunch, boleh ambil nasi segenggam, dan lebihkan sayur yang dimasak kurang masin dan tidak berlemak cara masakanya. Tidak dilupakan ikan/ayam (dikukus, dibakar, direbus, sup) atau apa sahaja lauk yang mempunyai protein yang tinggi. Amalkan konsep Carbs, Protein dan sayur secukupnya untuk makan tengahari.

Sudah pasti dalam jam 3 atau 4 akan terasa lapar, ini cabarannya di mana kebiasaannya kita akan makan makanan ringan serta tinggi gulanya, untuk itu ambillah snek yang sihat seperi buah-buahan dan kekacang seperti almond.

Untuk makan malam pula saya tidak akan ambil nasi tetapi akan makan makanan yang tinggi protein seperti ayam bakar, sup ayam atau sup sayur yang tidak masin dan rendah kolestrol.

Senaman yang dilakukan

Saya merupakan Group Fitness Instructor secara sambilan iaitu STRONG by Zumba yang merupakan rutin bukan tarian, tetapi merupakan “High Intensity Interval Training” mengikut rentak musik. justeru, dengan senaman ini yang dilakukan setiap hari dan juga latihan bebanan (weight lifting) bagi memastikan jisim otot tidak terbakar sama kerana HIIT lebih fokus untuk pembakaran lemak yang berkesan, namun jika diamalkan secara berlebihan otot juga boleh turut terkesan.

Terima kritikan

Itu perkara biasa, namun saya hanya memekakkan telinga kerana saya tahu dengan konsistensi dan amalan sihat yang dilakukan mampu menunjukkan hasil yang akan dicemburui oleh mereka yang selalu berkata-kata. Ternyata mereka cemburu, itulah buktinya! Tidak perlu berlawan kata, malah dengan kata-kata merekalah semangat lebih membakar dan mereka akan terdiam malah bertanyakan tip.

Suplemen tempoh turun berat

Hanya suplemen natural yang tinggi protein dan rendah lemak sahaja yang diambil. Tiada pil kurus, tiada jamu kurus, tiada ubat kurus, sebab saya tahu, nak kurus tiada jalan pintas, produk-produk kurus yang ada di luar adalah sampah dan merosakkkan badan akhirnya.

Tip kurus

Sentiasa ingat bahawa tiada jalan pintas, nak kurus haruslah bersabar dan anda akan lihat perubahannya sendiri. Kecekalan dan semangat yang tinggi serta bukan olok-olok diperlukan untuk mengharungi cabaran untuk kurus, yang penting keazaman!

Juga janganlah terlalu drastik tidak mengambil gula atau carbs langsung, hal ini kerana badan kita memerlukan masa sedikit untuk mengikut amalakan diet sihat kita, jika terlalu drastik badan akan terkejut dan seterusnya mengundang penyakit lain seperti gastrik dan kandungan gula dalam badan terlalu rendah menyebabkan kita tidak bertenaga dan boleh menyebabkan pitam.

Perubahan besar selepas perubahan

Saya dapati diri lebih gembira dan tidak bimbang lagi akan penyakit akibat kegemukkan seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetis, kencing manis dan sebagainya. serta keyakinan dalam diri lebih tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat luar yang selalu memandang rendah pada orang gemuk.

Seterusnya, tahap kecergasan yang lebih baik dapat dilihat dan hal ini membuatkan kita lebih bersemangat dan ingin melakukannya dengan lebih lagi. Selain itu, saya juga turut gembira untuk membimbing dan menjadi inspirasi kepada kawan-kawan yang lain yang ingin menunrunkan berat badan.

Pantang larang

Amalkan pemakanan sihat dan kreatif yang mampu mengekalkan mood untuk makan makanan yang sihat. Jika mahu cheat boleh, tetapi jangan terlajak cheat. Sekali makan makanan manis memang sukar untuk dijauhkan semula, ambillah dalam kuantiti yang sikit dan sentiasa ingat tujuan misi untuk kurus.

Maskulin

 

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov

5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov

Baru-baru ini viral tentang Khabib Nurmagomedov yang telah berjaya menumpaskan seteru utamanya iaitu Conor McGregor di Kejohanan UFC 229. Sedia maklum kedua-dua bintang seni mempertahankan diri (martial arts) ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun, pencapaian yang ditunjukkan oleh Khabib sememangnya luar biasa dan di luar jangkaan.

Agaknya, apa semangat yang kita boleh ambil daripada kisah kejayaan Khabib ini buat usahawan. Jom kita belajar sesuatu daripadanya.

#1 Menghormati Ibu Bapa

Walau sudah banyak kejayaan yang dikecapi oleh Khabib ini tidak langsung menjejaskan rasa hormatnya terhadap ibu bapa. Khabib tetap menyanjung tinggi jasa dan pengorbanan kedua orang tuanya sehingga kini. Bapa Khabib iaitu Abdulmanap bukan sahaja bapa kepada Khabib bahkan dialah yang menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan Khabib kerana merupakan seorang mentor yang membimbing Khabib dalam seni mempertahankan diri sejak kecil lagi.

Usahawan juga seharusnya begitu, sebesar manapun kejayaan yang anda telah kecapi jangan lupakan jasa ibu bapa. Daripada redha dan restu ibu bapalah mampu kita di kedudukan sekarang.

#2 Bijak Mengatur Strategi

Sebelum menentang Conor, Khabib telah menetapkan satu fokus untuk mengalahkan lawannya itu berikut beberapa kontroversi yang ditimbulkan sendiri oleh Conor. Berikutan itu Khabib telah merancang strategi menewaskan Conor menggunakan cara kuncian leher daripada belakang yang mengakibatkan seterunya itu menyerah kalah.

Begitu juga untuk para usahawan yang seharusnya pandai merancang strategi yang berkesan di dalam perniagaan. Ia bukan sahaja untuk mendepani para pesaing bahkan untuk anda terus kekal di dalam pasaran. Jika gagal memasang strategi impaknya mungkin anda akan alami nasib sama seperti Conor.

#3 Mempertahankan Diri dan Agama

Alasan utama Khabib menunjukkan amarahnya terhadap Conor berikutan penyentuhan isu agama dan peribadi Khabib. Conor sengaja membuat provokasi dengan memberikan wiski dan mempermainkan soal agama walaupun mengetahui bahawa lawannya itu Muslim. Ini semestinya mendatangkan rasa tidak puas hati pada Khabib.

Bagi pemilik bisnes inspirasi yang boleh diambil ialah kekal dan pertahankan kredebiliti anda sebagai usahawan yang matang dan berilmu. Sekaligus pertahankan juga nama bisnes (branding) anda di pasaran agar kekal diyakini para pelanggan. Sentiasa utamakan agama dengan elakkan segala urusan yang syubhah atau meragukan.

#4 Gigih dan Cekal Berusaha

Sejak dari kecil Khabib telah didedahkan dengan sukan mempertahankan diri. Beliau dilatih sejak dari kecil oleh bapanya sendiri. Walau bagaimanapun beliau tidak pernah berhenti melakukan latihan meskipun sudah mencapai banyak rekod kemenangan antarabangsa. Buktinya, sejak beraksi di dalam pertandingan Mixed Martial Arts (MMA) beliau masih bersih daripada rekod kekakalahan atau seri.

Buat usahawan, jika benar perniagaan ini adalah minat yang mendalam buat diri anda teruskan usaha yang gigih untuk memperolehnya. Jangan terlampau mudah kecewa dan putus asa jika sesuatu yang dirancang tidak menjadi. Buat sampai jadi!

#5 Kagumi Pesaing

Khabib dikenali dengan peribadi yang baik dan tidak ego terhadap lawan walaupun sebagai seorang jaguh yang hebat. Serangannya terhadap Conor pun disebabkan isu sensitif yang ditimbulkan oleh Conor sendiri. Namun, Khabib tetap menghormati lawan dan pertandingan itu sendiri. Khabib menjadikan pentas pertandingan untuk berlawan secara sihat untuk para lawannya.

Usahawan juga boleh mengamalkannya di dalam bisnes. Dalam dunia perniagaan semestinya akan wujud persaingan. Penting untuk menghormati dan kagumi pesaing anda. Jangan pandang rendah pada pesaing anda kerana mereka juga ada kekuatan. Bersainglah secara sihat.

Kisah kejayaan Khabib adalah suatu yang menggagumkan buat masyarakat. Bila ada fokus atau matlamat kita mesti akan berusaha ke arah itu. Fokus Khabib adalah untuk mengalahkan lawannya Conor. Fokus kita sebagai pemilik bisnes pula apa? Cepat tetapkannya dan lakukan tindakan untuk mencapai. Semoga kita semua terinspirasi untuk jadi lebih bagus!

Majalah Niaga

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (0) →

Kaya Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!

Kaya Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!

Baru-baru ini facebook dipenuhi dengan berita tenteng Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.  Bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov terus hangat dalam perbincangan, setelah berjaya mempertahankan gelaran juara Kelas Ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) mengalahkan Conor McGregor.

Pertarungan ini akan diingati kerana berlakunya pergaduhan apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor. Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor. Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Pergaduhan ini disebabkan oleh perkataan SARA dari tim McGregor terhadap Khabib, dan bapanya.

Walaupun dinobatkan sebagai juara, Khabib ternyata mendapat bayaran yang jauh lebih sedikit berbanding Conor McGregor, iaitu USD$ 2 juta atau RM 8.3 Juta. Sementara Conor mendapat USD$ 3 juta atau setara dengan RM 12.4 Juta.

Khabib Nurmagomedov nampaknya dapat mengalahkan Conor dari segi harta kekayaan. Media Celebrity Networth sempat membuat ramalan soal kekayaan petarung dengan rekor 27 kali menang itu.

Ingin tahu seberapa besar ramalan kekayaan yang dimiliki atlet 30 tahun itu?

Capai RM 8.3 Juta Dari Pertarungan Sebelumnya. Dalam setiap pertarungan, Khabib Nurmagomedov dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Mulai dari US$ 30 ribu atau RM 124 ribu hingga akhirnya mampu mencapai US$ 450 ribu hingga RM 1.8 juta. Sebelum bertarung dengan McGregor, Khabib diramalkan sudah memiliki kekayaan sebesar USD$ 1 juta atau setara dengan RM 4.15 juta.

Tapi, beberapa sumber lain seperti PlayerWiki menyebutkan kini kekayaannya sudah mencapai US$ 2 juta atau RM 8.3 juta berkat pertarungan terakhirnya.

Informasi keseluruhan kekayaan Khabib memang tak diketahui umum. Forbes tidak memiliki informasi yang tepat soal hal itu, begitu pun dengan pihak Khabib yang memang tak terlalu terbuka dalam urusan harta.

Kaya Kerana MMA

Kalau beberapa atlet boleh mewah dan kaya raya kerana endorsemen, Khabib Nurmagomedov mewah hanya kerana terlibat dengan MMA.

Juara sukan Sambo dan Judo kelahiran tahun 1988 ini memang tak pernah terlihat jadi duta jenama produk apapun.

Dia juga tak pernah mem-posting gambar produk apapun di akaun Instagramnya. Gambar-gambar di Instagram Khabib umumnya hanya gambar latihan, dia bersama rakan-rakannya, atau konten-konten berunsur Islam.

Kerjaya profesional Khabib di MMA bermula sejak tahun 2008. Dalam waktu sebulan, dia berjaya memenangi empat pertandingan MMA.

Pada tahun 2011 dia pun bergabung ke UFC dan memulakan debutnya melawan Kamal Shalorus. Di pusingan ketiga, Khabib memenangi pertarungan sengit itu dengan memaksa Shalorus menyerah.

Koleksi Kereta Mewah

Mengenai soal koleksi keretal, Khabib juga tak mengumpul kereta mewah seperti Conor McGregor. Beberapa kereta mewah yang khabarnya pernah dimiliki Khabib adalah Lada Priora, Mercedes-Benz W124, Mercedes-Benz AMG GT, Ferrari California, BMW 6 Series, dan Land Cruiser J200.

Kereta Mercedes-Benz AMG GT, khabarnya kereta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh hartawan Rusia, Ziyavudin Magomedov.

Atlet Paling Popular di Rusia

Populariti Khabib Nurmagomedov memang tak boleh disamakan disebut dengan atlet-atlet kebanggan Rusia lainnya. Terbukti, jumlah followers Khabib di Instagram juga jauh lebih banyak berbanding Maria Sharapova atau Fedor Emelianenko. Menurut laman web, TSM Sportz, penghargaan besar dia terima adalah selepas pertama kali merebut gelaran Kelas Ringan UFC. Di situ, Khabib mendapatkan ganjaran sebanyak USD$ 300 ribu dengan bonusnya USD$ 150 ribu.

Begitulah sedikit informasi kekayaan Khabib Nurmagomedov. Sebagai selebriti dan atlet mempunyai pendapatan yang tinggi, Khabib juga tak seperti Conor McGregor atau atlet mahal lainnya yang glamor, terutama soal pakaian. Jarang sekali dia terlihat dengan pakaian mewah saat berhadapan dengan lawannya sebelum bertanding.

Sumber : Hangat.com

Posted in: Santai, Umum

Leave a Comment (0) →
Page 6 of 44 «...45678...»