l

Archive for 'Informasi'

7 Makanan Untuk Rawat Selesema Melampau, Salah Satunya Ais Krim

Bila sampai je musim tengkujuh, bukan panas dan sejuk saja tak menentu, suhu badan anda pun tak menentu. Ramai yang terpaksa menanggung akibat demam dan selsema pada musim ini. Tak perlu tunggu musim tengkujuh pun, kalau dah seseorang itu terkena serangan selesema dan demam, pasti banyak pekerjaan anda yang tergendala kan? Andai kata hari ini anda selesema dan tidak sedap badan, sambil-sambil anda scroll telefon anda tu, apa kata anda cuba 7 makanan ini untuk cepat baik dari selesema.

Bawang putih

Bawang putih bukan saja boleh merawat kulit, atau menghalau hantu (gurau), malah ia merupakan sumber makanan alami yang melawan selesema. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen bawang putih mengalami selesema yang lebih rendah secara keseluruhan dan kurang parah jika mereka terkena serangan. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang merangsang sistem kekebalan tubuh. Jadi, masak makanan yang melibatkan bawang putih dengan banyak. Nak makan terus macam tak lalu pulak kan.

Ikan

Asid lemak omega-3 adalah campuran yang membantu dalam pengurangan keradangan (yang menghalang sistem imun anda). Salmon dan Tuna yang dimuatkan dengan kompaun super ini boleh membantu anda ketika anda dalam kesejukkan. Mereka bekerja untuk membebaskan sistem imun anda untuk menjalankan tugasnya.

Sup Ayam

Dalam keadaan hidung tak selesa ni, sedap kalau dapat makanan panas-panas. Asid Amino yang terdapat dalam ayam sebenarnya membantu memecahkan lendir dalam paru-paru anda dan dapat membuka ruang pada hidung anda yang tersumbat tu. Air rebusan ayam tersebut membuat anda terhidrat dan melegakan sakit tekak juga. Sup ini mempunyai elemen anti-radang juga membantu mengurangkan kesak nafas.

Lada cili

Lada cili tidak boleh menghentikan selesema serta merta, tapi ia dapat membersihkan saluran hidung anda dan membuat anda berasa lebih baik dalam masa yang sama. Lada cili mengandungi capsaicin, yang berfungsi dengan merangsang dan kemudian menurunkan intensiti isyarat sakit di dalam badan.

Air kelapa

Air kelapa yang datangnya terus daripada buah kelapa itu sendiri, bukan yang telah diproses atau dijadikan Coconut shake! Khasiat air kelapa ini banyak sebenarnya, ia mampu untuk menjaga hidrat tubuh anda semasa sakit. Air kelapa mengandungi kedua-dua glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk membuat anda terhidrasi.

Halia

Ini senang. Anda hanya perlu ambil 1 uncang teh dan beberapa hirisan halia ini membantu anda untuk merawat mual dan sakit. Akar halia tersebut mengandungi unsur anti radang membantu melegakan sakit tekak dan membunuh virus yang menyebabkan selesema.

Ais Krim

Ini kalau selesema hari-hari pun tak kesah kan. Ais krim sebenarnya makanan yang paling efektif untuk anda yang sedang bertarung dengan hidung dan tekak. Ais membantu untuk membuat anda terhidrasi dan mengurangkan kesesakan. Ia adalah pilihan yang terbaik antara makanan kerana ia menenagkan kerongkong anda dari bengkak. Kalau boleh jangan beli ais krim diluar kerana kemanisan melampau. Anda boleh buat sendiri dengan membuat air buah dan bekukan ia. Jangan dan habis selesema, penyakit lain pula datang kalau anda makan ais krim bukan-bukan di luar sana.

Maskulin

Posted in: Informasi, Kesihatan

Leave a Comment (0) →

19 Barang Di Rumah Yang Mungkin Kau Tak Sedar Ada Tarikh Luput

Sebenarnya ada 19 barang dalam rumah kita yang kita tak sedar ada tarikh luput . Ini penting kita tahu, untuk menjaga kesihatan badan semua!

1. Bantal- Luput antara 2-3 tahun.

Bantal apabila cecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tak langsung ia menjadi punca utama masalah kesihatan anda. Walau mahal mana pun bantal yang dibeli,bila sampai tamat tempohnya, sebaiknya dibuang.

2. Selipar – Luput dalam masa 6 bulan sahaja.

Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus atau kulat. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu jejakkan tapaknya ke tanah, bakteria dah mula membiak. Pastikan selipar dibasuh kerap, selepas 6 bulan, ia perlu diganti baru.

3. Span Mandi – Luput dalam masa 2 minggu sahaja.

Bila hari-hari dah sental badan, mestilah banyak bakteria yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi. Jadi, cara terbaik adalah untuk tukar span mandi 2 minggu sekali atau dengan rendamkannya ke dalam air panas 100 celsius bagi mematikan bakteria.

4. Tuala – Luput antara 1-3 tahun.

Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah kepada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya.

5. Berus Gigi – Luput dalam masa 3 bulan.

Jika anda batuk atau selsema, bila dah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut, ganti yang baru. Kalau tak, penyakit yang sama akan berulang sebab bakteria tadi dah berkumpul dan cemari berus gigi. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sampai kerinting.

6. Hydrogen Peroxide (first aid antiseptic) – Luput dalam masa 2 bulan sahaja.

Selepas ‘seal’ botol dibuka, hanya 2 bulan sahaja kandungan di dalamnya akan aktif. Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Tapi, jika ia tak prnah digunakan dan tertutup rapi, boleh tahan sehingga 1 tahun.

7. Penyikat Rambut – Luput dalam masa 1 tahun sahaja. Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi – Luput antara 3-4 Tahun.

EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9. Puting Bayi – Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja.

Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

10. Child Car Seat – Luput antara 6-10 tahun.

Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span. Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

11. Bra – Luput antara 1-2 tahun.

Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

12. Kasut Sukan – Luput sebaik struktur berubah.

13. Rempah-ratus – Luput antara 1-3 tahun.

Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun. Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung – Luput dalam Masa 6-12 bulan.

Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu).

15. Pemadam Kebakaran – Luput dalam masa 15 bulan.

Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

16. Penyambung Elektrik (extension) – Luput antara 1-2 tahun.

17. Penyembur Pembasmi Kuman – Luput dalam masa 3 bulan.

18. Pencegah Nyamuk (mosquito repellent) – Luput dalam masa 2 tahun.

19. Power Soket – Luput dalam masa 4-5 tahun

Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Twitter Syed_mf

Apemazing

Posted in: Informasi, Tips

Leave a Comment (0) →

Kebaikan Facebook Group Untuk Kembangkan Bisnes

Ramai yang tahu apa itu FB Group. Malah ramai juga yang berada di dalam pelbagai FB Group sama ada atas permintaan sendiri atau dijemput oleh orang lain untuk berada di dalam sesebuah FB Group itu.

Kebanyakan bisnes online menggunakan platform ini untuk iklankan bisnes mereka. Mengapa FB Group boleh dijadikan sebahagian daripada platform pemasaran bisnes anda?

Bagaimana usahawan boleh menggunakan FB Group secara optimum agar ia mampu membantu jualan dan pemasaran? Mari kita rungkai kebaikan menggunakan FB Group dalam bisnes.

Satu Komuniti Yang Mempunyai Minat Yang Sama

Facebook Group memudahkan anda untuk kembangkan bisnes kerana di dalamnya terbentuk satu komuniti yang mempunyai minat yang sama. Sama ada anda mencipta satu FB Group anda sendiri atau anda memasuki Group yang di dalamnya terdapat audien sasaran bagi bisnes anda.

Dengan mudahnya anda boleh meningkatkan publisiti jenama anda dengan menjadi ahli yang aktif dan membantu. Sekiranya anda admin group maka cuba untuk menjadi admin yang ‘responsive’ sebaik mungkin.

Tinjau peluang yang ada dengan mencari kata kunci pada ruang carian di dalam group tersebut pada belah kiri menu. Anda boleh kenalpasti kebolehpasaran bisnes anda dengan melihat posting atau perbincangan berkaitan kata kunci yang dicari.

Sebagai Forum Online Tentang Sesuatu Perkara

Terdapat ruangan perbincangan (discussion) dimana FB Group boleh dijadikan platform untuk ahli group membincangkan sesuatu topik berkaitan minat mereka. Ada yang bertanyakan soalan. Ada yang melontarkan pendapat. Ada yang berkongsi pengalaman.

Contohnya anda merupakan pengeluar produk kecantikan berasaskan herba. Anda telah memasuki FB Group wanita yang membincangkan tips-tips kecantikan menggunakan herba semulajadi. Disitulah anda gunakan peluang sebaiknya dengan menceritakan manfaat produk anda kepada prospek pelanggan di dalam FB Group tersebut.

Tinjauan Pasaran Melalui Undian

Terdapat fungsi undian (polls) di dalam FB Group yang dapat membantu anda untuk mengkaji pasaran di dalam sesebuah group itu. Ia memudahkan bisnes untuk memahami kehendak pelanggan dan menerima maklum balas dengan segera. Jika anda sudah kenalpasti pasaran niche anda, maka maklumat daripada undian ini sangat  membantu bisnes anda.

Capaian (Reach) Yang Lebih Tepat

Bagi mereka yang menggunakan FB Ads, memang benar anda boleh mencapai kepada pelanggan sasaran anda dengan lebih luas. Perincian demografi seperti umur, jantina, lokasi dan sebagainya memang dapat dilakukan melalui FB Ads tetapi sejauh manakah anda yakin mereka benar-benar orang yang memerlukan produk anda?

Maka itu kita dapat menapis sasaran pasaran itu kepada perincian yang lebih spesifik melalui FB Group kerana dengan jelas mereka memasuki sesebuah group itu kerana mempunyai minat yang sama atau sedang mencari sesuatu yang sama.


Pemasaran Secara Percuma

Anda boleh menarik perhatian semua ahli FB Group tanpa melibatkan kos. Group yang anda boleh masuk adalah tidak terhad. Malah anda sendiri boleh mencipta FB Group anda sendiri. Kos pengiklanan seperti FB Ads juga dapat dikurangkan dengan bantuan pemasaran sokongan ini. Apa yang penting bijaklah mengambil peluang dan jadi usahawan yang kreatif.

Majalah Niaga

 

Posted in: Informasi, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

IKEA Malaysia lanjutkan polisi pemulangan kepada 365 hari

KUALA LUMPUR – IKEA Malaysia melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari pada masa ini kepada 365 hari bagi memberikan pelanggan lebih banyak masa untuk menukar atau memulangkan barangan selepas pembelian.

Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

Polisi pemulangan selama 365 hari yang baharu itu akan membolehkan pelanggan IKEA mendapat ruang lebih lama untuk membuat keputusan yang tepat bagi rumah mereka. Fleksibiliti ini bertujuan memberikan pengalaman membeli belah yang menggembirakan dan kurang tekanan.

“Zaman digital hari ini, dengan pelanggan mendapat banyak maklumat, kami perlu lebih proaktif menilai semula polisi sedia ada dalam memastikan ia memberikan pengalaman yang positif.

“Pada penghujung hari, kami ingin menyediakan pelanggan kami perjalanan yang terbaik di IKEA dan polisi pemulangan baharu kami ini adalah satu langkah ke arah itu,” kata Timbalan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Mike King, dalam satu kenyataan hari ini.

IKEA Malaysia adalah peruncit barangan hiasan rumah pertama memperkenalkan polisi pemulangan 365 hari untuk semua pelanggan mereka di sini.

Resit asal diperlukan untuk tujuan ini dan bayaran balik akan diproses sama seperti kaedah pembayaran.

Bagaimanapun, pengecualian adalah terhadap barangan seperti peralatan tempat tidur yang sudah digunakan, tumbuh-tumbuhan, barangan yang ditempah mengikut spesifikasi dan barangan yang dibeli di rak pameran sedia ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi penukaran dan pemulangan, sila rujuk IKEA.my/returnpolicy. – Bernama

Posted in: Informasi

Leave a Comment (0) →

Bagaimana Stress Menjadikan Anda Ketua Yang Hebat?

Stress memang merunsingkan tetapi stress juga mampu memberi kesan positif kepada bisnes jika anda menguruskannya dengan baik. Stress yang bagus adalah apa yang kita stresskan itu boleh memberikan keuntungan kepada bisnes kita.

Contohnya stress macam mana nak kembangkan bisnes kita. Maka kita akan berusaha untuk mencari ilmu yang mampu membantu kita memberikan idea untuk kembangkan bisnes.

Stress tanpa tindakan adalah tidak berguna juga. Jangan stress tanpa memikirkan solusi. Itu hanya akan membebankan diri dan memeningkan kepala sahaja. .

Apa yang ingin diketengahkan di sini bagaimana anda mengawal stress agar anda mampu menjadi seorang ketua yang hebat kepada staff anda dan bukan hanya sekadar boss. Bolehkah stress menjadikan anda ketua yang hebat?

Berfikir Dengan Lebih Pantas

Jika stress berlarutan kepada diri anda maka ia akan mengganggu kesihatan, tetapi jika ada stress sedikit sebenarnya ia membantu anda untuk sentiasa ‘on track’ dan berfikir lebih pantas. Fahami keutamaan anda dan jangan serabutkan diri dengan politik pejabat. Stress yang muncul dari masalah yang serius akan dapat diatasi dengan tenaga mental yang kuat.


Membentuk Team Yang Lebih Baik

Usahawan yang stress dan risau bagaimana nak melengkapkan matlamatnya dengan cepat akan bertindak lebih efektif apabila bekerja dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah.

Sama seperti atlet bola sepak yang berasa gementar sebelum menghadapi perlawanan yang besar. Perasaan gelisah dan risau itu akan membantu dan memotivasikan mereka untuk melakukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Melatih Diri Menguruskan Tekanan

Apabila anda selalu berdepan dengan stress, lama-kelamaan anda akan terbiasa mengatasinya dan bertindak secara optimum ketika berada di situasi yang kritikal. Usahawan yang sudah biasa berdepan dengan stress akan lebih ‘cool’ dan tenang. Membantu pasukannya mengendalikan masalah yang dihadapi oleh bisnes. Elakkan suasana panik dan menunding jari antara satu sama lain.

Andai kata masalah dalam bisnes pada tahap yang menggusarkan, usahawan yang bijak mengawal stress akan menghadapinya dengan tenang. Apabila orang lain khususnya staff melihat anda tenang, maka mereka akan meletakkan kepercayaan kepada anda dan menggalakkan mereka untuk berfikir lebih positif dalam menyelesaikan masalah yang menimpa bisnes.

Menggalakkan Pemikiran Yang Lebih Kreatif

Bisnes yang berada di zon selesa akan membuatkan anda leka dan biasanya akan membuatkan anda menjadi malas. Akhirnya terjunam apabila stress melanda lantaran masalah yang datang dengan tiba-tiba ke dalam bisnes yang anda usahakan.

Usahawan yang tidak merasai tekanan dan membiarkan tekanan itu 100% ditanggung oleh team untuk menyelesaikan masalah tersebut sebenarnya usahawan yang tidak mahu bekerja keras untuk bisnes. usahawan sebegini gagal memberi inspirasi kepada pekerja mereka untuk bekerja secara konsisten dan bersemangat.

Jadilah ketua yang kreatif dalam meningkatkan produktiviti pekerja dengan memberi solusi yang kreatif dan memberi inspirasi kepada pekerja untuk memberikan sebaik mungkin usaha kepada bisnes anda.

Kesimpulannya, stress dalam kerja dengan dos yang terhad boleh menjadikan anda ketua yang kuat dan hebat. Ia meneroka tahap kemampuan anda menyelesaikan sesuatu isu dan kekal berada dalam keadaan tenang dan mempengaruhi ahli team anda untuk mengekalkan momentum yang positif buat bisnes anda.

Majalah Niaga

Posted in: Informasi, Kesihatan, Motivasi

Leave a Comment (0) →

6 Faktor Penghalang Usahawan Sukar Kembangkan Bisnes

Bertahun-tahun bisnes. Pelbagai strategi dan teknik telah digunapakai dalam bisnes tetapi mengapa bisnes tetap di tahap yang sama? Apa yang tidak kena dengan bisnes anda atau sebenarnya berpunca daripada anda sendiri? Sedar atau tidak ada ramai pemilik bisnes yang telah membuang masa kerana faktor-faktor yang ingin kami kongsikan ini. Jom kita lihat apakah faktor-faktor itu!

#1 Multitasking

Walaupun ramai yang mengatakan bagus sekiranya anda mampu menjadi ‘multitasking’, hakikatnya ‘multitasking’ menjadikan hasil kerja anda akan menjadi kurang efisien kerana melakukan pelbagai perkara dalam satu masa akan memberi kesan buruk kepada produktiviti.

Produktiviti akan berkurang lantaran mengejar masa untuk menyelesaikan semua perkara dalam satu masa. Secara tidak langsung fokus dan perhatian ke atas sesuatu perkara akan terbantut. Jadi gunakan 100% kebolehan anda untuk menyelesaikan satu perkara agar ia lebih efektif.

#2 Tiada matlamat yang jelas

Apa matlamat bisnes anda? Sebaiknya matlamat itu haruslah disasarkan untuk jangka masa panjang supaya anda akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan bisnes. Bisnes anda ‘stuck’ di tahap yang sama bertahun-tahun juka tiada matlamat yang jelas mengapa anda melakukan bisnes tersebut.

Adakah anda melakukan bisnes sekadar cukup untuk meneruskan kehidupan dan mengelak dari makan gaji? Atau anda mahu empayar bisnes membuatkan anda mencapai ke tahap anda benar-benar bebas hutang? Rancang sebaiknya matlamat anda dengan jelas supaya anda dan team anda tahu ke mana arah tuju bisnes yang dijalankan.

#3 Gangguan dunia internet

Internet memang akan membuatkan anda hilang fokus kerana segalanya menjadi mudah diakses dihujung jari anda seperti hiburan, sukan, ‘shopping’, media sosial, online video dan sebagainya. Kekal fokus terhadap kerja anda dengan menetapkan masa 40 hingga 60 minit hanya untuk kerja. Jauhkan diri dengan gangguan luaran yang boleh merosakkan konsentrasi anda ketika melakukan kerja.

#4 Terlalu Banyak Rehat

Jangan terlalu manjakan diri dengan mengelakkan diri menyelesaikan sesuatu kerja. Rehat yang terlalu banyak akan meminimumkan produktiviti anda untuk berjaya. Kejap-kejap minum kopi, makan snek, main telefon dan akhirnya anda sukar untuk kekalkan fokus pada momentum yang sama. Sama seperti enjin yang sudah lama tidak ‘start’ makan masa untuk dihidupkan semula.

#5 Suasana kerja yang tidak tersusun

Bila meja pun serabut dengan nota yang sukar dikenalpasti. Bila fail-fail pada desktop dalam komputer tunggang-langgang. Bila ruang bekerja penuh dengan fail dan kertas tidak tersusun. Itu punca kenapa anda telah membuang masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Anda akan mengambil masa yang lama untuk mencari dokumen berkaitan kerja yang anda lakukan. Itu sangat merugikan bisnes. ‘Time is money’.

#6 Ego Mencari Ilmu

Ini adalah faktor yang paling merbahaya pada bisnes anda. Jika seseorang pemilik bisnes merasakan dirinya sudah cukup pandai dan sudah cukup bagus dalam menguruskan perniagaan mereka maka mereka akan mudah kecundang sebenarnya.

Sedangkan usahawanusahawan berjaya juga mempunyai mentor untuk mereka dapatkan panduan dan bimbingan dalam usaha mengembangkan lagi empayar bisnes mereka. Takkan kita lagi mendongak ke langit kerana selesa dengan kedudukan sekarang. Maka perbaiki kelemahan bisnes kita dengan mencari ilmu dan bimbingan yang sewajarnya jika anda mahu berjaya.

Sumber informasi: Deep Patel

Majalah Niaga

Posted in: Informasi, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

Jangan Buat 8 Perkara Ini Kalau Tak Nak Gear Auto Anda Cepat Rosak

PENJAGAAN KOTAK GEAR KERETA AUTO

1.KERETA AUTO ADA ENAM ‘STEP’ GEAR. SEWAKTU HENDAK MENGHIDUPKAN ENJIN SELEPAS DIMATIKAN LEBIH ENAM JAM.

a) On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naikkan ke N, dan hidupkan enjin. Biarkan gear di N sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan .Biarkan selama 5 minit, pastikan meter suhu naik 25 % sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakkan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

MINYAK AT DAN AT FILTER HENDAKLAH DITUKARKAN SETIAP 30,000 KM ATAU 6 BULAN. INI AMAT PENTING DILAKUKAN MENGIKUT JADUAL. SEBENARNYA KALAU NAK DIIKUTKAN AT FILTER PERLU DITUKAR APABILA 2 KALI TUKAR MINYAK AT.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AT, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AT dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AT tanpa membuka takung minyak AT. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AT, jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AT dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.

SEWAKTU HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN, SELEPAS ANDA BERHENTI DIMANA-MANA SEKALIPUN , MULAKAN DENGAN STEP 2 ATAU STEP KE DUA SELEPAS N.

Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada D atau satu step di bawah N. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

ELAKKAN MELALUI JALAN YANG ADA AIR BERTAKUNG TERLALU TINGGI ATAU MEREDAH BANJIR. JIKA TERPAKSA MELALUI JUGA PASTIKAN DALAM KEADAAN LANCAR ATAU ‘SATU NAFAS’ SAHAJA.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AT anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.

ELAKKAN DARIPADA SELALU MENDAKI BUKIT-BUKIT YANG TINGGI TERLALU KERAP (CONTOH:GENTING HIGHLAND)

PASTIKAN STEP-STEP GEAR YANG ADA DIGUNAKAN DENGAN BAIK SEWAKTU MENAIKI BUKIT,SESUAI DENGAN BACAAN RPM KERETA ANDA. JANGAN PAKSA KERETA ANDA MENDAKI BUKIT MENGGUNAKAN STEP D.

Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D,sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

ELAKAN ‘REVERSED’ KERETA ANDA DALAM KEADAAN LAJU.

Gunakan gear ‘reversed’ anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

JANGAN TERLALU AGRESIF SEWAKTU HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN KENDERAAN ANDA. MULA KAN DENGAN PERLAHAN-PERLAHAN DAN TAMBAH KELAJUAN BERPERINGKAT-PERINGKAT.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

Sumber: Maskulin.com.my

Posted in: Informasi, Panduan

Leave a Comment (0) →

4 Cara Jadi Kaya Sebelum Masuk Umur 40-an

“Get going. Move forward. Aim High. Plan a takeoff. Don’t just sit on the runway and hope someone will come along and push the airplane. It simply won’t happen. Change your attitude and gain some altitude. Believe me, you’ll love it up here.”

Anda faham dengan quotation di atas? Jika ya, lakukan perubahan hidup sekarang. Tiada alasan dan mula tingkatkan tahap ekonomi anda. Semua perubahan ini untuk diri anda dan anda perlu bangkit dari mimpi untuk mencapai status KAYA sebelum umur 40!

Kaya Cara Pertama: Bisnes Online

Setiap hari anda sebenarnya menggunakan hampir separuh dari 24 jam masa yang ada hanya untuk internet! Check emel dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Maka guna kesempatan ini untuk anda menambah pendapatan. Walaupun untungnya tidak berapa sangat pada permulaannya tetapi lama-kelamaan ia akan bertambah jika sabar untuk mengubah ekonomi anda.

Pastikan berbaloi! Anda melanggan pakej internet berpuluh ringgit setiap bulan, hanya kerana mahu bersosial di laman sosial? Ini tidak bagus sebenarnya. Tidak salah melanggan pakej-pakej tersebut asalkan ianya memberi pulangan kepada anda kembali.

Kenapa anda harus berubah dan memilih untuk menjalankan perniagaan online dahulu? Selain zero kos atau modal yang sedikit, ia juga dapat menyasarkan kepada berjuta pelanggan yang sentiasa online.

Menurut pengasas laman web Hidupringkas.com, Mohd Shubhi Abdul (Biz Coaching); berubah jadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan mencari kebebasan. Masa, sumber dan fleksibiliti boleh digunakan sebaik mungkin jika anda jadi usahawan.

Tahukah anda perniagaan secara online berjalan 24 jam tanpa henti dan mampu memberi pulangan 300 peratus!Jika anda benar-benar komited dalam menjalankan perniagaan.

Bisnes secara kecil-kecilan sebenarnya merangsang otak anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa perlu mengorbankan jawatan yang sedang anda pegang sekarang ini.

Kaya Cara Kedua: Bisnes Kedai (Outlet/offline)

Jika anda sudah mula mendapat rentak dalam melakukan perniagaan, apa kata beralih kepada perniagaan berbentuk premis kedai. Jika anda yakin dan sudah mula boleh menyusun rentak perniagaan, sudah tiba masanya untuk anda ucapkan selamat tinggal kepada sistem ‘makan gaji’. Menurut Azizi Ali, jutawan hartanah; tindakan itu kuasa!

Tahukah anda jika anda berniaga maka akan menjana jumlah simpanan (duit) berkali ganda dengan lebih cepat berbanding kaedah makan gaji.

Premis membolehkan anda lebih fokus terhadap perniagaan berbanding bisnes

Kelebihan berniaga: Bilangan pelanggan lebih luas dan ramai tanpa mengira had umur. Contoh kes; selama ini anda hanya mengiklankan servis kemahiran membaiki mesin basuh di internet. Dalam sebulan paling kurang anda menerima lebih dari lima pelanggan. Maka ini petanda anda patut membuka premis agar dapat mengembangkan perniagaan yang sedang anda usahakan.

Pendapatan akan bertambah sekiranya produk dan servis anda dikenali dan diyakini ramai. Harus diingat bahawa 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.

Kaya Cara Ketiga: Pelaburan

Jika anda sudah berniaga, mula bijak mempelbagaikan hasil pendapatan anda. Salah satu cara berkesan melalui saham atau unit amanah. Kedua-duanya mampu menjana jumlah simpanan anda asalkan anda tahu bagaimana untuk menakluk ‘dunia’ ini.

Ramai yang fikir hanya insan kaya sahaja boleh bermain saham atau melabur. Jawapan ini salah sama sekali. Tahukah anda walaupun anda bergaji hanya RM800 tetapi anda masih boleh bermain saham atau melakukan pelaburan.

Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB), Unit Amanah(units trust), simpanan Tabung Haji. Semua contoh-contoh ini boleh membantu menambah pendapatan dan menjadikan anda berduit sebelum umur 40 tahun.

Mulai sekarang cekal untuk menyimpan sekurangnya RM100 setiap bulan di dalam akaun pelaburan; contohnya Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB). Jadikan wang pelaburan ini sebagai ‘wang luput’ iaitu duit yang tidak akan anda gunakan untuk perbelanjaan. Contoh kes: Anda berumur 28 tahun ini dan mula menyimpan RM100 di dalam unit amanah saham. Setahun ia menjadi RM1200. Apabila umur anda mencecah 40 tahun, simpanan ini berjumlah RM14400. Jumlah ini akan bertambah dengan dividen/bonus bergantung kepada polisi syarikat. Sedikit sebanyak jumlah ini membantu meningkatkan jumlah simpanan anda.

Harus anda ingat bahawa menambah pendapatan melalui pelaburan adalah untuk jangka masa panjang dan bukannya untuk pendapatan Maka anda haruslah bijak merancang bagi mendapatkan pulangan paling kurang tiga kali ganda dari jumlah pelaburan.

Jika anda mampu berbelanja mewah dari segi makanan dan pakaian, apa kata tukar mood belanja tersebut kepada mood pelaburan.

Contoh kes: Dalam sehari anda berhabisan untuk makanan sebanyak RM30. Jika dihitung anda berhabisan hampir RM900 sebulan! Mulai sekarang apa kata dari RM900 tersebut, separuh dari jumlah ini anda laburkan dalam saham atau unit amanah. Setidaknya tindakan ini dikira bijak kerana anda mampu mendapatkan kedua-dua faedah dari jumlah asal. Perut kenyang, akaun juga bertambah.

Cara Kaya Keempat: Aset

Berniaga sudah, melabur pun sudah. Tambah jumlah simpanan dengan memiliki aset tertentu. Contoh; rumah dan tanah.

Aset seperti rumah atau tanah juga dikira sebagai harta cuma ia bukan berbentuk wang ringgit. Anda digalakkan melabur dalam dunia hartanah atau rumah kerana keuntungannya adalah berlipat kali ganda dan harganya bertambah sejak hari pertama aset tersebut dibeli.

Sewakan tanah atau rumah untuk mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan. Menyewakan aset mungkin dikira tindakan lebih bijak berbanding menjual kerana ia juga menambahkan jumlah simpanan.

Bergaji kecil tidak semestinya tidak berpeluang memiliki aset. Jika anda mahu, mula pelbaiki ekonomi anda sekarang dengan matlamat untuk memiliki tanah atau rumah. Kemudiannya aset tersebut boleh menjana pendapatan yang lain.

Contoh kes: Ahmad seorang kerani. Dia meniaga sampingan menjual kuih di pejabat dengan keuntungan RM20 sehari dan menjana pendapatan RM600 sebulan. Duit tersebut disimpan tanpa digunakan selama lima tahun telah berjumlah RM36000. Akhirnya Ahmad berjaya memiliki seekar tanah. Tanah tersebut dijual dengan melalui pecahan secara lot dengan pulangan keuntungan puluhan ribu ringgit. Akhirnya ahmad mampu mempunyai simpanan aset melebihi satu juta ringgit sebelum umurnya 40 tahun.

Sumber: Maskulin.com

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Informasi, Motivasi

Leave a Comment (0) →
Page 4 of 12 «...23456...»