l

Author Archive

WhatsApp Kini Boleh Taip Mesej Guna Suara

WhatsApp Kini Boleh Taip Mesej Guna Suara

Teknologi arahan suara (voice command) bukanlah satu perkara yang baharu, malah sebilangan dari kita juga sudah terbiasa dengan Siri atau Google Assistant.

Menerusi fungsi itu, kita boleh mengarahkan peranti melakukan sesuatu seperti membuat carian dan sebagainya hanya dengan menggunakan suara.

Terbaharu, aplikasi sembang WhatsApp menerusi kemaskini 2.19.22 untuk peranti Android turut memperkenalkan fungsi itu.

WhatsApp menambah butang mikrofon pada papan kekunci aplikasi itu membolehkan anda bersuara sahaja sebelum teks ditaip secara automatik.

Secara ringkasnya, anda kini tidak perlu menaip menggunakan jari, sebaliknya hanya perlu bercakap sebelum ia diterjemah dalam bentuk teks oleh aplikasi itu.

Anda juga seharusnya tidak keliru dengan satu lagi mikrofon yang selalu digunakan sebelum ini untuk menghantar pesanan suara (voice note).

Bagaimanapun, fungsi itu masih lagi terhad kerana ia tidak berupaya membaca dan memahami tanda baca selain simbol-simbol biasa seperti koma dan sebagainya.

Menerusi kemas kini 2.19.11 untuk pengguna iOS pula, ia memperkenalkan fungsi ‘Reply Privately’ yang mana hanya individu tertentu sahaja boleh membaca mesej yang dihantar dalam grup WhatsApp.

Namun, fungsi itu seolah-olah tidak masuk akal kerana ia lebih mudah untuk anda berbalas teks secara peribadi berbanding menggunakan fungsi itu di dalam grup.

Semoga memberi manfaat.

Sumber: mstar

Posted in: Informasi, Semasa

Leave a Comment (0) →

Tiada Lagi ‘Bangsar South’, Selamat Kembali Kampung Kerinchi

Tiada Lagi ‘Bangsar South’, Selamat Kembali Kampung Kerinchi

Nama Bangsar South yang dulu dikenali sebagai Kampung Kerinchi dikembalikan selepas dirasmikan sendiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut berita, tindakan itu diambil bagi menunaikan janjinya pada penduduk setempat sebelum ini.

Tambah beliau, nama itu dikembalikan seiring dengan sejarah yang berasal daripada namanya sendiri.  Menurutnya lagi, ramai tokoh-tokoh hebat berasal dari Kampung Kerinchi.

Nama Bangsar South diberi 7 tahun lalu selari dengan pembangunan yang dibina sekaligus menjenamakan semula kawasan berkenaan sebagai kawasan ‘elit’.

Sumber: Berita TV9

 

Posted in: Informasi, Semasa

Leave a Comment (0) →

Swafoto Adalah Terapi Untuk Turunkan Berat Badan

Badan

BERTUBUH gempal dengan berat badan melebihi 100 kilogram (kg), sedangkan saiz ketinggian 152 sentimeter (sm) dianggap tidak seimbang dari segi penampilan sehingga sebilangan individu kurang yakin dengan dirinya.

Dalam keadaan itu mereka malu untuk menunjukkan tubuh, apatah lagi berswafoto dan dikongsi dalam Facebook atau Instagram. Jika teringin berswafoto selalunya akan berdiri di belakang subjek lain.

Situasi sama dilalui pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Pulau Pinang, Zulaikha Zulkifli, 28, yang sebelum ini mempunyai berat badan 104 kg dengan ketinggian 152 sm rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Bagaimanapun, beliau yang sentiasa berselera makan sehingga menjadi obes sehingga pergerakan sukar dan sudah memilih pakaian sesuai, kemudiannya mengubah persepsi negatif itu dengan menggunakan swafoto sebagai terapi, selain mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam untuk mendapatkan saiz badan ideal.

Dalam tempoh setahun dua bulan, beliau melihat banyak perubahan diri secara ketara dan semakin kerap merakam gambar menyerlah sisi tubuh.

“Sebelum ini, setiap kali bergambar saya menyorok ke belakang kerana malu keadaan tubuh gemuk sehingga 104 kg. Ada kalanya saya langsung tidak mahu mengambil gambar sehingga mempunyai keyakinan selepas mendapati diri semakin ringan selepas melihat cermin badan sudah makin mengecil,” katanya.

Gembira saksikan perubahan

Beliau juga berusaha bersungguh-sungguh mengurangkan berat badan dan semakin hari dirinya semakin positif dengan melihat perkembangan tubuhnya.

“Ini memberi motivasi dan menjadikan aktiviti swafoto sebagai pembakar semangat mencabar diri mendapatkan bentuk badan idaman.

“Menatap gambar sendiri dan menyaksikan perubahan adalah sebahagian terapi yang menggembirakan setiap hari. Kegembiraan itu menghilangkan segala kerisauan.

“Niat bukan menunjuk-nunjuk sebaliknya, sekadar mendapat kekuatan menatap perubahan diri yang melihat apa sahaja perubahan,” katanya.

Zulaikha berkata, ada pihak mendakwa berswafoto tanda individu itu obses dengan diri, bagaimanapun, beliau tidak berfikiran begitu.

Kira-kira 20 tahun hidupnya sebagai individu gemuk dan ada yang mentertawakan menyebabkan rasa cukup menyeksakan.

Selama itu beliau yang graduan sarjana seorang pelajar Sarjana Pengurusan Hotel dan Pelancongan IMI Universiti Centre Switzerland tidak pernah mengambil pusing mengenai berat badannya.

Berat

Bimbang risiko penyakit

Malah, beliau mula merasa tidak selesa apabila berat berlebihan secara keterlaluan hingga menghantui diri bimbang berisiko mendapat penyakit berbahaya, selain enggan menyusahkan keluarga jika ditimpa masalah.

“Saya bertekad menurunkan berat badan sehingga 62 kg. Saya mula memikirkan untuk mencari kerja selepas tamat belajar. Ketika terfikir mahu menyertai tetapi berpendapat dengan penampilan tak sempurna sukar mendapat pekerjaan itu.

“Sejak itu saya mula berusaha menurunkan berat sehingga 70 kilogram dan terus berazam untuk turunkan lebih lagi,” katanya.

Berkongsi mengenai kisahnya, beliau selalu tidak selesa, sakit kaki selain sukar memandu disebabkan keadaan perut besar dan terlalu rapat dengan stereng hingga menyukarkan pemanduan.

“Ada ketika saya menjadi malu memanggil pelayan untuk memesan makanan. Kulit menjadi kusam kesan pengambilan makanan tidak sihat, sebaliknya lebih gemar kepada pilihan makanan manis,” katanya.

Dulu ketika di sekolah beliau tidak aktif bersukan dan menyertai aktiviti riadah termasuk merentas desa dan perkhemahan.

“Sejak berusia lapan tahun saya sudah gemuk kerana sentiasa berselera menikmati sajian. Saya berharap individu yang bertubuh besar jangan salahkan faktor genetik jika berat badan berlebihan. Ini kerana faktor itu hanya menyumbang empat peratus untuk potensi gemuk.

“Gemuk berpunca dari anda sendiri, pemilihan sajian tidak seimbang dan kurang bersenam antara faktor utama,” katanya.

Zulaikha tidak pernah mengambil ubat atau makanan kesihatan tambahan kerana khuatir kesan sampingan.

“Cuma keluarga pernah hantar saya ke pusat kecantikan untuk sesi balut tubuh dan urutan, selain.

“Tetapi tidak berkesan dan tubuh tetap tidak langsing,” katanya.

Entertainment Culture

Panduan kurus sihat

* Kuatkan disiplin untuk dapatkan berat badan ideal

* Yakin penurunan berat penting untuk kesihatan lebih baik hindari penyakit bahaya.

* Mulakan dengan diri, jangan menunggu rakan yang akhirnya usaha anda untuk mendapat berat badan sihat tidak tercapai.

* Lakukan rujukan mengenai amalan gaya hidup sihat dan pemilihan sajian seimbang.

* Perbanyak ilmu kaedah pemakanan sihat, maklumat membantu anda merancang menu sajian sesuai

Sumber: BH Online

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

Pembayaran Balik PTPTN Akan Dipotong Mengikut Gaji Bulanan

Pembayaran Balik PTPTN Akan Dipotong Mengikut Gaji Bulanan

Pada 5 Disember 2018, PTPTN telah mengadakan Sidang Media : Pelaksanaan Dasar-Dasar Baharu PTPTN di Dewan Utama, Menara PTPTN.

Dalam sidang media ini, Encik Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN membuat pengumuman berkenaan mekanisme pelaksanaan dasar-dasar baharu PTPTN sempena pengumuman belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan pada 2 November lepas.

Berdasarkan sidang media tadi, 5 perkara telah diumumkan ialah seperti berikut:

5 Pelaksanaan Dasar Baharu PTPTN Sempena Belanjawan 2019

1. Potongan gaji secara progresif daripada 2 peratus hingga 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam;
2. Potongan cukai untuk majikan yang membayar hutang PTPTN pekerja;
3. Pengecualian bayaran balik pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama untuk pelajar daripada keluarga B40 dan M40;
4. Baki hutang dilupuskan apabila peminjam berumur 60 tahun; dan
5. Pelepasan taksiran cukai SSPN dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun taksiran 2019.

Mekanisme pelaksanaan adalah seperti di bawah:

1. MEKANISME BAHARU PEMBAYARAN – POTONGAN GAJI SECARA PROGRESIF (PGB)

PGB adalah bayaran balik mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan.

Peratus potongan adalah di antara 2% hingga 15% seperti jadual di lampiran.

2. INSENTIF PELEPASAN CUKAI UNTUK MAJIKAN YANG MEMBANTU PEKERJA

Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik, baik yang dibayar secara ansuran setiap bulan atau melalui pembayaran sekaligus.

Syaratnya ialah majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah pembayaran ini dibuat.

3. PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Kerajaan juga menghargai usaha para peminjam untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pengajian. Maka dengan itu, pelajar daripada golongan isirumah B40 dan M40 yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman dengan syarat-syarat berikut:

– Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa
– Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama
– Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan
– Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 ketika menamatkan pengajian

4. MENGHAPUS KIRA HUTANG PEMINJAM WARGA EMAS

Kerajaan prihatin dengan golongan warga emas. Sebagai penghargaan kepada warga emas yang komited dan konsisten dalam membuat bayaran balik, kerajaan bersetuju untuk melupuskan baki hutang peminjam yang memasuki umur 60 tahun sekiranya peminjam berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum umur mencapai 60 tahun.

5. MENINGKATKAN INSENTIF UNTUK MENABUNG

Selaras dengan itu, insentif pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dinaikkan daripada RM6,000 sebelum ini kepada RM8,000 bermula tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

 

Sumber: Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

 

Posted in: Informasi, Semasa, Umum

Leave a Comment (0) →

5 Kebaikan Mengambil Sarapan Pagi Yang Ramai Tidak Tahu

5 Kebaikan Mengambil Sarapan Pagi Yang Ramai Tidak Tahu

Jika anda gemar ponteng sarapan pagi, kami ingin berkongsi beberapa sebab mengapa anda dinasihatkan supaya mengubah cara anda itu.

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya kekurangan tenaga dan sarapan adalah penting untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang untuk anda mulakan hari seperti biasa.

1. Sarapan boleh menurunkan berat badan

Tahukah anda, sarapan pagi boleh membakar kalori dalam badan? Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong secara tidak lansung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.

2. Sarapan mampu tingkatkan kemampuan otak

Kajian yang dibuat di Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur.

Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas.

3. Membantu menunjukkan teladan yang baik

Jika anda mempunyai anak-anak, anda sentiasa mahu menunjukkan contoh yang baik bagi mereka dan dengan adanya sarapan, anda akan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui teladan.

4. Landasan yang betul untuk menurunkan berat badan

Bersarapan pagi adalah landasan yang betul sekiranya anda mahu atau berniat untuk menurunkan berat badan.

Penyelidik telah mendapati bahawa orang-orang yang makan sarapan pagi lebih cenderung untuk mengekal dan mengurangkan berat badan.

Walaupun orang skip sarapan dengan harapan berat mereka akan turun dan makan lebih semasa tengah hari akan menyebabkan berat badan akan bertambah.

5. Tingkatkan metabolisme badan

Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah.

Anda perlu makanan yang boleh memberi tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, anda harus sarapan dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur.

Semoga memberi manfaat.

 

Sumber: wanista

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

Wanita Ini Hasilkan RM10,929 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!

Wanita Ini Hasilkan RM10,929 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!

Ok, anda mesti fikir yang Bisnes Affiliate ini untuk yang pakar IT sahaja.

Sebenarnya jika dibuat dengan kaedah yang betul, tidak kiralah apa pun status anda, anda boleh menghasilkan jualan dengan Bisnes Affiliate ini.

Tidak kira walaupun anda berumur 50 tahun atau Suri rumah yang buta IT tetap boleh menghasilkan pendapatan lumayan.

Sebagai contoh Puan Salena yang telah menghasilkan jualan melebihi RM10k.

Beliau fokus menggunakan FB profile sahaja untuk promosikan produk affiliate.

Apa yang beliau lakukan sebenarnya mudah sahaja:

Akhirnya beliau berjaya capai target jualan 5 angka pertama melalui affiliate!

Selepas konsisten beliau praktikkan strategi yang diajar, Puan Salena telah jana lebih RM7k jualan untuk satu produk affiliate yang beliau promosikan.

Dan yang terkini, beliau berjaya hasilkan jualan mencecah RM10,929.00 melalui promosi 1 produk affiliate sahaja!

Semua jualan yang Puan Salena berjaya hasilkan ini adalah kerana beliau mengikut segala ilmu & panduan yang diajar kepadanya iaitu Affiliate Method.

Posted in: Umum

Leave a Comment (0) →

9 Tip Mudah Untuk Kurangkan Masalah Resdung Di Rumah

9 Tip Mudah Untuk Kurangkan Masalah Resdung Di Rumah

Masalah resdung memang sinonim kalau anda sering mengalami bersin, selesema, muka gatal, mata gatal, hidung gatal dan tersumbat secara melarat, kemungkinan anda sedang mengalami masalah resdung.

Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria.

Kebiasaan bagi mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif terhadap debu, kotoran, bulu-bulu haiwan terutama kucing dan juga alahan pada sesetengah makanan.

Nak tahu macam mana untuk kurangkan masalah resdung di rumah?

1. Persekitaran baik

Create suasana nyaman dan kondusif di dalam rumah. Jika cuaca tidak elok di luar rumah, berdebu contohnya, berada di dalam rumah adalah langkah paling baik. Merokok tak boleh!

2. ‘Warm compression’

Anda boleh buat sendiri di rumah. Basahkan kain bersih, perah dan letak di dahi dan kawasan muka anda. Ia akan mengurangkan kesakitan pada muka dan membuka rongga-rongga bukaan sinus ke hidung.

3. Cuci hidung ‘nasal douching’

Teknik ni biasanya akan diajar oleh doktor ENT apabila anda mendapat follow up bersama kami. Pastikan anda menggunakan air yang bersih atau air yang telah dimasak. Masukkan air ke hidung, biar ia keluar melalui mulut.

4. Air yang cukup

‘Stay hydrated’. Air yang cukup di dalam tubuh penting untuk sistem tubuh kita. Minum air panas dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan pada hidung. Boleh cuba di rumah!

5. Don’t fly!

Sekiranya anda sedang mengalami jangkitan sinusitis, seeloknya cuba elakkan penerbangan. Kalau boleh. Kalau memang tugas tak mengapa. Kenapa? Jangkitan sinusitis akan menyebabkan anda mengalami sakit telinga ketika kapal terbang sedang berlepas. Jika terpaksa apa perlu buat? Sediakan apa-apa makanan untuk dikunyah atau dimakan, minuman pun boleh. Ini akan membantu anda di dalam kapal terbang.

6. Ubat semestinya

Apabila anda jumpa doktor, setelah menerima nasihat daripada doktor, anda akan diberi ubat. Ini sudah semestinya akan membantu anda mengurangkan simptom yang dialami seperti sakit pada muka, dan juga masalah lain pada hidung.

7. Jangan tergesa-gesa ke kolam

Bagi anda yang gemar aktiviti air. Berenang dan berkelah contohnya. Cuba seboleh-bolehnya pastikan jangkitan sinusitis anda benar-benar sembuh baru lakukan aktiviti tersebut. Ini bagi mengelakkan jangkitan sinus lewat sembuh, bahkan menjadi bertambah teruk.

8. Senaman riadah dan aktiviti luar

Perkara terakhir ini khusus untuk anda yang kerap melakukan aktiviti luar. Anda perlu berhati-hati juga kerana serangan sinusitis selalunya akan menyebabkan gejala sakit muka dan kepala. Elakkan aktiviti yang berat. Cukuplah sekadar berjalan, bersiar-siar dan aktiviti ringan.

9. Kurangkan debu dalam rumah

Dalam rumah sendiri, kalau boleh elakkan penggunaan karpet yang berbulu. Haiwan peliharaan seperti kucing juga menyebabkan alahan hidung bertambah teruk.

Nak tip lagi? Jumpa doktor ya, lakukan pemeriksaan. Kami akan cerita satu persatu lebih detail setelah pemeriksaan dilakukan.

Siapa ada pengalaman alami resdung atau sinusitis kat sini?

Sumber : Dr. Ezairy M.Sallih

 

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

7 Makanan Terbaik Membakar Lemak

7 Makanan Terbaik Membakar Lemak

Kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh nyata menjadi punca utama kepada masalah kegemukkan. Selain daripada rutin senaman dan kardio yang diamalkan untuk membakar lemak ia harus seiring dengan rutin diet seimbang dengan penjadualan beberapa jenis makanan yang boleh menyahkan lemak dari dalam tubuh.

1. Oat

Tidak hanya mengenyangkan, oat juga nyata punya khasiat dan kebaikan tersendiri dalam membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh. Kandungan zat yang tinggi di dalam oat juga ternyata cukup efektif dalam rutin diet seharian. Pengambilan oat pada waktu pagi dan malam berkesan untuk membantu rutin diet anda.

2. Telur

Sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 7 gram protein serta beberapa nutrisi lain yang terkandung di dalamnya. Tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk mencerna telur jika dibandingan dengan makanan yang lain terutama daripada sumber karbohidrat. Sekiranya anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, sebaiknya hanya mengambil telur putih yang bebas daripada kolestrol. Kandungan protein yang tinggi membantu dalam proses pembentukan otot.

3. Teh hijau

Menstimulasikan tubuh dengan pembakaran lemak dalam kadar yang cepat, teh hijau nyata paling efektif dalam menurunkan berat badan. Teh hijau mengandungi sejumlah katekin iaitu sejenis fitokimia yang nyata cukup efektif dalam merangsang metablisme dan merangsang kadarnya. Minum teh hijau beberapa kali sehari untuk memperlihatkan kesannya terhadap tubuh.

4. Epal

Diperkayakan sebagai sumber antioksida, ia juga mempunyai pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan. Kandungan buah epal yang sarat dengan air nyata memberi impak kekenyangan yang lebih lama. Makan buah epal dengan mengunyah kerana aktiviti mengunyah akan meningkatkan kadar pembakaran kalori berbanding dengan meminum jus epal. Kandungan serat yang tinggi mampu untuk mempermudahkan percernaan selain mengelakkan masalah sembelit.

5. Cili

Mengandungi Capsaicin yang nyata membantu membakar kalori dalam tubuh dengan kadar yang cepat. Pengambilan cili di dalam makanan mampu mempertingkatkan kadar metabolisme dalam jagka masa yang singkat.

6. Coklat hitam

Flavonoid merupakan kandungan yang terdapat di dalam coklat hitam ternyata mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam tubuh selain dapat membakar lemak degil. Kandungan kafein dan antioksidan yang turut terdapat di dalam coklat hitam ternyata berperanan utama di dalam proses pembakaran lemak di dalam tubuh. Ia juga mampu untuk memberikan rasa kekenyangan jika diambil sebelum waktu makan.

7. Almond

Selain rasanya yang lazat, menikmati segengam kacang almond juga mampu untuk membakar lemak sebanyak 18% berbanding mereka yang mengurangkan kuantiti makanan dalam menu harian. Antara kacang lain yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan adalah kacang Brazil, buah berangan, hazelnut, walnut serta kacang tanah.

Sumber: Maskulin

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →
Page 2 of 44 12345...»