Posted on Leave a comment

Cara Terbaik Menggunakan Masa

Tanpa kita sedari, masa adalah perkara yang selalu kita remehkan. Kita sering menunda atau melengahkan sesuatu kerja yang perlu jika ada mempunyai masa-masa yang terluang. Penggunaan masa adalah yang membezakan diantara orang yang sukses atau gagal. Allah memberikan masa bagi setiap orang sama 24 jam sehari. Namun, mengapa ada orang sukses dan orang gagal? Jawapannya bagaimana mereka memanfaatkan setiap masa yang ada. Saya ingin berkongsikan dengan anda bagaimana cara terbaik menggunakan masa itu. Cara terbaik menggunakan masa iaitu:

Posted on Leave a comment

Harta Kekayaan Bukan Milik Kita

Kecenderungan manusia untuk memiliki harta-kekayaan di dunia ini adalah suatu fitrah semulajadi. Ertinya manusia yang hidup ini dengan perasaan atau nalurinya berusaha keras untuk mencapai kesenangan dan kebahagian hidup di dunia ini. Salah satu caranya, dengan memiliki harta-kekayaan. Seseorang itu akan dipandang mulia dan terhormat oleh manusia lainnya. Dengan harta-kekayaannya itu, seseorang bebas bergerak kemana saja dan apa saja dapat dikerjakannya tanpa sekatan atau halangan apapun.

Posted on Leave a comment

Bersyukurkah Kita Sebenarnya?

Dalam kehidupan seharian kita banyak perkara yang kita lakukan kadang-kadang kala kita sering merungut,marah dan berputus asa mengenainya menandakan kita tidak berpuas hati ataupun kita sebenarnya tidak bersyukur dengan perkara tersebut. Adakah anda sebenarnya seorang yang bersyukur? Mungkin ya dan mungkin tidak. Saya berkata begitu kerana disini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang perkara-perkara dalam kehidupan seharian anda yang kadang kala anda sering merungut mengenainya tapi hakikat sebenar anda patut bersyukur dengannya..

Posted on 2 Comments

Setiap Pekerjaan Adalah Satu Ibadah

Assalamualaikum.

Setiap pekerjaan yang anda lakukan sebenarnya boleh menjadi satu ibadah. Untuk menjadikannya sebagai satu ibadah ianya mesti memenuhi lima syarat utama. Apabila setiap pekerjaan anda, yang anda lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri anda kepada Allah swt. Antara syarat-syarat itu ialah:

1. Niat perlu betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal mengikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Posted on Leave a comment

5 Tips Untuk Hidup Bahagia

Assalamualaikum.

Setiap orang pasti ingin hidup dalam kebahagian bukan? Mana ada orang yang ingin hidup dalam kesengsaraan, kesedihan dan sebagainya yang bersifat negatif. Begitu juga dengan saya sudah pastinya inginkan kebahagiaan dalam hidup ini. Kebahagiaan adalah suatu yang semua orang malah anda sendiri idam-idamkan didalam hidup ini.

Tanpa kebahagiaan seolah-olah hidup anda tidak sempurna sama sekali. Ada banyak langkah sebenarnya yang anda boleh lakukan untuk mengecapi kebahagiaan hidup ini. Namun saya cadangkan kepada anda 5 tips mudah ini je jika anda mahu merealisasikan impian anda dan hidup dalam kebahagian.

1. Jauhkan Diri Dari Pemikiran Negatif

Posted on 5 Comments

Sikap yang positif adalah kunci kejayaan

Sikap adalah kunci kepada kejayaan seseorang itu dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ianya sangat penting malah sikap adalah lebih penting daripada kebijaksanaan, pelajaran, keputusan peperiksaaan atau apa jua perkara-perkara lain. Seseorang yang mempunyai sikap yang positif biasanya hidup dalam keadaan sihat dan bahagia, boleh pergi lebih jauh dalam kerjaya yang diceburi, dan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang lain. Jadi apa yang saya ingin kongsikan dalam artikel kali ini dengan anda semua adalah bagaimana untuk menjadikan sikap yang positif dalam kehidupan kita.

Posted on 9 Comments

Kelebihan Membaca – Jadikan Membaca Amalan Hidup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai yang masih kurang minat suka membaca dalam diri mereka. Mereka menganggap yang membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah S.A.W pun menyuruh baginda untuk iqra” iaitu (membaca). Jadi disini kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam islam. Setiap orang akan cepat merasa bosan apabila membaca. Bahan bacaan tidak hanya terhad kepada buku-buku sahaja tapi anda boleh juga membaca secara online iaitu membaca di internet seperti laman web, blog, forum, ebook dan banyak lagi