l

Archive for 'Motivasi'

Tanda-tanda Seseorang Itu Kaya

Assalamualaikum ๐Ÿ™‚

โ€œIlmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.โ€ – Saidina Ali bin Abi Talib

Semua orang sudah pasti ingin hidup kaya kan? Kalau tak kaya susah nak hidup pada zaman yang serba mencabar ni. Setiap hari perlukan duit untuk membeli apa-apa keperluan seharian. Kalau tak ada duit susah nak hidup. Nak tahu tak rahsia menjadi kaya? Sebenarnya saya tiada rahsia besar untuk anda menjadi kaya ini kerana kaya tidak semestinya kena mempunyai duit yang banyak baru boleh dianggap kaya.

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (36) →

Melahirkan Keikhlasan Dalam Diri

Assalamualaikum ๐Ÿ™‚

Dalam setiap perkara baik yang kita lakukan adalah perlu mempunyai niat yang ikhlas dalam diri kita. Namun begitu, saya rasa mungkin susah jugak kan nak lahirkan keikhlasan dalam diri ni tapi ianya boleh dilakukan. Kadang-kadang kita mudah merasa riak apabila melakukan kebaikan terutamanya apabila berada bersama dengan orang lain. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk melahirkan keikhlasan dalam diri ni.

Posted in: Motivasi, Tazkirah

Leave a Comment (14) →

Tahap Keilmuan Dalam Diri Manusia

Assalamualaikum.

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap orang islam. Kita telah diajar menuntut ilmu oleh ibu bapa kita sejak dari kecil lagi. Kemudian kita dihantar ke sekolah untuk belajar ilmu di sekolah daripada guru-guru pula. Apa saja jenis ilmu yang kita belajar selagi berlandaskan syariat islam akan dapat memberi manfaat kepada kita. Ilmulah yang akan menyelamatkan seseorang itu di dunia dan ilmu jugalah yang akan menyelamatkan seseorang itu di akhirat kelak. Ada empat jenis golongan manusia yang hidup di dunia ni. Golongan ini dibahagikan kepada empat berdasarkan kepada peringkat ilmu pengetahuan yang mereka miliki.

Posted in: Informasi, Motivasi

Leave a Comment (18) →

Menghargai Masa Remaja

Assalamualaikum.

Masa remaja adalah masa yang paling menyeronokkan betul tak? Masa remaja inilah dimana kita sedang mencari identiti diri kita yang sebenar untuk menempuh kehidupan dunia yang mencabar dimasa hadapan. Pengalaman di alam remaja ini akan akan dibawa ke alam dewasa dan bakal mencorak kehidupan kita dimasa hadapan kelak. Semasa berada di alam remaja banyak ujian dan cabaran yang terpaksa anda hadapi.

Masa remaja inilah kita semakin mengenal erti kehidupan. Ini kerana sebelum ini kita berada di alam kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak anda masih tidak mengenali erti kehidupan lagi. Pada masa remaja inilah anda semakin mengenali siapa diri anda, apa yang anda minat, siapa calon yang anda suka dan banyak lagi perkara.

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (4) →

Tips Kepada Mereka Yang Suka Membaca

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Membaca adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam islam. Tidak kiralah apa sahaja jenis bacaan yang kita baca asalkan ia dapat memberi manfaat kepada kita. Sebelum ini saya juga pernah menulis artikel mengenai kelebihan membaca kepada seseorang itu. Kali ini saya ingin berkongsi tips-tips bagi anda yang suka membaca.

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (11) →

Sentiasa Bersikap Suka Membantu

Salam Sejahtera ๐Ÿ™‚

Dalam hidup ini ada banyak perkara yang kita lakukan saling bergantungan antara satu sama lain dengan orang yang berada di sekeliling kita. Ada kala hidup kita perlu dibantu dan juga kita perlu membantu orang lain juga. Apabila memiliki sikap suka membantu ini kita akan disenangi dan disukai oleh orang lain. Nak bagi tips bagi anda yang suka membantu.

1) Anda membantu orang lain pada hari ini, esok lusa jika anda mempunyai masalah anda akan dibantu oleh orang lain pula. Kena selalu ingat hari ni mungkin hari orang lain yang susah atau memerlukan bantuan mungkin hari esok hari kita pula, siapa tahu kan. Jadi sama-samalah kita membantu antara satu sama lain ye..hari ini anda telah bantu saya esok saya bantu anda pula.

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (8) →

Mulianya Sifat Berterima Kasih

Salam Sejahtera ๐Ÿ™‚

Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini?

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (10) →

Jadilah Orang Yang Berani

Dalam hidup ini tidak kiralah apa saja bidang yang anda lakukan, keberanian adalah penting. Didalam perniagaan internet atau apa saja perniagaan lain keberanian adalah penting. Jika anda masih ragu-ragu dan takut maka tidak mungkin anda dapat bertahan lama atau sanggup menghadapi pelbagai risiko dalam bidang perniagaan. Perniagaan internet memerlukan keberanian dalam setiap langkah yang anda ambil. Ada beberapa bentuk keberanian yang anda mesti bersediaย  menghadapinya jika anda menjalankan perniagaan internet.

Posted in: Informasi, IT, Motivasi, Panduan, Tips, Umum

Leave a Comment (2) →
Page 9 of 13 «...7891011...»