l

Archive for 'Motivasi'

Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik

Salam sejahtera. Dalam kehidupan ini kita memang perlu sentiasa memberikan peringatan kepada orang lain untuk berubah daripada keburukan kepada kebaikan. Itu sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk  saling nasihat menasihati kepada saudara kita yang lain. Kalau masing-masing bersikap pentingkan diri sendiri tidak mahu mengambil tahu hal orang lain maka akan rugilah bagi orang yang melakukan sedemikian.

Kita perlu sentiasa mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak susah untuk melakukan berubah jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Memang semua orang tidak sempurna tapi sekurang-kurang kita perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik kan?

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (7) →

Waktu Paling Indah Dalam Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam perjalanan menempuhi kehidupan dunia ini setiap orang pasti akan mempunyai waktu-waktu paling indah dalam hidup mereka. Kehidupan yang dilalui bagi setiap orang adalah berbeza dengan orang lain. Anda mungkin tidak akan dapat melupakan waktu-waktu paling indah dalam kehidupan anda itu sampai bila-bila. Ini kerana ia adalah mengenai pengalaman hidup yang anda lalui yang pasti tidak akan sama dengan orang lain. Anda juga bertuah kerana dapat merasainya kerana tidak semua orang dapat merasai waktu-waktu paling indah itu.

Antara waktu-waktu yang boleh dikatakan paling indah yang akan dialami oleh setiap orang dalam hidupnya adalah waktu sekolah, waktu universiti, waktu pekerjaan, waktu perkahwinan dan banyak lagi. Setiap dari waktu-waktu ini mempunyai kenangan yang berbeza-beza kepada setiap orang yang pernah mengalaminya.

Posted in: Motivasi, Umum

Leave a Comment (10) →

Menanam Budaya Suka Membaca

Salam sejahtera.

Minat dan budaya membaca masih lagi kurang dalam diri setiap orang. Tidak kiralah dari seorang kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa. Bukannya tiada langsung mereka yang mempunyai minat membaca ni, ada juga yang  memang suka membaca  tapi jumlahnya masih sangat kurang jika nak dibandingkan dengan ramainya orang yang minat membaca dari negara-negara maju yang lain.

Tidak ramai yang jadikan minat membaca sebagai aktiviti harian yang wajib kerana mereka kurang sedar akan kelebihan membaca. Kelebihan membaca itu sangat banyak sebenarnya kepada mereka yang suka membaca. Selagi bahan bacaan yang dibaca itu memberi manfaat untuk mereka.

Posted in: Informasi, Motivasi, Tips

Leave a Comment (5) →

Mencapai Matlamat Hidup

Salam sejahtera.

Sedar tidak sedar begitu cepatnya masa berlalu. Ni pun baru nak sedar. Sebabnya mungkin saya sedikit sibuk dengan bermulanya semester 4 di universiti yang baru masuk awal tahun ini. Seseorang itu mampu untuk melakukan apa saja perkara yang mereka inginkan jika mereka mempunyai matlamat dan yakin mereka boleh untuk melakukannya.

Sebagai manusia kita telah dilahirkan ke dunia untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini. Sebagai seorang manusia juga kita sudah tentu sentiasa ingin menjadi orang yang berjaya di dunia ini dan tidak lupa juga di akhirat. Untuk menjadi orang yang berjaya anda perlulah mempunyai matlamat yang jelas yang akan dapat memberikan dorongan kepada anda untuk menjadi orang yang lebih berjaya di masa hadapan.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (6) →

Ciri-ciri Insan Yang Berjaya

Salam sejahtera

Untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Ini kerana setiap orang itu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama ada untuk menjadi orang yang berjaya atau pun tidak.

Sejak dari kecil lagi seseorang itu telah diajar bagaimana untuk berjaya di sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, berjaya masuk ke universiti, berjaya mendapat kerja yang dinginkan dan banyak lagi.

Posted in: Informasi, Motivasi

Leave a Comment (9) →

Rebutlah Peluang Yang Ada

Salam sejahtera 🙂

Adakalanya banyak peluang berharga yang muncul dalam hidup kita tapi kita tidak menyedari akan peluang yang datang itu. Peluang itu mungkin muncul pada hari ini, esok atau pada bila-bila masa sahaja. Memang banyak peluang yang datang tapi ianya mungkin akan berlalu begitu saja jika kita tidak menyedarinya.

Ramai orang yang telah mengecapi kebahagiaan daripada peluang yang datang dalam hidup mereka kerana mereka nampak akan peluang berharga itu. Ramai juga orang yang telah menyesal kerana mereka menyedari yang mereka telah terlepas peluang yang sangat berharga dalam hidup mereka.

Persoalannya dimanakah kita berada? Sebelum kita menyesal dikemudian hari kenapa kita merebut peluang yang ada itu terlebih dahulu.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (20) →

Penurunan Berat Badan Melalui Puasa

Salam sejahtera. Bagaimana keadaan kesihatan anda semasa bulan puasa ni? Diharapkan kesihatan anda baik-baik semuanya di bulan puasa ni. Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan mereka. Ini kerana apabila seseorang itu berpuasa, maka kadar permakanan mereka akan sedikit terkawal tidak seperti pada hari-hari kebiasaannya.

Jika pada hari-hari kebiasaan anda suka makan sampai 3 hingga 4 kali sehari tapi pada bulan puasa anda hanya akan makan 2 kali sehari sahaja iaitu semasa bersahur dan juga berbuka. Ini bermakna cara permakanan anda adalah terkawal untuk bersahur dan berbuka sahaja. Kalau pada bukan bulan puasa anda mungkin makan bila-bila masa saja yang anda suka.

Posted in: Kesihatan, Motivasi

Leave a Comment (17) →
Page 8 of 13 «...678910...»