l

Archive for 'Motivasi'

Gunakan Masa Yang Tersembunyi

Assalamualaikum WBT.

Seringkali kita mengeluh bahawa masa yang ada pada setiap hari tidak mencukupi kerana terlalu sibuk dengan tugas atau kerja harian. Yang menyedihkan lagi, kita tidak berpeluang untuk melakukan amal ibadah yang khusus kepada Allah SWT. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, bersolat jemaah di masjid atau surau dan sebagainya.

Sebenarnya, Allah SWT itu Maha Adil kerana setiap makhluk yang ada di muka bumi ini dianugerahkan masa 24 jam sehari. Tetapi sikap kita sendiri yang tidak tahu bersukur dan pandai menguruskan masa dengan baik, maka dia mengatakan masa yang ada tidak mencukupi.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (0) →

Tingkatkan Penumpuan Belajar

Salam sejahtera.

Antara rahsia penting untuk berjaya dalam perkerjaan dan pembelajaran ialah penumpuan atau fokus. Seseorang yang mempunyai penumpuan yang tinggi mampu mengawal pemerhatiannya terhadap tugas yang dilakukan. Walaupun, terdapat sesetengah manusia mempunyai penumpuan secara tabii, tetapi penumpuan merupakan satu kelebihan yang boleh dipertingkatkan. InsyaAllah.

Antara perkara yang menyokong penumpuan kita ialah dorongan. Ini  kerana dorongan dapat menguatkan hati kita untuk bersungguh-sungguh dalam belajar. Sekiranya dorongan terhadap pembelajaran berada pada tahap yang  lemah, maka hati  atau minat kita mudah tertarik kepada perkara lain.

Posted in: Motivasi, Penulis Jemputan, Tips

Leave a Comment (0) →

Mencari Ketenangan Dengan Sifat bersyukur

Assalamualaikum.

Manusia dilahirkan dengan sempurna dan sebaik-baik kejadian oleh Allah swt. Namun dalam meniti kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan pelbagai dugaan sentiasa hadir yang menyebabkan sentiasa wujud perasaan tidak puas hati dalam diri seseorang. Sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki, mengeluh dan menyalahkan takdir. Tapi, adakah kita sedar bahawa Allah sedang menguji sifat syukur di dalam hati kita?

Jika kita fahami dan selami setiap nikmat hidup di dunia ini adalah hak milik Allah. Kegembiraan kita, kekayaan kita, kesihatan kita semuanya adalah milik Allah. Pada yang kaya, harta kekayaan kurniaan Allah ini bukanlah modal untuk digunakan dengan membuat kemungkaran atau bermegah-megah sesama manusia. Gunakanlah untuk mencari keredaan Allah di dunia yang fana ini.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (0) →

Jadilah Rakan Yang Terbaik

Assalamualaikum.

Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.

Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (0) →

Tips Untuk Mendapat Kejayaan

Assalamualaikum.

Tahun baru 2012 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012. Kita mengharapkan lebih banyak kejayaan dalam hidup kita pada tahun baru 2012 nanti.

Semua orang yang hidup pasti ingin menjadi orang yang berjaya. Setiap orang mahu jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita berhak untuk memiliki apa sahaja kejayaan yang kita inginkan dalam kehidupan ini.

Untuk penulisan yang ringkas pada kali ini saya akan berkongsi beberapa tips mudah bagaimana kita dapat memiliki kejayaan dalam hidup kita. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin kejayaan dalam hidup ini.

Posted in: Motivasi, Tips

Leave a Comment (2) →

Mencari Sebuah Kesempurnaan

Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan.Tidak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tidak boleh mengharapkan kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahawa kita sudah sempurna, selamanya kita tidak akan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain.

Rasulullah s.a.w. adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda s.a.w. sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah.

Posted in: Motivasi, Tazkirah

Leave a Comment (0) →

Pengorbanan Dalam Menuntut Ilmu

Assalamualaikum.

Sudah lama juga saya tidak menulis dan berkongsi idea di blog ini. Mungkin kerana kesibukan memasuki semester baru  di universiti tempat saya belajar ini. Nak kata sibuk tu boleh la sebab hidup seorang pelajar ni tak dapat lari dari kesibukan. Itu dah menjadi perkara biasa. Dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar, ia menuntut banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu perjuangan dalam hidup ini.

Kita belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah untuk masa hadapan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan dimasa hadapan bagi mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar adalah untuk mendapatkan  keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dari Allah. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami lebih banyak ilmu agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari akhirat.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (14) →

Motivasi Untuk Pelajar

Assalamualaikum.

Begitu cepat rasa masa berlalu setiap hari. Hari raya aidilfitri pun dah seminggu berlalu. Saya pun tidak lama lagi akan kembali menyambung pengajian ke universiti. Tinggal beberapa hari je lagi cuti. Cuti semester yang panjang selama 3 bulan sudah habis dah. Teringat dialog dalam cerita KL Gangster. “Amacam cuti panjang, best?” “Cuti sudah habis bro”. Perasaan pun bercampur je sekarang ni. Maklumlah selepas cuti panjang mood belajar pun jadi kurang sikit. Bila dah masuk belajar nanti barulah semuanya akan jadi seperti biasa kembali.

Oleh kerana mahu mencari kembali motivasi dan semangat untuk belajar kat universiti nanti, kita kena cari perkara-perkara yang best kat universiti atau tempat belajar kita. Barulah kita akan merasa seronok untuk kembali meneruskan pelajaran ke sana. Motivasi sangat penting dalam memberikan semangat kepada diri kita.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (11) →
Page 6 of 13 «...45678...»