Posted on Leave a comment

Siapa Mahu Menjadi Jutawan? – Rahsia oleh Jutawan Sebenar

jutawan

Apakah rahsia kejayaan para usahawan dan jutawan? Jawapannya ada di sini. Jika anda ingin berjaya dan menjadi kaya-raya seperti mereka, ikut sahaja!

Rahsia 1: Matlamat Kebebasan Dari Segi Kewangan

Rahsia ini milik Robert T. Kiyosaki, jutawan, penasihat kewangan dan penulis buku Rich Dad Poor Dad. Menurut Kiyosaki, semua ini bermula daripada matlamat. Cuba bayangkan 10 ke 20 tahun akan datang. Itulah matlamat anda. Kebanyakan orang impikan hidup kaya-raya dan bukannya kebebasan dari segi kewangan. Padahal, menjadi kaya sahaja tidak cukup. Banyak orang kaya yang kemudiannya jatuh miskin tidak begitu faham sifat-sifat wang.

Posted on Leave a comment

29 Petua Bisnes Donald Trump

Petua Bisnes Donald Trump

Donald John Trump atau lebih dikenali sebagai Donald Trump merupakan jutawan hartanah dan memiliki harta yang berjumlah berbilion. Beliau adalah pemilik kepada Trump Plaza serta hos kepada rancangan tv realiti NBC iaitu The Celebrity Apprentice.

Nama : Donald Trump
Pekerjaan : Pemaju Hartanah, Usahawan, Penulis Buku Selebriti TV
Tarikh Lahir : 14 Jun 1946
Asal : Queens, New york
Pendidikan : Fordham University, New York Military Academy, Wharton School of Finance
Zodiak : Gemini

Posted on Leave a comment

24 CIRI USAHAWAN BERJAYA

Usahawan-Berjaya

Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:

1. Usahawan perlu sentiasa mempunyai keinginan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Bagi dia hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Seseorang usahawan harus berani menanggung risiko.Dia sukakan cabaran dan kejayaan menghadapi cabaran akan memberi kepuasan kepada mereka.

Posted on 4 Comments

Teruskan Berusaha, Jangan Berputus Asa

Assalamualaikum.

Dalam hidup ini ada pelbagai jenis bentuk kerisauan yang sentiasa hadir dalam diri seseorang. Ianya adalah merupakan proses kehidupan sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari sebarang masalah. Antara kerisauan yang biasanya kita hadapi adalah mengenai masa hadapan kita. Apa yang kita akan lakukan pada masa hadapan? Nak kerja apa dah habis belajar nanti? Bila agaknya boleh berjaya seperti orang lain? Itulah beberapa contoh persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita.

Masa hadapan adalah perkara yang selalu menjadi kerisauan dalam diri kita. Kita sangat risau jika tidak dapat kerjaya yang baik di masa hadapan kerana kita sudah tentu mahu hidup dengan senang di masa hadapan. Bagi seorang pelajar, selepas belajar nanti siapa yang nak sara hidup kita jika bukan diri kita sendiri. Banyak perbelanjaan dan perkara yang perlu kita tanggung. Malah kita juga perlu membantu ibu bapa kita. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita di masa hadapan nanti.

Posted on 18 Comments

Jauhi Faktor Yang Menghalang Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua orang yang hidup pasti inginkan kejayaan dalam hidup mereka. Tidak kira apa saja perkara yang mereka lakukan sudah tentu kita inginkan kejayaan hidup dunia dan akhirat. Jika anda masih belajar sudah tentu anda mahukan kejayaan dalam pelajaran anda. Bagi yang telah bekerja pasti ingin berjaya dengan kerja yang dilakukan.

Kejayaan bukan hanya kepada dunia tapi kita juga pasti ingin kejayaan akhirat untuk menikmati syurga Allah di hari akhirat kelak. Tidak salah untuk mengejar kejayaan hidup di dunia, asalkan kita tidak sesekali melupakan hari akhirat. Biar ianya selari di antara dunia dan juga akhirat. Barulah kita akan menikmati kejayaan hidup yang sebenarnya.

Posted on 2 Comments

Guna Facebook Untuk Kebaikan

Assalamualaikum.

Banyak perkara yang telah berlaku kat facebook pada hari ini. Kita mungkin selalu mendengar orang kata yang facebook ini boleh membawa banyak keburukan kepada seseorang. Saya tidak nafikan, betul juga facebook ni boleh membawa banyak keburukan. Tapi facebook juga boleh membawa banyak kebaikan. Dalam hal ini kita boleh lihat facebook tidak bersalah atas alasan boleh membawa keburukan. Tapi orang yang menggunakan facebook itu sebenarnya yang telah menyalahgunakan facebook.

Banyak orang menyalahgunakan facebook untuk tujuan tidak baik. Kita yang menggunakan facebook perlu sentiasa berhati-hati kerana banyak juga perkara buruk boleh berlaku di facebook. Terutamanya jika anda seorang wanita. Anda perlu lebih berhati-hati. Bukan semua perkara anda perlu kongsikan di facebook.

Posted on 7 Comments

Hargai Nikmat Masa Lapang

Assalamualaikum.

Masa adalah salah sangat penting dalam kehidupan manusia. Masa yang telah lepas tidak boleh diundur kembali. Manusia akan didatangi oleh masa sibuk dan juga masa lapang. Apabila datangnya masa sibuk barulah seseorang itu akan merindui nikmat masa lapang. Ia bergantung kepada diri kita bagaimana kita menggunakan masa lapang dalam kehidupan kita supaya ia boleh memberi manfaat kepada diri. Jika kita mensia-siakan masa lapang yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah, ia boleh merugikan diri kita sendiri.

Posted on Leave a comment

Persepsi Kegagalan

Assalamualaikum

Semua orang tidak mahu berdepan dengan kegagalan. Bagi seorang pelajar, kegagalan dalam pembelajaran merupakan suatu yang menyakitkan. Terdapat dua keadaan kegagalan iaitu:

Terlalu fokus kepada kegagalan

Orang yang terlalu fokus kepada kegagalan, meskipun dia sedang meneruskan pembelajaran boleh mengganggu konsentrasinya. Ini kerana apabila dia terlalu memikirkan kepada kegagalan yang bakal  dihadapi  menyebabkan usahanya tidak begitu bersungguh-sungguh.