Posted on Leave a comment

Perbuatan Dosa menyekat Cahaya Ilmu

Salam.

Pada tulisan kali ini pula saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perbuatan dosa yang dilakukan oleh manusia. Kita semua tidak akan terlepas dari melakukan dosa tetapi jika sesuatu dosa itu selalu saja diulangi ianya boleh dianggap sebagai seorang yang tidak takut dengan hukum Allah.

Apabila melakukan perkara yang tidak baik atau buruk seseorang itu akan mendapat dosa. Seseorang banyak melakukan dosa ia akan membuatkan hati seseorang itu rosak kerana telah bercampur antara baik dan buruk. Oleh itu akan jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“(Hati yang rosak) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya”.

Orang yang banyak melakukan dosa semakin lama semakin renggang hubungannya dengan Allah dan juga sesama orang mukmin yang lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia akan dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa akan selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai satu perkara yang kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:

“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya”.

Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu akan membawa kepada kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada orang yang melakukannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:

“Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua”.

Orang yang sentiasa melakukan dosa akan berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat pula akan lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka sesiapa yang comLeo Vegas har en slogan som ar ”Sveriges Mobil casino – Maktigast aven pa natet”. Allah hendak beri hidayah nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)”.

Sesungguhnya dosa itu boleh menggelapkan hati seseorang dan sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya hatinya.

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya”.

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Begitulah hati seseorang akan menjadi gelap oleh kerana dosa yang dilakukannya. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

“Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat”.

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Dosa telah menyebabkan hubungan hamba dengan Allah semakin jauh dan semakin susah untuk melakukan ketaatan padaNya. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: “Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)”. Jawab Ibnu Masud: “Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)”.

Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu. Saya harap dengan penulisan ini ia dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada anda semua termasuklah diri saya sendiri. Ilmu yang baik itu untuk dikongsi sesama saudara islam dan bukan hanya untuk disimpan semata-mata. Itulah niat saya menulis artikel ini dengan niat dapat berkongsi dengan anda semua suatu ilmu yang sangat berguna. Semoga kita semua dapat menghalang diri dari melakukan dosa dan dilapangkan dada untuk menerima cahaya ilmu yang dituntut. Insyaallah.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *