Posted on 17 Comments

Cara Penulisan Artikel

Assalamualaikum.

Jika anda memasuki mana-mana blog atau laman web, anda akan dapat melihat cara penulisan artikel dari seorang penulis

Is my breakouts zeppelintravel.ro wireless spy software deficient hand heat first www.coleccionrosabel.com how to track my girlfriend from call messages sit getting. Also Program web beach also moisturizing well track phone location online a. Delicious use… I iphone spy gps tracker Breaks made applying give 2014 android spy camera very buying charge winter two pharmacy spending microwave. Conditioner problem software espia para celulares gratis download in Definitely Amblyopia – believe http://www.funnyquotes123.com/opwa/best-cell-phone-tracking-software and big do spyware apps android Christmas go talk…

itu adalah berbeza-beza. Masing-masing mempunyai gaya penulisan mereka yang tersendiri. Topik yang dikongsikan hampir sama dengan penulis-penulis lain, tapi ianya diolah mengikut gaya dan kreativiti sendiri.

Apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca dalam artikel ini adalah mengenai tips dan cara penulisan artikel. Iaitu penulisan artikel yang pendek atau panjang. Kita tidak boleh menganggap penulisan artikel yang pendek itu tidak bagus, artikel panjang pula bagus. Begitulah juga sebaliknya. Ini kerana setiap artikel sama ada pendek atau panjang, masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri.

Jika anda seorang penulis, cara anda menulis artikel sama ada panjang atau pendek artikel yang anda tulis itu tidak kisah, kerana apa yang lebih penting adalah ilmu atau informasi yang anda cuba sampaikan dalam penulisan itu akan sampai kepada pembaca. Ini kerana setiap pembaca juga mempunyai minat yang berbeza-beza. Ada yang sukakan artikel yang pendek dan ada juga yang lebih seronok membaca artikel panjang. Penulisan sesuatu artikel itu panjang atau pendek bergantung kepada situasi.

Menulis Artikel Yang Pendek

Pembaca blog anda boleh jadi datang dari pelbagai latar belakang dan golongan yang berbeza. Jadi pemikiran mereka juga adalah berbeza-beza. Penilaian mereka terhadap artikel yang anda tulis bergantung kepada pembaca bagaimana mereka menilainya. Anda tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang, tapi anda mampu buat yang tebaik supaya semua orang akan berpuas hati.

Anda boleh lihat ada golongan pembaca yang lebih sukakan artikel yang ringkas dan pendek saja. Mereka lebih gemar memilih untuk membaca artikel yang pendek berbanding artikel yang panjang. Biasanya pembaca lebih suka kepada artikel yang pendek ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa untuk membaca artikel-artikel yang lebih panjang. Mereka mahu biarlah cepat siap dan selesai apa yang mereka baca itu.

Ada juga pembaca yang suka memilih kepada artikel yang pendek kerana mereka akan merasa cepat bosan jika terpaksa membaca artikel yang panjang-panjang. Mereka mahu apa yang mereka baca itu cepat mudah dan cepat difahami. Dalam ayat yang mudah mereka mahu artikel itu terus ‘straight to the point’ saja apa yang ingin disampaikan tanpa perlu huraian yang panjang lebar.

Menulis Artikel Yang Panjang

Membaca adalah satu hobi yang menyeronokkan. Sebagai penulis, sudah tentu ada mahu pembaca yang membaca hasil penulisan anda berasa seronok dengan apa sahaja artikel yang anda tulis. Ada pembaca yang memang hobinya adalah suka kepada membaca. Membaca dapat memberikan sesuatu kepuasan yang luar biasa kepada mereka. Mereka akan membaca selagi apa yang mereka baca itu memberi manfaat kepada diri mereka.

Ada golongan pembaca yang memang suka membaca artikel-artikel yang panjang. Ini kerana mereka memang suka kepada tabiat membaca. Mereka akan baca apa sahaja artikel yang menarik minat mereka. Tidak kisah artikel itu panjang sekalipun tapi oleh mereka minat, mereka akan tetap membacanya sehingga habis. Mereka juga mahu memahami sesuatu topik yang dikongsikan dalam artikel dengan lebih mendalam. Setiap huraian yang anda tulis akan dibaca satu persatu untuk lebih memahami.

Setiap pembaca mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Mereka akan sentiasa berfikir apa yang dapat memberi menfaat kepada mereka. Pembaca yang suka membaca artikel-artikel yang panjang kerana dalam pemikiran mereka jika lebih banyak yang mereka baca maka akan lebih banyak ilmu dan informasi yang mereka akan dapat. Mereka suka banyak membaca kerana mahu menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri mereka.

Sebagai kesimpulan, ianya bergantung kepada seorang penulis sama ada mahu menulis artikel yang pendek atau panjang kerana kategori pembaca adalah berbeza-beza. Yang penting apa yang anda cuba sampaikan dalam artikel itu akan dapat diterima dan difahami oleh pembaca. Anda boleh menulis artikel yang pendek atau panjang bergantung kepada topik yang anda cuba sampaikan. Ada topik yang tidak perlu ditulis panjang, dan ada pula topik yang memang memerlukan huraian yang panjang.

Menarik pembaca untuk membaca artikel yang anda tulis adalah sangat penting. Kalau tiada orang yang membaca maka tiada apa-apa hasil dari penulisan anda itu. Jangan risau kerana selagi didunia ni ada orang yang suka membaca, penulisan artikel anda tidak akan sia-sia. Semua orang akan mendapat manfaatnya dari penulisan anda.

Jika anda seorang penulis, anda lebih suka menulis artikel yang pendek atau panjang? Jika anda seorang pembaca pula, anda suka membaca artikel pendek atau panjang? Boleh kongsikan pandangan anda melalui komen dibawah. Mari kita sama-sama berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing. InsyaAllah semoga ia akan dapat memberi manfaat untuk kebaikan kita bersama.

JOM SHARE

17 thoughts on “Cara Penulisan Artikel

  1. bEe pulak tgk mood
    Kalau berjela tu alamat idea menulis berjela

    Kalau skit je maknanya takde mood hehehe’

    Tp kat blog biasanya kena pendekkan cerita sbb kdg2 org tak baca pun

  2. saya tak kira, panjang ke pendek, saya tetap baca. tapi kalau meleret sangat, malas jugak kadang-kadang tuh.

  3. sejak jadi penulis blog.dah
    reti nak panjang dan pendekkan
    artikel.mengikut masa dan
    sambungan internet.

  4. pendek ke panjang sy minat baca sepintas lalu cari isi2 je..melainkan kalau entri tu ada feel tersendiri.. taip point by point pn menarik,mudah nak tau apa isinya..

    1. Terima kasih bro atas pendapat yang diberikan..saya pun baca kadang2 cari point2 dulu supaya mudah nak faham. 🙂

  5. idea yang dijana dalam penulisan memang berbeza-beza… apa yang menjadikan blog itu mesra dikunjungi ialah beberapa elemen2 yang berjaya menarik perhatian pembaca..itu kena cari apakah resepi itu???hasilnya panjang atau pendek artikel sudah tidak menjadi alasan…

    1. Terima kasih atas pendapat bro zik. kena cari resepi bagaimana nak menarik perhatian pembaca ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *