Posted on 2 Comments

Tips Untuk Mendapat Kejayaan

Assalamualaikum.

Tahun baru 2012 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012. Kita mengharapkan lebih banyak kejayaan dalam hidup kita pada tahun baru 2012 nanti.

Semua orang yang hidup pasti ingin menjadi orang yang berjaya. Setiap orang mahu jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita berhak untuk memiliki apa sahaja kejayaan yang kita inginkan dalam kehidupan ini.

Untuk penulisan yang ringkas pada kali ini saya akan berkongsi beberapa tips mudah bagaimana kita dapat memiliki kejayaan dalam hidup kita. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin kejayaan dalam hidup ini.

Posted on 1 Comment

Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah 1433 saya ucapkan kepada semua umat islam. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan kita peluang untuk menikmati kehidupan yang baik dan sejahtera ditahun baru hijrah yang telah disambut beberapa hari yang lalu. Ini bermakna umur kita semua telah bertambah untuk setahun lagi. Kita semua masih diberikan peluang oleh Allah untuk menghirup udara segar di muka bumi Allah ini. Ianya satu nikmat dan anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya.

Setiap kali menyambut tahun baru islam ini kita selalu mendengar tentang Hijrah. Apakah yang difahami oleh kita tentang makna hijrah ini. Setiap dari kita perlu sentiasa berhijrah untuk menjadi lebih baik dalam apa sahaja perkara yang ita lakukan. Setiap orang mampu untuk berhijrah. Bergantung kepada diri masing-masing sama ada mahu berhijrah atau pun tidak. Untuk berhijrah kita mesti mula dengan diri kita sendiri.

Posted on 14 Comments

Pengorbanan Dalam Menuntut Ilmu

Assalamualaikum.

Sudah lama juga saya tidak menulis dan berkongsi idea di blog ini. Mungkin kerana kesibukan memasuki semester baru  di universiti tempat saya belajar ini. Nak kata sibuk tu boleh la sebab hidup seorang pelajar ni tak dapat lari dari kesibukan. Itu dah menjadi perkara biasa. Dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar, ia menuntut banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu perjuangan dalam hidup ini.

Kita belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah untuk masa hadapan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan dimasa hadapan bagi mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar adalah untuk mendapatkan  keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dari Allah. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami lebih banyak ilmu agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari akhirat.

Posted on 3 Comments

Penulis Jemputan LayarSukses (dot) com

Assalamualaikum.

Sudah agak lama juga saya tidak menulis dan berkongsi artikel terkini di blog LayarSukses (dot) com ini. Mungkin kerana masa yang tidak berapa mengizinkan dan kerana sedikit sibuk dengan kemasukan ke semester baru pengajian di universiti. Idea untuk menulis sentiasa ada cuma kadang-kadang masa yang menjadi penghalang untuk menyiapkan penulisan bagi idea tersebut.

Baiklah berbalik kepada tajuk yang ditulis di atas, saya ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi penulis jemputan di blog LayarSukses (dot) com ini. Jika anda ingin berkongsikan artikel-artikel menarik yang ditulis oleh anda, maka anda bolehlah terus menghubungi pihak kami.

Posted on 11 Comments

Motivasi Untuk Pelajar

Assalamualaikum.

Begitu cepat rasa masa berlalu setiap hari. Hari raya aidilfitri pun dah seminggu berlalu. Saya pun tidak lama lagi akan kembali menyambung pengajian ke universiti. Tinggal beberapa hari je lagi cuti. Cuti semester yang panjang selama 3 bulan sudah habis dah. Teringat dialog dalam cerita KL Gangster. “Amacam cuti panjang, best?” “Cuti sudah habis bro”. Perasaan pun bercampur je sekarang ni. Maklumlah selepas cuti panjang mood belajar pun jadi kurang sikit. Bila dah masuk belajar nanti barulah semuanya akan jadi seperti biasa kembali.

Oleh kerana mahu mencari kembali motivasi dan semangat untuk belajar kat universiti nanti, kita kena cari perkara-perkara yang best kat universiti atau tempat belajar kita. Barulah kita akan merasa seronok untuk kembali meneruskan pelajaran ke sana. Motivasi sangat penting dalam memberikan semangat kepada diri kita.

Posted on 11 Comments

Bersederhana Menyambut Hari Raya

Assalamualaikum.

Hari Raya Aidilfitri bakal berkunjung tiba tidak lama lagi. Semua umat islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan. Hari Raya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali saja. Kemeriahan semasa hari raya tidak akan dirasai pada hari-hari lain. Di hari raya kita dapat berkumpul bersama ahli keluarga, menziarahi sanak saudara, menghadiri rumah terbuka dan banyak lagi. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan saudara kita yang lain.

Pelbagai persiapan dilakukan menjelang hari raya. Ada yang sibuk membeli belah, ada yang membersihkan rumah, membuat kuih raya, melakukan perjalanan balik kampung dan sebagainya. Hari Raya Aidilfitri hendaklah disambut dengan bersederhana dan penuh kesyukuran kerana kita berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan dibulan Ramadhan.

Posted on 13 Comments

Pesanan Untuk Pemain Mercun

Assalamualaikum.

Setiap kali tibanya musim perayaan, bunyi mercun akan kedengaran di mana-mana tempat. Seolah-olah bunyi mercun menjadi satu budaya bila tibanya Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang tinggal dikampung ia mungkin dah jadi perkara biasa dengan bunyi mercun ni. Bermain mercun tidak salah selagi ia tidak membawa mudarat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Kalau nak cerita pasal pengalaman main mercun, saya sendiri pernah bermain mercun masa zaman budak-budak dulu. Tapi sekadar main untuk seronok-seronok je masa zaman budak-budak dulu. Saya main mercun yang kecik-kecik je bunyi pun tak kuat. Sekarang sudah besar dah tak main dah benda-benda mercun ni. Main mercun ni tak ada faedah sebenarnya. Lagipun main mercun ni boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.

Posted on 13 Comments

Pengalaman Berpuasa Tahun 2011

Assalamualaikum.

Pengalaman berpuasa juga adalah satu pengalaman yang indah dalam hidup ni. Setiap orang akan mempunyai pengalaman masing-masing semasa berpuasa di bulan Ramadhan ini. Pengalaman bagi setiap orang juga sudah tentu akan berbeza dengan orang lain. Kehidupan saya sekarang adalah sebagai seorang remaja yang masih lagi sedang belajar. Cuma sekarang saya sedang menikmati cuti panjang di kampung. Bila dah lepas hari raya nanti akan mula masuk belajar balik.

Pengalaman berpuasa saya bagi tahun 2011 ini agak berbeza sikit dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Jika tahun-tahun sebelum ni saya berpuasa dengan rakan-rakan di kampus tapi tahun ni tidak lagi kerana bulan puasa tahun ni jatuh pada musim bercuti.