l

Archive for 'Perniagaan'

Kisah Bekas Eksekutif Google Jadi Jutawan Dengan Jual Samosa Ibu

Benar janji Allah, jika kamu berbuat baik terhadap ibumu, maka berkali ganda Allah akan berbuat baik terhadapmu. Inilah yang berlaku dalam kehidupan lelaki yang menyanjungi kehebatan ibunya dalam menyediakan juadah yang lazat dan pastinya sedap dinikmati.

Lelaki yang dahulunya menyandang jawatan sebagai eksekutif Google sanggup berhenti kerja kerana merasakan akan kenikmatan hasil samosa buatan ibunya pasti boleh menghasilkan pendapatan lebih lumayan daripada gaji yang diterimanya ketika berkhidmat di Google.

Jom lihat bagaimana kolaborasi dua anak beranak ini menghasilkan keuntungan dalam perniagaan yang berganda tanpa perlu ada sengketa kerana yang bekerjasama sebagai rakan kongsi itu adalah ibu yang pastinya restunya di pandang Allah Yang Esa.

#1- Sejarah Awal

Hobi ibunya yang suka menonton televisyen, akan mencetuskan sedikit perebutan antara mereka berdua kerana masing-masing cuba mempertahankan channel yang hendak ditonton.

Namun, pada suatu hari, Kapadia mula sedar tentang kredibiliti ibunya sebagai tukang masak yang luar biasa dalam menghasilkan sesuatu hidangan.

Hal ini berlaku, apabila Kapadia mendapati ibunya banyak menghabiskan masa di depan televisyen lalu dia mencadangkan ibunya menyediakan satu juadah yang hebat untuk diberikan kepada rakan-rakannya.

Maka timbullah idea untuk menghasilkan ‘Bohri’ iaitu satu hidangan yang jarang-jarang di dapati di Mumbai.  Bohri adalah hidangan tradisi yang salah satunya adalah hidangan Samosa.

Dengan kebijaksanaan beliau ketika berkhidmat di Google beliau mula merangka strategi dengan menghantar emel kepada kenalan beliau dengan mengenakan bayaran sebanyak rs700(RM42) kepada sesiapa yang hendak menikmati Bohri dengan menghadkan kepada 8 orang sahaja kerana ketika itu meja makan di rumahnya hanya muat 8 orang sahaja.

#2-The Bohri Kitchen Mula Dapat Sambutan

Hasilnya, permintaan terhadap Bohri mula membuatkan Kapadia dan ibunya tidak menang tangan menerima kunjungan pelanggan. Menariknya mereka hanya menggunakan lokasi rumah dengan menamakan sebagai The Bohri Kitchen tetapi cas yang dikenakan tetap seperti sebuah restoran.

Waktu operasi adalah hanya pada hari sabtu dan ahad sahaja. Makanan tradisi ini mula mendapat perhatian. Ketika itu Bohri hanya boleh dinikmati jika terdapat seseorang yang pandai menyediakan juadah tersebut.

Hidangan ini akan dinikmati dalam sebuah dulang keluli besar yang dipanggil thaal. Selalunya Bohri ini dihidangkan ketika majlis-majlis kahwin masyarahat di situ.

#3- ’30 Under 30″ – Forbes

Luar biasa sambutan yang diterima. Sehinggakan artis-artis ternama Bollywood seperti Rani Mukherjee turut bertandang ke kedai untuk menikmati hidangan samosa yang disebarkan melalui mulut ke mulut.

Kapadia melebarkan lagi kuasa jajahan produk makanannya tersendiri dengan menawarkan perkhidmatan katering. Menariknya, operasi kedai makanannya masih dikekalkan di rumah ibu bapanya. Cuma, harga makanan telah dinaikkan kepada 1,500 rupee (RM90).

Walaupun kedai ini hanya beroperasi setiap hujung minggu tetapi persiapan rapi dan keberhasilan pemasaran Kapadia melayakkan beliau dicalonkan oleh Forbes bagi kategori ’30 di bawah 30’ kerana di usia muda beliau menjadi jutawan hanya dengan menjual samosa buatan ibunya.

Ibu adalah insan paling gembira dengan kejayaan yang dikecapi Kapadia kerana pada awalnya dia tidak begitu yakin dengan keputusan anaknya untuk berhenti kerja di syarikat gergasi hanya untuk menceburkan diri dalam perniagaan yang belum tahu untung ruginya. Akhirnya, kejayaan yang dikecapi anaknya membuatkan dia tersenyum bangga!

Majalah Niaga

Posted in: Informasi, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

7 Cara Bagaimana Insta Story Boleh Dijadikan Content Marketing!

Apabila Instagram melancarkan Insta Story pada bulan Ogos 2016, platform  ini meletup seperti api. Sehingga November 2017, Insta Story ini digunakan oleh 300 juta pengguna setiap hari.

Instagram melaporkan bahawa Insta Story ini telah menggalakkan pengguna untuk kekal di platform lebih lama dan melawatnya lebih kerap.

Pengguna di bawah umur 25 tahun menghabiskan lebih daripada 32 minit sehari di Instagram, sementara mereka yang berusia lebih tua menghabiskan lebih dari 24 minit sehari di rangkaian foto dan video perkongsian Facebook.

Anda mempunyai 10 hingga 15 saat untuk menunjukkan kepada 300 juta orang produk atau perkhidmatan anda. Apa yang anda boleh lakukan di Insta Story bagi meningkatkan penjualan?

#1-Promosikan Content Anda

Macam mana cara anda nak promosikan content anda dengan menggunakan platform lain bagi menarik prospek untuk melihat Insta Story anda? Jawapannya anda kenalah rajin promote dalam Facebook atau Twitter tentang apa yang bakal terjadi dalam Insta Story anda hari ini.

Anda boleh bermain dengan hint-hint yang menarik. Anda perlu kreatif supaya prospek tidak sabar menanti Insta Story anda. Gunakan daya tarikan yang paling atas, tetapi jangan pula apabila buat Insta Story biasa-biasa pula! Biarkan kedua-duanya seimbang untuk anda pancing prospek dengan mudah dan senang.

#2- Suntik Kreativiti

Jika anda tidak sihat pasti Doktor akan suntik anda dengan ubat paling mujarab untuk hilangkan kesakitan. Tetapi untuk prospek yang dahagakan produk-produk yang didambakan mereka, anda mestilah kena pandai suntik mereka dengan kreativiti dalam Insta Story supaya apabila prospek melihatnya, prospek rasa di tarik-tarik untuk segera buat belian.

Macam mana anda nak wujudkan elemen kreatif dalam Insta Story? Setelah anda ambil video Insta, anda editlah video tersebut dari segi icon, tulisan, warna, atau apa sahaja yang anda rasakan perlu bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas dan terang.

#3- Buat Behind The Scene

Behind the scene sangat berguna bagi memberi maklumat kepada prospek bagaimana proses sesuatu produk itu dihasilkan. Lihat bagaimana ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim pengasas kepada Sendayu Tinggi yang menggunakan platform Insta Story bagi mendedahkan bagaimana beliau sendiri masuk ke dalam hutan untuk mencari akar kayu terbaik bagi ramuan produk-produk baru yang hendak dihasilkan.

Prospek akan teruja dengan ‘disebalik takbir’ ini kerana prospek didedahkan dengan proses-proses yang ‘susah’ untuk menghasilkan produk hebat. Pasti ianya memberi impak kepada minda dan hati prospek untuk lebih menghargai dan percaya untuk membuat belian.

#4- Gunakan Call To Action

Jika yang anda jadikan content adalah barang, ada baiknya menggunakan call-to-action yang tidak langsung. Namun, jika bukan barang, gunakan teknik langsung.

Anda perlu tahu gambar atau situasi yang manakah yang memerlukan call – to – action secara langsung dan tidak langsung supaya prospek lebih faham apa yang cuba disampaikan melalui Insta Story anda.

Teknik ini mempunyai rahsia di mana, prospek akan rasa  membuak-buak untuk mengetahu apakah barangan atau produk yang dijual anda. Mereka akan rasa ‘ tergantung’ dengan teknik sebegini. Menarik juga apabila buat prospek rasa tertanya-tanya kan?

#5-Trivia

Insta Story sebegini banyak yang dibuat. Kerana apa? Kerana ianya mendapat permintaan tinggi daripada pengikut Instagram. Lihat bagaimana Mua Bella, bertungkus lumus  menggunakan Insta Story bagi menunjukkan tata cara menatas rias wajah dan ianya menjadi kegilaan pengikutnya. Tidak perlu kos yang banyak untuk buat marketing. Apa yang dapat dipelajari dari kandungan ini adalah memberikan nilai kepada pengikut anda.

Sebagai contoh, anda adalah perniagaan yang menjual pakaian kepada mereka yang bersaiz XXXL. Apakah masalah terbesar yang dimiliki oleh pemilik badan XXXL? Adakah mereka mempunyai masalah dengan kasut yang mereka pakai? Atau dengan keselesaan pakaian? Tugas anda adalah berikan jawapan kepada kebimbangan mereka.

Buat perkara penting tentang ciri-ciri jenis pakaian yang serap peluh, dan kesesuaian mereka supaya mereka kekal bergaya dan cantik seperti orang lain juga. Berikan penjelasan mengenai perbezaan antara setiap bahan dan kelebihannya. Berikan mereka peluang untuk memilih yang terbaik.

#6- Teknik Ambil Video

Sebelum anda mahu buat Insta Story, anda kena pastikan bahawa seolah-olah anda adalah prospek yang melihatnya. Secara alaminya, Insta story yang hendak di ambil mestilah secara menegak. Kerana apa? Kerana handphone kita adalah secara menegak.

Teknik Insta Story secara vertikal ini akan memudahkan prospek untuk melihat tanpa perlu melakukan pergerakan kepala yang banyak. Mudah dan senang kan? Jika anda mengambil Insta Story secara horizontal pastinya ia akan memberi impak kerana menyukarkan prospek untuk hadam Insta Story tersebut sehingga habis! Jaga-jaga ya dengan teknik Insta Story anda!

#7-Dapatkan Feedback

Feedback dengan menggunakan Insta story. Gunakan kaedah ini untuk dapatkan feedback daripada prospek anda, mengapa mereka memerlukan produk bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apakah yang mereka perlukan.

Berikan satu situasi dan anda mintalah pengikut anda berikan feedback kepada situasi tersebut. Perlu diingat, situasi yang dibuat mestilah kena dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jangan main hentam saja. Ke laut nantinya feedback yang anda dapat juga.

Majalah Niaga

Posted in: Informasi, Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Prinsip Pareto Dalam Perniagaan

Analisis Pareto merupakan kaedah yang paling sering digunakan dalam menganalisis data. Rajah Pareto yang dihasilkan akan menggambarkan sebab-sebab utama yang menjadi punca kepada sesuatu masalah. Rajah Pareto dihasilkan berdasarkan Prinsip Pareto yang juga dikenali sebagai Prinsip 80/20. Prinsip ini membawa maksud bahawa sebilangan kecil aktiviti biasanya menyebabkan banyak masalah. Contohnya 80% daripada pelanggan kelainan timbul daripada 20% produk masalah.

Rajah Pareto adalah sejenis grafik yang menunjukkan data yang disusun mengikut tertib susunan kepentingan secara menurun. Butiran yang terletak paling tinggi menunjukkan sebab yang utama dan diikuti oleh sebab lain. Fokus akan kemudiannya diberikan untuk mencari punca penyelesaian untuk sebab-sebab yang utama.

Dengan menggunakan Rajah Pareto, seseorang itu juga boleh membuat perbandingan masalah yang dihadapi sebelum dan selepas perbuatan tindakan diambil.

Sejarah Terhasilnya Prinsip Pareto

Prinsip Pareto atau juga dikenali sebagai Prinsip 80/20 diasaskan oleh Vilfredo Pareto pada tahun 1906. Vilfredo Pareto merupakan ahli sosiologi, falsafah dan pakar ekonomi Itali. Beliau telah banyak memberikan sumbangan kepada ekonomi negara Itali, terutamanya dalam kajian pendapatan pengagihan dan dalam analisis individu pilihan.

Berbalik kepada Prinsip Pareto, prinsip yang lahir berdasarkan formula matematik ini dibuat untuk menggambarkan penyebaran kekayaan yang tidak sama rata di negara Itali ketika itu. Vilfredo Pareto telah membuat beberapa pengamatan mengenai hartanah di Itali dan mendapati bahawa 80% daripada tanah di negara itu dimiliki oleh hanya 20% penduduk di situ. Pemerhatian ini disokong oleh taraf hidup masyarakat Itali sendiri. Penduduk yang berpendapatan tinggi atau yang mempunyai semangat kerja yang kuat sahaja boleh memiliki tanah dan oleh kerana tenaga tenaga manusia yang terbatas adalah hanya 80% tanah saja yang berjaya dijokai.

Pareto juga mendapati prinsip yang sama berulang ketika dia menanam kacang pea dalam pasu di laman rumahnya. Beliau mendapati hanya 80% kacang pea yang berjaya hidup. Andaiannya, hal ini mungkin terjadi akibat kekurangan baja pada semaian pokok kacang itu, serangan serangga perosak atau dipengaruhi oleh faktor cuaca.

Secara umumnya Prinsip Pareto ini adalah satu pengamatan, bukan undang-undang. Prinsip Pareto ini juga sebenarnya mudah dijumpai dalam kehidupan seharian kita. Bagi setiap peristiwa yang berlaku pastinya ada usaha, sebab dan akibat. 80% daripada usaha menyebabkan berlakulah 20% kejadian. Ada kalanya, kerana 20% sebab maka terjadilah 80% akibat.

Contoh-contoh Prinsip Pareto dalam kehidupan kita adalah seperti berikut: –

20% kemalangan jalan raya berlaku akibat 80% pemandu yang lalai 20% kemalangan jalan raya berlaku akibat 80% pemandunya sedang mabuk 20% kemalangan jalan raya berlaku akibat dari 80% keadaan jalan raya yang tiada atau kurang diselenggarakan

Secara umum kita mengetahui bahawa tidak ada perkara dalam hidup yang boleh diagihkan secara sama rata. Kita juga tahu bahawa kemungkinan untuk kita berada dalam satu keadaan 50% -50% adalah sangat sukar. Kita tidak mungkin mahu melakukan perkara yang mengambil 50% dari usaha kita hanya untuk mendapatkan 50% kepuasan. Begitu juga sebaliknya, walaupun kita sering mengimpikan sesuatu yang ajaib, kita tidak akan mendapat 100% kejayaan tanpa melakukan sebarang usaha.

Prinsip Pareto – Prinsip yang boleh diaplikasikan dalam Perniagaan

Disebabkan oleh keberkesanan Prinsip Pareto ini, ia telah dijadikan sebagai dasar dalam merancang ekonomi sesebuah negara. Terdapat banyak negara yang menggunakan prinsip ini dalam mengolah data dan mencari keputusan mengenai langkah-langkah yang akan dirangka dalam meningkatkan ekonomi negara. Prinsip Pareto juga merupakan salah satu prinsip yang boleh digunakan dalam perniagaan dunia. Seorang usahawan, peruncit atau pengusaha boleh menggunakan prinsip ini untuk mencari jawaban kepada masalah yang terdapat dalam perniagaan mereka. Mencari nisbah 80/20 adalah penting bagi peniaga memaksimumkan prestasi perniagaan mereka.

Semestinya seorang peniaga mempunyai banyak barang dalam kedainya untuk dijual kepada pelanggan. Dengan menggunakan Prinsip Pareto ini, bagaimana peniaga dapat mengenal pasti 20% barangan yang disukai ramai, yang menyumbang kepada 80% jumlah jualan barangan di dalamnya?

Pertama-tama, apa yang boleh dilakukan oleh peruncit ini adalah dengan membuat senarai jenis barangan yang telah dijual. Dalam senarai ini, peruncit perlu meletakkan barangan tersebut mengikut urutan. Jumlah jualan yang paling banyak diletakkan di bahagian atas dan jumlah jualan yang paling kecil diletakkan di bawah sekali. Ini boleh dilakukan berdasarkan jumlah kuantiti barang atau jumlah jualan untuk setiap barang tersebut. Kemudian, peruncit perlu mengumpulkan 20% jenis barangan yang teratas dan bandingkan dengan jumlah jualan untuk masa yang sama. Adakah ia menyamai 80% daripada jumlah jualan barangan di dalamnya? Setelah mengetahui jenis barang yang disukai ramai yang tersenarai dalam 20% teratas, peruncit harus lebih berhati-hati menjaga stok barangan tersebut agar tidak kehabisan stok.

Ini pula peraturan biasa dalam perniagaan “80% dari penjualan anda datang dari 20% pelanggan-pelanggan anda”

Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk peruncit itu dapat memperbaiki khidmat pelanggannya dan mengenal pasti 20 peratus pelanggan yang setia yang telah membawa kepada 80% jumlah jualan produk di kedainya? Melalui prinsip ini peruncit boleh mengenal pasti pelanggan yang paling banyak membuat transaksi dengannya dengan membuat senarai pelanggan tetap yang sering mengunjungi kedai menurut jumlah penjualan produk. Buat pelanggan yang paling banyak membeli sehingga yang paling kurang. Turutan ini boleh berdasarkan jumlah transaksi atau jumlah jualan. Daripada hasil tersebut peruncit perlu menyenaraikan 20% pelanggan teratas. Adakah benar pelanggan ini yang menyumbang 80% jualan?

Melalui senarai itu, pengusaha akan dapat mengenal pasti pelanggan mana yang harus diberi layanan khusus agar pelanggan tidak lari ke pengusaha lain. Seharusnya bila telah mendapat layanan yang baik, pelanggan tadi akan berpuas hati dan membuat lebih banyak transaksi di masa depan.

Penggunaan Rajah Pareto adalah mustahak kerana dengan meneliti rajah yang dihasilkan, seseorang dapat mengetahui sebab-sebab utama kepada sesuatu masalah yang dihadapi. Di samping itu, dengan membuat perbandingan Rajah Pareto sebelum dan selepas tindakan pembetulan diambil, seseorang itu akan dapat mengesahkan ketepatan atau benarnya tindakan yang diambil dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dalam mengawal kualiti, Rajah Pareto selalunya merupakan sumber mengenal pasti punca utama kerosakan barangan dan sebab-sebab yang paling kerap untuk pelanggan membuat tuntutan terhadap barangan.

Dengan menggunakan Prinsip Pareto, mana-mana perniagaan kini mempunyai kaedah yang mudah dalam meningkatkan kualiti perniagaan dan keuntungan dengan memberi tumpuan kepada sesuatu yang lebih penting dan mengabaikan, mengautomasikan atau menghapuskan perkara yang tidak penting.

Kesimpulan

Pengiraan dalam Prinsip Pareto adalah fleksibel, ia boleh berdasarkan jumlah jualan, jumlah barangan yang dijual, jumlah transaksi, jumlah margin bagi setiap barangan dan pelbagai lagi. Ia sama sekali tidak bergantung kepada sesuatu situasi atau peristiwa.

Begitu juga, keadaan Prinsip Pareto terdapat di sekitar kita dan bukan hanya boleh diterapkan khusus untuk bidang ekonomi dan perniagaan sahaja. Kita juga boleh bertemu dengan Prinsip

Pareto di kebanyakan keadaan, seumpama di bawah: –

80% pelanggan rungutan timbul daripada 20% kurangnya perkhidmatan80% produk berkualiti meningkatkan 20% kepuasan pelanggan80% kesungguhan usaha menyebabkan keuntungan 20%20% kecuaian sistem mendatangkan masalah 80%

Penggunaan Prinsip Pareto dalam perniagaan anda mungkin bukan strategi yang terbaik. Walau bagaimanapun, Prinsip Pareto mengingatkan kita kembali tentang betapa pentingnya 20% dalam mana-mana keadaan, yang mana ia mungkin boleh menyumbang kepada lebih besar peratusan. Walaupun ia hanya sebagai pengamatan sahaja tetapi ia juga boleh diguna pakai dalam memperbaiki proses yang ada di sekeliling kita.

Usahawan.com

Posted in: Informasi, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

7 Nasihat ‘Emas’  Pengasas Bank Al-Rajhi Kepada Usahawan Yang Bermula Dari Bawah!

Mampukah anda menjadi seperti jutawan dunia ini yang mendermakan seluruh harta kekayaan kepada mereka yang memerlukan? Beliau sanggup jatuh miskin demi masa depan orang yang berhak dan demi menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama. Hebat! Sangat hebat!

Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia merupakan pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di Arab Saudi dan dunia.

Nilai  kekayaan dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah. Beliau juga  dikenali sebagai usahawan hartanah dan juga dalam lapangan pelaburan.

#1-Ketepatan Masa

Bagi beliau nak berjaya memerlukan disiplin yang luar biasa. Pernah suatu ketika mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Beliau terlewat dalam perjumpaan tersebut sehingga menyebabkan pegawai tersebut tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut.

Sejak itu, bermulalah cara baru di mana beliau akan sentiasa berdamping dengan buku nota kecil untuk mencatat maklumat penting supaya pengurusan masa beliau lebih sistematik dan sempurna.

#2-Penyelesaian Masalah

Bagaimana hebatnya pemilik bank ini menyelesaikan masalah boleh dilihat ketika kilang yang diusahakan anaknya terbakar. Ketika anaknya memberitahu tentang berita malang tersebut beliau hanya menyuruh sebut alhamdulillah.

Beliau melarang anaknya untuk membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Beliau meminta anaknya untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.

Lihat bagaimana Al Rajhi menggunakan nikmat akal fikiran bagi menyelesaikan masalah tersebut agarnya nampak cantik dan tidak merosakkan hati sendiri atau orang lain.

#3-Tidak suka membazir

Baginya mengapa perlu membazirkan duit yang dicari dengan penat lelah sedangkan duit itu adalah hak milik Allah sepenuhnya. Kerana itu beliau sangat menghargai wang yang diterimanya. Tidak sesekali bermewah demi mengejar nama dalam dunia yang sementara.

Wang yang anda perolehi akan menjadi saksi ke mana ianya dibelanjakan dengan sepatutnya. Jangan sesekali hebat dalam berbelanja. lebih baik gunakan wang itu ke jalan Allah kerana hasilnya dituai diakhirat kelak!

#4-Merendah diri

Jutawan tetapi naik kapal terbang hanya duduk di bahagian ekonomi. Tidak pernah ras nak meninggi diri walhal dalam bank wang membukit tinggi. Bab merendah diri ni, payah orang nak jadi. Sebabnya? Sebab bukan selalu-selalu nak jadi kaya kan.

Walau setinggi mana anda berada, jangan pernah lupa, rezeki itu pemberian Allah yang Esa. Belajarlah merendah diri walaupun payah. Kerana apa? Kerana sifat itu terpuji dan akan buat kehidupan anda sentiasa diberkati.

#5-Bisnes Vs Peribadi

Bisnes tetap bisnes. Wang yang diperolehi hasil bisnes tidak boleh sesekali digunakan untuk buat urusan peribadi. Jangan campur sesuka hati! Walaupun beliau mempunyai memiliki syarikat penerbangan tetapi beliau masih membayar untuk tiketnya.

Orang bisnes perlu mahir dalam setiap tindakan yang diambil. Jika bijak tindakannya maka bijaklah hasil yang akan diperolehnya. Hal peribadi perlu diketepikan. Jangan dicampur aduk kerana ianya akan mengundang risiko yang tidak dijangka.

#6-Tegas

Tegas dalam setiap tindak tanduk yang diambil. Tidak perlu takut dengan tegesan yang telah dibuat jika perkara itu benar. Beliau pernah dijemput menghadiri jamuan makan malam. Tetapi beliau keluar dengan segera dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat.

Dan yang  menariknya tentang sifat tegas beliau, menteri yang bertanggungjawab atas tentatif program tersebut akhirnya membatalkan bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Lihat bagaimana orang kaya yang beriman menggunakan kuasanya di jalan yang benar.

#7-Semuanya Milik Allah

Selalu-selalu dingatkan kepada semua orang terutama pekerjanya bahawa harta dan kekayaan yang dimiliki adalah hak allah sepenuhnya. Jangan sesekali bermewah dengan bermaharajalela kekayaan yang dimiliki kerana ianya semua adalah pinjaman sementara.

Jika elok sumbernya maka berkatlah perjalanan perniagaan tersebut. Jika sebaliknya maka akan terumbang ambinglah perniagaan tersebut dengan pelbagai masalah yang melanda. Apabila Allah beri maka dihantarNya ujian untuk melihat bagaimana kita menggunakan pemberian tersebut. Maka, belajarlah untuk mensyukuri setiap ujian mahupun pujian!

Majalah Niaga

Posted in: Motivasi, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

7 Tips Yang Sangat Membantu Untuk Naikkan Bisnes Anda!

Masalah terbesar bagi orang bisnes adalah apabila mereka mengatakan bahawa mereka tahu selok belok bisnes sebenarnya. Tetapi?

Hakikatnya, anda tahu tentang perkara ini tetapi anda tidak melaksanakan sepenuhnya walaupun sekecil-kecil perkara, ianya memberikan impak yang besar dalam perniagaan yang diusahakan anda.

Jangan biarkan perkara itu berlaku kepada anda. 7 tips yang dijamin untuk membantu anda dan syarikat anda untuk terus berdiri gah dalam bisnes!

#1-Pastikan Anda Ada Wang Tunai Di Bank.

Jika anda tahu bahawa anda mempunyai aliran tunai atau masalah kecairan yang akan datang, perbaiki sekarang. Apalagi cepat-cepat pergi chek akaun bank masing-masing. Masih ada duit tak? Atau masih ada tapi sen sen sahaja. Alamak! Kecairan wang tunai di bank telah berlaku.

Bertindak sekarang sebelum terlambat. Cepat asingkan keuntungan yang dapat dan mulalah bekukan dalam bank sekarang. Jangan lambat-lambat!

#2-Perbaiki Pengurusan Bisnes Anda.

Aduan diterima dan kebanyakannya dianggarkan 90 peratus daripada semua masalah adalah masalah pengurusan. Apabila keadaan tidak berjalan dengan baik, tempat pertama mencari jawapan adalah di cermin.

Cermin diri sendiri ke? Berbalik kepada soal pengurusan, anda perlu mahir dalam tindakan. Jangan sewenang-wenangnya buat keputusan yang malang. Tidak perlu untuk rombak semula pengurusan tetapi carilah jalan keluar untuk memperbaiki setiap kelemahan.

#3-Jaga Pekerja Anda.

Ini berlaku untuk setiap syarikat, besar dan kecil. Kos kehilangan pekerja yang terpaksa ditanggung anda, namun anda  jarang mengambil masa untuk memastikan pekerja anda termotivasi, dicabar, dan dikompensasi dengan baik.

Asuhlah pekerja dengan sebaiknya. Beritahu mereka matlamat syarikat dan bersama-samalah dalam meletupkan syarikat. Kadang-kadang anda pasti pening dengan ragam setiap pekerja yang berbeza-beza tetapi jika anda pandai mengawalnya, pasti kelebihan itu milik anda sepenuhnya.

#4-Katakan “Ya” Atau “Tidak” .

Dua perkataan yang paling penting pemilik perniagaan dan pengasas mempunyai pelupusan mereka adalah “ya” dan “tidak.” Belajarlah untuk mengatakan ya atau tidak. Dan itu bermakna menjadi tegas.

Sebab perkataan ini yang paling penting untuk memberi tumpuan, untuk menjelaskan apa yang syarikat anda lakukan, dan ainya akan menjelaskan pada semua perkara yang akan atau telah dilakukan.

#5-Jadi Pendengar Setia Pelanggan Anda.

Hakikatnya, betapa sedikit usahawan yang paling menghargai pelanggan mereka, bukan sahaja maklum balas dan input mereka di antara maklumat paling penting akan berada dalam bank simpanan maklumat demi masa depan bisnes anda.

Pelanggan akan mula mengomel tentang banyak perkara yang melibatkan masalah yang dihadapi mereka. Sebagai orang bisnes anda perlu menjadi pendengar setia.

Walaupun adakalanya rasa penat menguasai diri, jangan lupa bahawa anda sedang menjual produk sendiri, jadi, ayuh perdengarkan halwa telinga anda kepada bakal pelanggan anda.

#6-Melindungi Dan Mempertahankan Harta Intelektual Anda.

Kebanyakan anda tidak mengetahui perbezaan antara hak cipta, tanda dagangan, rahsia perdagangan, dan paten. Itu tidak boleh diterima. Jika anda tidak melindungi dan mempertahankan IP anda, anda akan kehilangan satu-satunya kelebihan daya saing anda.

Kesedaran perkara ini masih ditahap bawah kerana kebanyakan usahawan merasakan hal ini hanya sekadar hal remeh tetapi jika produk anda berjaya dijual dan selepas itu ditiru pasti anda mula mengelabah dan salahkan sana sini sedangkan jalan telah diberi.

#7-Jalankan Perniagaan Anda Seperti Perniagaan.

Terlalu banyak usahawan menjalankan perniagaan mereka seperti pemilikan kewangan peribadi mereka. Idea buruk. Idea yang sangat buruk. Membina entiti perniagaan yang betul dan memisahkannya daripada kehidupan peribadi anda.

Jangan sesekali merasakan keuntungan berjuta dalam bank syarikat itu adalah milik peribadi anda. Wang berjuta itu telah terikat dengan komitmen syarikat sepenuhnya walau hakikatnya sejak azali syarikat itu adalah milik anda. Bisnes tetap bisnes!

Majalahniaga.com

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

9 Pesanan Syed Mokhtar Al-Bukhary Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya Dalam Bisnes!

Pemilik nama Syed Mokhtar Al-Bukhary ini satu-satunya usahawan bumiputera yang pernah tersenarai dalam top-10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2016.

Kekayaan Syed Mokhtar sebenarnya meningkat dari RM5 bilion (2016) kepada RM5.25 billion pada tahun 2017. Beliau tersenarai di kedudukan ke 14 orang paling kaya di Malaysia pada tahun lepas. MMC Corp masih lagi menjadi penyumbang utama kekayaan Syed Mokhtar dengan pemilikannya sebanyak 52% dalam syarikat itu.

Jutawan yang sangat terkenal dengan sifat dermawan ini mempunyai aura yang tersendiri dalam merencana bisnes yang diusahakannya sehingga berjaya. Kredibiliti dan keunikan sifatnya yang diasuh dari kecil menjadikan beliau jutawan Malaysia yang semestinya menjadi kebanggaan untuk bumiputera utamanya.

#1- Tiada Jalan Singkat.

Nak kaya dan berjaya? Memerlukan masa yang lama. Jalannya penuh berliku dan prosesnya membuatkan anda kadangkala akan kaku. Ya, tiada jalan singkat untuk ke situ. Galilah kisah-kisah kejayaan para usahawan terdahulu, tiada jalan singkat yang dapat mereka tuju untuk kaya dan berjaya sebegitu.

Persediaan emosi dan fizikal itu perlu. Kerana jalan yang akan anda lalui adalah satu proses yang sangat memerlukan kekuatan dalaman supaya anda tidak akan terhenti di pertengahan jalan. Jangan pernah rasa mengalah kerana jika anda tersesat, pasti akan ada jalan keluar. Teruskan berjalan jika anda yakin dengan keputusan yang diambil.

#2- Jangan Kedekut.

Semua orang kenal dengan status beliau sebagai seorang dermawan hebat. Kerana prinsipnya inilah, rezeki yang dikecapinya berkat dan melimpah-limpah hasil ketelusannya dalam menderma. Jika anda hanya mempunyai nilai wang yang kecil, tidak mengapa, pupuklah jiwa untuk selalu memberi.

Kerana sekecil-kecil pemberian itu, adalah nikmat terbesar untuk mengolah rezeki anda bercambah dan barakah. Dan seandainya anda diberi peluang untuk punya rezeki besar, perkara yang sama juga perlu anda lakukan. Jangan berhenti memberi kerana rezeki anda bergantung kepada bagaimana pemberian anda lakukan. Dalam rezeki anda, pasti ada rezeki orang lain juga.

#3- Bergabung dan Bersatu Dalam Membantu.

Bagaimana orang Cina berkembang dalam bisnes mereka dengan mudah tanpa ada masalah. Kerana mereka bergabung dan bersatu membantu kaum mereka yang sama-sama berniaga. Begitu juga yang perlu diamalkan orang Melayu.

Bergabung dan bersatu dalam membantu bukan menjatuhkan. Sokongan antara satu sama lain amat diperlukan bagi memastikan bisnes orang Melayu sama-sama naik dan berjaya. Tubuhkan persatuan yang memantau perjalanan bisnes orang kita.

#4-Bersihkan Bisnes Dengan Bayar Zakat.

Nak kaya dan berjaya perlulah minta pada Yang Maha Esa. Pastikan bisnes anda sentiasa membayar zakat fitrah yang telah ditetapkan. Islam itu mudah. Bukan banyak pun zakat yang nak dibayar. Tetapi jika rezeki anda lebih, lebihkanlah membayar. Pasti berkali-kali lebih Allah akan gandakan rezeki dalam bisnes buat anda.

Redha Allah sangat penting bagi memastikan bisnes anda sentiasa berada pada landasan yang direstuiNya. Dengan harapan, semoga Allah sentiasa memberikan jalan bagi memudahkan setiap urusan dan pergorbanan anda untuk membangunkan bisnes dengan jayanya.

#5-Jaga Kebajikan Pekerja.

Jangan ambil mudah soal ini. Pekerja adalah penyumbang kita jadi kaya dan berjaya. Hargai dan hormatilah permintaan mereka sebaiknya. Buang ego anda sebagai bos. Kehidupan ini mudah, jika anda berbuat baik dengan pekerja pasti Allah balas kebaikan anda dengan memberkati perniagaan anda dengan sempurna.

Perniagaan ini juga ibarat roda, tidak selamanya anda berada di atas, tetapi jika ketika anda berada di atas, anda menghargai pekerja anda, dan satu masa anda terpaksa berada di bawah, pasti pekerja anda akan bersama-sama anda untuk menaikan semula anda di atas. Atas dasar kebaikan anda buat pada mereka. Anda adalah orang yang berjaya, jika dapat mempertahankan pekerja bekerja dengan anda dalam masa yang lama.

#6- Jangan Malu Cari Ilmu.

Jika anda mempunyai perasaan malu dalam mencari ilmu, ianya bererti anda tewas sebelum bertempur. Anda bukan mencuri, tetapi sama ada anda membayar atau dapatkan ilmu itu secara semulajadi.

Ilmu ni penting dalam bisnes. Setiap bisnes berbeza ilmunya. Jika anda ceburkan diri dalam bisnes perladangan, takkan anda nak gunakan teori bisnes jual tudung pula. Kerana itu beliau sangat tekankan ilmu dalam setiap cabang perniagaan yang diusahakannya.

#7- Ukur Baju Di Badan Sendiri.

Kerendahan diri dalam berbelanja amat penting bagi orang bisnes. Jangan tengok akaun ada tujuh angka terus tempah macam-macam perkakas dunia sehingga akaun bank susut nilainya. Jangan sesekali membazir pada barang yang tidak memberikan apa-apa faedah jangka masa panjang.

Seadanya berbelanja. Sesekali sekali dibolehkan juga. Tetapi jika selalu selalu pasti akan rosak segalanya. Bukan senang anda nak dapatkan angka yang banyak begitu. Baik melabur pada perkara yang membuatkan duit itu beranak pinak.

#8- Berilah Masa Untuk Faham Selok Belok Bisnes.

Beliau mengambil masa selama 34 tahun untuk faham segalanya tentang selok beluk bisnes. Anda jika baru bawah lima tahun dah rasa hebat dan faham semuanya, bererti anda gagal pada fasa pertama. Jangan mendongak ke langit.

Masa itu memerlukan ruang dan peluang. Jadi berilah diri anda ruang dan peluang dalam mencungkil serta mengali segala ilmu dalam bisnes. Nak berjaya kena tahu habis soal bisnes. Daripada A sampai Z. Tak boleh langkau-langkau. Kerana itu beliau mengatakan, nak berjaya bukan kerja mudah!

#9-Ubah Cara Berfikir.

Nak jadi orang kaya dan berjaya kenalah fikir seperti orang kelas pertama. Kemunduran dalam proses berfikir perlu dibuang sejauh jauhnya. Jangan lagi tersempit dalam ruang likup pemikiran yang sia-sia. Anda perlulah berfikiran hebat dan matang dan paling penting mestilah fikiran anda itu jauh ke depan.

Fikirkan soal kegigihan, ketekunan dan tidak mudah berputus asa. Barulah yang sempurna itu masuk ke ruang fikiran anda. Dan ianya akan bertukar kepada proses tindakan yang positif. Hakikatnya, apa yang kita fikirkan itulah yang akan kita lakukan. Jadi mulai saat ini jadikan ‘fikiran’ anda seperti mana usahawan kaya yang berjaya!

Majalah Niaga

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Buat Duit Dengan Melancong Ke Jepun

Ramai orang suka travel tetapi tidak tahu bagaimana nak jana pendapatan. Dan ini ada 7 jenis barang yang kalian boleh jual ketika travel ke Japan.

1. Jam Tangan

Semua orang suka jam tangan buatan Japan. Ia terkenal dengan kualiti dan ketahanannya. Kalau kena cara, kita boleh beli jam di Japan dan jual semula pada harga yang menguntungkan. Sebagai contoh, jam Casio F91-W Classic boleh dijual pada harga RM99 dengan keuntungan jualan 50% daripada modal.

2. Cenderahati Hard Rock Cafe

Sambil-sambil jalan, ambil peluang untuk singgah di Hard Rock Cafe Osaka, Tokyo atau Ueno. Ambil gambar semua merchandise yang ada dijual di situ dan tawarkan kepada kawan-kawan. T-Shirt misalnya boleh berikan keuntungan purata RM50 sehelai. Jual sepuluh helai pun kalian sudah dapat RM500. Kena rajin menjual saja.

3. Kasut

Japan juga terkenal sebagai pusat perkembangan fesyen. Jadi tidak hairanlah di sana ada banyak butik pakaian dan kasut berjenama. Kalian boleh masuk ke semua kedai dan bandingkan harganya. Ada sesetengah model cuma dikeluarkan di Japan. Kasut Vans dengan kolaborasi Shibuya misalnya boleh beri untung tinggi . Kalian boleh jual dengan untung average RM100 bagi sepasang kasut. Peminat Vans pasti mahu.

4. Baju

Bila masuk bab baju, ini sudah jadi terlalu subjektif dan luas. Ada yang suka kepada jenama dan ada yang suka kepada corak atau motifnya. Baju-baju berjenama seperti Adidas, Nike, Bape, Supreme, Vans, Trasher mempunyai peminatnya sendiri. Malah, baju dengan motif ikan koi, harimau, naga dan pelbagai lukisan Japan turut mendapat permintaan tinggi. Oh ya, jual kimono pun untung juga.

5. Seluar Jeans

Dunia seluar jeans ini luas. Malah, Japan turut terkenal dengan pelbagai jenama seluar jeans sendiri. Abtara jenama popular ialah Evisu, Momotaro, Samurai, The Flat Head, Studio Artisan, Kojima dan Warehouse. Malah, turut banyak di pasaran seluar jeans Levis, Edwin, Lee dengan keluaran edisi terhad Made in Japan. Seorang kenalan saya mendapat untung purata 15,000 sebulan dengan hanya menjual jeans kepada kawan-kawan.

6. Mainan

Kita kenal Ultraman, Satria Baja Hitam, Dash Yonkuro, Dragon Ball, Gundam dan Doraemon sejak kecil. Tetapi mungkin kita terlepas pandang tentang betapa hebat pengaruh watak-watak ini dalam kehidupan peminatnya. Japan Syurga untuk semua jenis mainan. Barang-barang kecil begini amat menguntungkan. Peminat fanatik sanggup membeli daripada kita asalkan kena pada harganya.

7. Beg

Jenama seperti Porter, Luggage Label, Tsuciya Kaban, Anello, Ichizawa dan banyak lagi mempunyai permintaan tinggi. Beg Anello misalnya boleh beri untung purata RM50-100 jika kita beli dan jual semula kepada kawan-kawan. Ini belum lagi masuk beg-beg tangan Preloved yang cukup terkenal di negara Japan. Pasti mereka suka bila mendapat tahu tentang LV, Gucci, Prada, Coach, Hermes, Kate Spade dan segala macam jenama idaman setiap wanita. Jangan tengok saja. Bila travel, ambil foto dan sebarkan kepada kawan-kawan . Jual sajalah.

Hah. Cukuplah abang kongsi sedikit sebanyak idea buat kalian yang sangat suka travel tapi masih blur-blur nak buat duit. Ini cuma asas kepada percambahan idea selanjutnya. Sekurang-kurangnya, sel-sel otak kita sudah mula berhubung selepas dapat info begini.

Selepas ini abang akan kongsi tips-tips mula bisnes trading di Japan. Dulu, abang masuk ke Japan untuk menjual ikan. Dari situ abang nampak peluang buat duit yang cukup luas terbentang di negara matahari terbit ini.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan

 

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Tingkatkan Keuntungan Bisnes Dengan Menawarkan FREE Delivery

Kiriman percuma atau free delivery untuk barang yang dijual adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan ke kedai online anda. Dengan menawarkan kiriman percuma, pelanggan hanya perlu membayar harga barangan yang ditawarkan. Tanpa kos tambahan, tanpa kos tersembunyi.

Namun begitu, bagaimanakah tawaran kiriman percuma mempengaruhi perniagaan anda?

Tidak lama dahulu, Marketingzeus.com telah melakukan kajian mengenai kiriman percuma. Berikut adalah beberapa hasil kajian mereka:

##1##
33% pelanggan online TIDAK akan membeli barang tanpa tawaran kiriman percuma.

##2##
90% pelanggan membeli LEBIH BANYAK barang jika anda menawarkan kiriman percuma.

##3##
Hampir 55% pelanggan MEMBATALKAN pembelian setelah mengetahui jumlah harga barang yang mereka beli ditambah dengan kos kiriman.

Anda harus ingat bahawa kiriman percuma akan mempengaruhi keuntungan anda. Sebagai contoh:

Harga barang            : RM100
Untung kasar            : RM50
Kos kiriman yang ditanggung    : RM20
Untung bersih             : RM30

Dengan margin keuntungan yang semakin kecil, tidak semua kedai online mampu menawarkan kiriman percuma. MarketingZeus.com juga menyarankan cara-cara selain kos kiriman percuma iaitu:

Kiriman percuma dengan jumlah belian minimum

Anda dapat memberi kiriman percuma apabila jumlah pembelian seseorang pelanggan mencecah nilai tertentu, di mana hasil jualan dapat menanggung kos kiriman.

Kiriman percuma untuk barang tertentu

Cara ini sangat sesuai apabila menjual stok-stok lama, atau barang yang kecil dan ringan, yang kos kirimannya agak murah.

Menggunakan media sosial

Anda dapat memberikan tawaran istimewa kepada follower Twitter atau fans anda di Facebook. Dengan cara ini, kos kiriman anda turut menjadi kos penambahan pelanggan atau kos meningkatkan kesetiaan pelanggan.

Pulangkan Kembali Secara Percuma

Melalui cara ini, anda memberi kos percuma untuk pelanggan mengirim kembali barang yang dibeli atas sebab-sebab tertentu. Cara ini menjadikan Zappos terkenal. Dua dari tiga pembeli akan membeli lebih banyak barang jika kos untuk mengirim kembali barang belian adalah percuma.

Usahawan.com

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →
Page 4 of 8 «...23456...»