Posted on 13 Comments

Ganti Perkara Negatif Dalam Hidup Dengan Perkara Positif

Salam sejahtera,

Jika anda ingin memajukan hidup anda terus kehadapan maka anda perlu menukar perkara negatif yang ada didalam diri anda kepada perkara positif. Sebahagian dari kita menyedari akan banyaknya pengaruh negatif yang berada disekeliling hidup kita ini.  Banyak pengaruh-pengaruh negatif ini datang dari orang lain, media massa dan yang paling banyak sekali adalah diri kita sendiri.

Langkah pertama dalam menggantikan perkara-perkara negatif yang ada dalam hidup anda adalah dengan membuat satu keputusan untuk mencari mesej negatif dan menggantikannya dengan mesej yang positif. Dengan ini anda akan lebih fokus untuk menjadi positif. Anda perlu segera mengurangkan jumlah berita yang anda bawa masuk kedalam diri anda. Ini kerana ramai orang yang memulakan hari mereka dengan sesuatu berita sama ada di televisyen ataupun surat khabar.

Posted on 14 Comments

Teknik Mudah Berhenti Merokok

Salam sejahtera,

Pada post kali ini saya ingin membuat sedikit review mengenai sebuah ebook motivasi kesihatan bertajuk “Teknik Mudah Berhenti Merokok Dalam Seminggu”. Didalam ebook ini anda akan diterangkan secara mudah dan ringkas mengenai rokok dan kesan merokok kepada anda, bagaimana anda boleh menangani keinginan anda untuk berhenti merokok serta beberapa teknik mudah yang anda boleh lakukan untuk berhenti dari merokok.

Ebook ini ditulis untuk membantu anda menjadi seorang yang bebas dari rokok. Ya! Bebas dari ketagih rokok. Tanpa ragu-ragu, anda boleh berhenti dari merokok selepas seminggu anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Anda boleh meletakkan kepercayaan penuh terhadap ebook ini kerana segala maklumat di dalam ebook ini adalah hasil kajian dari pusat kaunseling bebas rokok dan beberapa buah organisasi lain.

Posted on 21 Comments

Tidur Sekejap Waktu Tengah Hari

Salam sahabat semua,

Adakah anda semua cukup tidur hari ini? kalau cukup baguslah. Kalau tak cukup tu kena la pandai bahagi masa supaya anda cukup tidur ye.. Tidur malam yang cukup adalah penting bagi menjamin kesihatan yang sihat dan nampak lebih segar pada keesokan harinya. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, anda dapat mengawal perasaan anda dengan baik dan pada masa yang sama juga anda dapat menjaga kesihatan serta kecantikan diri anda.

Posted on 2 Comments

Tips Keselamatan Semasa Diluar Rumah

Assalamualaikum,

Pada post kali ini teringin pula nak menulis tips-tips keselamatan diluar rumah. Ini kerana apabila berada di luar rumah keadaan anda mungkin menjadi tidak berapa selamat terutamanya jika anda adalah seorang wanita. Saya bukan nak cakap yang kaum wanita ni lemah tapi dah memang risiko keselamatan bagi wanita akan lebih tinggi dari lelaki. Kalau anda seorang lelaki mungkin kurang sikit kot risikonya. Oleh itu saya ada beberapa tips untuk anda supaya dapat menjaga keselamatan dan menjauhi dari segala gangguan apabila berada di luar rumah.

Posted on 6 Comments

Bermula Hari Baru Di Usia Baru

Assalamualaikum,

Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa. Pada tarikh bersejarah hari ini ni genap la umur saya yang ke XX tahun. Bukan nak promote ni tapi saja je nak berkongsi suka dan duka..hehe. Nampaknya saya sudah semakin tua dah ni. Sedih je dengar dengar dah makin tua ni. Pada hari yang baik ini maka bertambah la umur saya untuk setahun lagi. Saya rasa macam dah berbeza sedikit kot dari sebelum ni. Maklum la dah makin tua ni kan makin berubah la.

Posted on 15 Comments

Tips Rileks Dihadapan Komputer

Salam,

Setiap hari saya hanya duduk menghadap komputer je  kerjanya kalau tidak ada kerja lain untuk dilakukan dan saya juga tahu ramai di antara anda  yang suka duduk menghadap komputer setiap hari membuat apa-apa kerja, melayari internet ataupun sekadar bermain game saja. Selepas beberapa jam anda duduk menghadap komputer anda mungkin akan berasa tidak selesa kerana anda mungkin rasa lenguh dan sakit pada bahagian-bahagian di tubuh anda terutamanya bahagian pinggang. Anda mungkin terpaksa duduk dihadapan komputer setiap hari bagi menyiapkan kerja-kerja yang banyak. Oleh sebab itu maka bahagian-bahagianbadan anda mula berasa lenguh dan sakit.

Posted on Leave a comment

Sistem Niagakit Membantu Usahawan

Salam sejahtera.

Niagakit adalah satu sistem yang dibina untuk membantu seseorang usahawan untuk memasarkan produk mereka secara online. Sistem niagakit adalah satu bentuk kedai online bagi seorang usahawan memasarkan produk mereka. Sistem kedai online niagakit ini telah memudahkan kerja seorang usahawan bagi mengembangkan lagi jualan produk mereka secara online.

Sistem niagakit ini telah dibangunkan oleh beberapa anak muda tempatan yang bernaung dibawah syarikat yang bernama Team Flarebiz. Team Flarebiz ini adalah milik sepenuhnya anak tempatan, namun produk yang  telah dikeluarkan dari syarikat mereka yang bernama sistem niagakit adalah professional dan setanding dengan produk antarabangsa. Kualiti produk ini sememangnya setanding dengan produk-produk antarabangsa untuk membina sebuah kedai online dan harga bagi produk sistem niagakit ini juga adalah lebih murah jika hendak dibandingkan dengan produk antarabangsa. Team Flarebiz telah membangunkan satu sistem hebat untuk membantu usahawan tempatan seperti anda.

Posted on 3 Comments

Ketahui Rahsia Kejayaan Sebenar

Salam Sejahtera,

Pada post kali ini saya ingin membuat sedikit review sebuah ebook yang berkongsi tentang rahsia kejayaan sebenar yang patut dimiliki oleh setiap orang yang ingin mencari kejayaan yang sebenar dalam hidup. Bagi anda yang betul-betul ingin mencari kejayaan sebenar dalam hidup saya amat menggalakkan anda untuk memiliki pakej ebook ini. Diharapkan dengan perkongsian ebook ini akan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda.