Posted on 2 Comments

Kelebihan Al Quran Digital Read Pen

 

Assalamualaikum.

Dunia sains dan teknologi hari ini semakin berkembang dengan tercipta pelbagai jenis alat teknologi yang baru. Teknologi hari ini telah dapat membantu dan memudahkan kehidupan manusia. Pada zaman teknologi hari ini, kitab Al Quran juga telah dicipta dalam versi digital yang dapat membantu umat islam hari ini membaca dan memahami kitab Al Quran. Walaupun kitab Al Quran ini dalam versi digital tetapi segala pengisian dan kandungan dalam kitab Al Quran masih sama dengan kitab-kitab Al Quran yang biasa kita gunakan seharian.

Posted on Leave a comment

Tips Untuk Menghadapi Temuduga

Salam sejahtera.

Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil β€˜panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga, ia bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya.

Posted on Leave a comment

Destinasi Kerjaya Bagi Lepasan SPM

Assalamualaikum.

Artikel ini ditulis khas untuk bacaan pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin mendapatkan informasi ke mana destinasi dan hala tuju pemilihan kerjaya mereka selepas SPM. Saya tahu ramai mereka diluar sana juga pasti mempunyai kenalan atau saudara yang lepasan spm. Jadi jika anda seorang pelajar lepasan spm, kongsikan dengan kawan-kawan anda apa yang saya kongsikan dalam artikel ini. Baca sehingga habis ya.. πŸ™‚

Ramai di antara rakan-rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya yang terkini.

Posted on 15 Comments

Cara Mendaftar Maybank2u.com

Salam sejahtera.

Pada hari ini ramai orang yang mempunyai dan menggunakan Maybank untuk menyimpan wang mereka di dalam bank. Maybank adalah antara bank-bank yang paling dipercayai di negara kita Malaysia. Saya juga mempunyai akaun Maybank saya sendiri selain dari akaun bank-bank lain.

Pada masa kini urusan seperti pemindahan atau pembayaran wang sudah boleh dilakukan secara online dengan adanya kemudahan internet. Ianya dipanggil sebagai ‘Internet Banking’. Pihak Maybank juga telah menyediakan Maybank2u.com sebagai sebuah medium yang dapat memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi urusan perbankan secara online. Internet banking telah memudahkan urusan kita seharian.

Posted on 14 Comments

Panduan Buat 3D Guna 3D Google Sketchup

Salam sejahtera.

Kalau sebut saja mengenai Google, siapa la yang tak kenal kan? Sebuah syarikat gergasi dalam bidang IT yang sangat Berjaya pada masa kini. Kita kenal Google melalui enjin cariannya yang sangat popular iaitu google.com. Kita juga tahu Google mempunyai beberapa produk-produk lain yang terkenal di internet seperti Youtube, Blogspot, Gmail, Google Adsense dan banyak lagi.

Tetapi apabila sebut saja tentang 3D Google Sketchup, mesti masih ramai yang tak tahu kan. Mungkin ada yang sudah tahu mengenainya dan telah pun menggunakannya. Tapi bagi mereka yang tak tahu guna 3D Google Sketchup mesti semua mula berfikir untuk apa ya menggunakan program tersebut? Boleh buat duit ke dengan benda ni? Ada manfaat ke untuk diri saya jika saya menggunakannya?

Posted on 58 Comments

Kuasa Fan Page Facebook

Salam sejahtera.

Memiliki fan page facebook mempunyai banyak kelebihannya. Pada hari ini saya telah melihat kuasa fan page facebook sangat luar biasa. Sebagai seorang blogger, fan page facebook boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pengguna facebook dan menarik pelawat untuk datang ke blog anda. Bagi usahawan internet pula fan page facebook digunakan untuk memasarkan produk anda kepada pengguna facebook yang berminat dengan produk yang anda pasarkan di internet.

Fan page facebook ni juga boleh digunakan untuk mengumpulkan rakan-rakan facebook yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan berkongsi-kongsi pendapat dengan mereka. Banyak yang anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan facebook yang lain.

Posted on 21 Comments

Panduan Asas Paypal Yang Perlu Dimiliki

Salam Sejahtera πŸ™‚

Kalau sebut perniagaan internet, nama Paypal pasti akan disebut paling kurang sekali. Agaknya mengapa? Mudah sahaja jawapannya, sebab akaun Paypal amat mudah untuk dibuka dan digunakan. Walaupun perbincangan mengenai Paypal begitu banyak di Internet, namun anda setuju jika saya katakan, begitu banyak maklumat yang sudah tidak relevan lagi. Perbincangan pula berterabur tidak tersusun rapi, menyebabkan anda pening kepala untuk memahami sesuatu perkara berkaitan Paypal.

Kita sering mendengar orang berbicara mengenai Paypal dan perlu menggunakannya. Persoalannya, mengapa perlu menggunakan Paypal (memiliki akaun Paypal). Diantara kelebihan dan kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah:

Posted on 8 Comments

Kehebatan Laman Web Sosial Masa Kini



Salam Sejahtera πŸ™‚

Tidak perlu dipertikaikan lagi mengenai kehebatan laman web sosial pada masa kini. Terutama sekali laman web sosial yang bernama facebook. Facebook adalah laman web sosial yang paling popular dan hebat pada masa sekarang. Ia digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Tidak kiralah apa sahaja yang seseorang itu lakukan sama ada pelajar, guru, ahli perniagaan dan ramai lagi. Mereka sudah mempunyai akaun facebook sendiri yang digunakan untuk memperkenalkan diri.