Jan
22
2010

Panduan Asas Domain

Anda pernah dengar apakah itu domain? Mungkin ramai yang pernah dengar tapi ramai juga yang masih tidak tahu apakah itu domain sebenarnya. Jika anda sudah biasa dengan melayari internet, setiap kali apabila anda melayari internet itu anda sebenarnya telah bermain dan berjumpa dengan domain itu. Domain adalah satu nama khusus bagi sebuah laman web atau blog. Seperti yang anda dapat lihat di blog saya ini www.layarsukses.com itulah nama domain blog saya ini. Biasanya orang memanggil domain ini dengan panggilan URL (Universal Resource Locater). Kalau cakap domain mungkin tak kenal tapi bila cakap URL mesti ramai yang kenal.

Jan
20
2010

Kelebihan Solat Berjemaah

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan solat berjemaah yang kita lakukan pada setiap hari. Anda boleh mendownload satu artikel menarik mengenai satu kajian tentang kelebihan solat secara bejemaah pada setiap 5 waktu sehari semalam. Kajian tentang kelebihan solat berjemaah 5 waktu ini dilakukan oleh soerang professor dari Amerika Syarikat. Selepas mendapati begitu sempurnanya agama islam ini akhirnya dia telah memeluk islam.

Anda sebagai umat islam wajib untuk membacanya. Semoga dengan pembacaan artikel ini akan membuatkan kita semua sebagai umat islam sedar akan betapa pentingnya untuk kita bersolat secara berjemaah setiap 5 waktu sehari semalam.

Jan
19
2010

Tips Cara Berjimat Cermat

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips mudah cara untuk jimat duit. Setiap orang malah anda sendiri sudah semestinya memikirkan cara bagaimana untuk berjimat-cermat kerana kos untuk sara hidup pada masa sekarang adalah sangat tinggi dan kadang-kala agak membebankan. Jadi adalah penting bagi saya dan juga anda sendiri perlu sentiasa berjimat cermat supaya kita dapat mengawal keadaan kewangan kita. Untuk itu saya ingin berkongsi beberapa tips mudah dengan anda semua tentang cara berjimat-cermat.

Jan
17
2010

Tips laman web yang baik

Sekiranya anda mempunyai laman web peribadi ataupun laman web yang yang melakukan perniagaan di internet sudah pastinya anda menginginkan ramai pelawat yang mengunjunginya setiap hari. Jadi saya ingin memberikan beberapa tips mudah bagaimana untuk menjadikan laman web anda sebagai laman web yang baik dan ramai pengunjung setiap hari. Antara tips bagi menjadikan laman web anda baik dan menarik adalah:

  1. Isi kandungan web
  2. Rekabentuk yang ringkas dan mudah
  3. Nama dan logo laman web
  4. Ruangan untuk dihubungi
  5. Kedudukan menu link dan perjalanan web

Jan
16
2010

Sifat sahabat yang baik dan mulia

Saya ada pernah menulis sebuah artikel tentang erti persahabatan sebelum ini. Pada artikel kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda tentang sifat-sifat sahabat yang baik dan mulia yang perlu dicontohi. Sahabat yang baik dan mulia akan kekal bersama-sama anda hingga ke akhir hayat. Antara sifat-sifat sahabat yang baik dan mulia adalah:

  • Jika anda cuba untuk merapatkan dengan lebih lagi persahabatan anda dengannya, dia akan membalas dengan baik persahabatan anda itu. Itu bermakna dia memang mahu bersahabat dengan anda. Dia amat menghargai anda kerana mahu bersahabat dengannya. Dia adalah sahabat sejati anda.