Setiap kejayaan(sukses) pastinya bermula dengan impian. Istilah itu memang betul. Namun begitu jika impian yang ada tidak disertakan dengan langkah dan usaha yang bersungguh-sungguh ianya hanya akan sia-sia dan tidak akan kemana-mana. Apa yang ingin saya kongsikan dengan anda semua dalam post kali ini adalah mengenai yang mesti dilakukan dan diambil untuk mencapai sukses dalam apa jua bidang yang anda lakukan.
Impian yang muncul dalam fikiran anda adalah sebagai satu permulaan dalam mencapai setiap kejayaan dalam hidup anda. Dengan impian jugalah ramai orang berjaya mencapai sesuatu kejayaan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini. Anda sudah pastinya mempunyai juga bukan?. Mempunyai impian sahaja tidak cukup tapi mestilah disertakan dengan usaha sekali dan bertawakal kepada Allah.